Friday, 1 May 2015

Larangan berlebih lebihan dalam memilih batu(Untuk melempar jumrah)

Dari 'Abdullah bin 'abbas, ia berkata Rasulullah saw berkata kepadaku pada pagi hari 'Aqabah, saat itu beliau berada diatas kenderaannya :-

"Pungutlah untukku batu batu kerikil "

Maka aku pun memungut 7 buah batu kerikil untuk melempar jumrah. Rasulullah saw berkata :-

"Lemparlah jumrah dengan batu batu kerikil seperti ini,"

Kemudian beliau berkata :-

Larangan bersifat kikir dan bakhil

Allah verfirman dalam surah Al-Ma'aarij ayat 19-21 :-


Dari Abu hurairah bahawasanya Rasulullah saw bersabda  yang bermaksud :

"Sifat yang paling buruk pada seseorang adalah kikir(ertinya kebhakilan diiringi dengan sifat tamak, ia lebih parah daripada bakhil) yang berkeluh kesah(ketika diminta mengeluarkan hartanya yang wajib dikeluarkan) serta takut yang kecut"

Tuesday, 14 October 2014

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Bittaufiq wannajah..

Antara ucapan yang sering digunakan kepada seseorang yang ingin mengambil atau menduduki peperiksaan. Ianya merupakan satu doa kepada orang tersebut. Tapi apakah maksudnya .?

Maksud bittaufiq wannajah : Bittaufiq (dengan petunjuk ) wannajah (dan kejayaan) .

Doa untuk memulakan ulangkaji / pelajaran / kelas 


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ
إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ


Maksudnya:
“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir.
Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa selepas mengulangkaji :

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ
 إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْء

Doa ketika memasuki dewan peperiksaan


وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya:“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Doa ketika menerima kertas soalan

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
 وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

 Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Doa ketika sukar menjawab

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

Doa ketika terlupa jawapan

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku".



Daripada
NOTE : – Jika anda dapati post ini bermanfaat, saya mengizinkan untuk anda berkongsikan post ini di laman laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Google Plus ,dan lain lain. Terima Kasih.
Rujukan : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/

Wednesday, 1 October 2014

Kaedah Merawat Histeria Paling Mudah menurut Islam

Assalamualaikum wbt,

Kaedah Merawat Histeria

1. Genggam Tangan Kanan dan bacakan :
~ Bismillahi Masya Allah (3 kali)

2. Tiup di telapak tangan dan ketukkan pada tulang belikat orang yang disampuk histeria.

InsyaAllah akan pulih dan sedar dari histeria tersebut.





Daripada
NOTE : – Jika anda dapati post ini bermanfaat, saya mengizinkan untuk anda berkongsikan post ini di laman laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Google Plus ,dan lain lain. Terima Kasih.
Rujukan : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/

Wednesday, 24 September 2014

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, segala puji pujian hanya kepada Allah. Masih diberi kesempatan untuk bernafas, diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan, menambah amalan insyaAllah .

Pernahkah anda diganggu? Tidak kira diganggu syaitan, jin, saka,sihir, kejahatan manusia.? Ramai yang mengalami situasi ini, dan fitrah manusia tidak menyukai keadaan ini. Lalu berbagai cara yang dilakukan. ada yang mengupah bodyguard, mempelajari ilmu kebal, dan banyak lagi.

Tapi sedarkah kita yang Alquran itu diturunkan sebagai syifa, penawar, dan juga pelindung bagi diri kita dari sihir dan kejahatan manusia.

Dalam post ini sy akan kongsikan amalan harian yang boleh diamalkan untuk membenteng diri dari gangguan jin, sihir, kejahatan manusia. InsyaAllah .

Amalan ini sesuai dilakukan pada waktu pagi(selepas subuh) dan petang(selepas asar). Atau selepas solat. Walau apa pun amalan yang kita lakukan, ianya perlulah istiqamah, dan setiap amalan yang istiqamah akan memberi hasil dalam diri kita.

Apa pun ini hanyalah sebagai satu ikhtiar dari kita untuk membenteng diri dari semua masalah diatas insyaAllah dengan izinNya.

Amalan Manzil :

Diamalkan pada setiap hari, pada pagi dan petang. Cari masa yang sesuai untuk membaca manzil. Mengikut pengalaman saya, membaca manzil ini memakan masa lebih kurang dalam 15 minit. InsyaAllah jika selalu mengamalkan nya kita akan hafal ayat2 manzil ini dan boleh dibaca semasa membawa motor atau kereta.
  1. Manzil diasaskan oleh Shaykh Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi RH, seorang sufi dari Tarekat Chishti yang berasal dari sempadan India-Pakistan.
  2. Manzil ialah satu set ayat-ayat suci al-Qur'an al-Kareem yang digunakan untuk mencegah dan merawat sihir.

Amalan Ayat 5 :

Amalan yang diambil dari kitab majmuk syarif. 

Ayat lima selalunya digunakan untuk memohon perlindungan Allah swt daripada segala bentuk kejahatan seperti dirompak, dianiaya, diganggu binatang buas dan lain lain. InsyaAllah.

Amalan Ayat 7 : 

Amalan yang diambil dari kitab majmuk syarif.
Pembaca ayat tujuh mendapat keselamatan daripada setiap bahaya dan musibah. 
Ayat 7 juga nya juga dikenali sebagai Al Munjiyat.

Amalan Ayat 15 :

Amalan yang diambil dari kitab majmuk syarif.
Insya Allah keperluan hidup sentiasa dipenuhi, orang sakit akan sembuh dan menjadi penawar bagi orang yang keracunan serta orang yang membacanya akan diberi keselamatan dan keamanan.





Daripada
NOTE : – Jika anda dapati post ini bermanfaat, saya mengizinkan untuk anda berkongsikan post ini di laman laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Google Plus ,dan lain lain. Terima Kasih.
Rujukan : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/

Friday, 13 June 2014

Tips menegali seseorang yang baru dikenali di internet.

Baru ni ada orang bertanya kepada saya.. Die baru kenal someone ni la, kenal dekat FB dan die meminta pendapat saya macam mana nak sedikit sebanyak pasal orang yang baru kenal tu...Mari kita ambil pengetahuan sedikit dari jawapan yang saya berikan.

Ringkas.

Pertama. 

Melalui Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Takutlah Firasat orang-orang mukmin, sesungguhnya ia melihat dengan Nur Allah"
Perbahasan orang orang mukmin itu memberi ruang kepada banyak pendapat.Cukup kita mengetahui bahawa kita beriman, mengaku bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad Itu utusan Allah, Serta kita melakukan solat, berpuasa, dan berzakat maka kemungkinan besar kita akan beroleh Firasat orang orang mukmin.. WA .. Jika ada first sign bila kita baru berkenalan dengan seseorang, dan kita seorang yang beriman maka berhati hatilah dan pertimbangkan apa sign yang kita dapat tu. WA

Kedua.

Cara yang paling mudah untuk mengetahui orang yang kita baru kenal di internet. Cuba dapatkan nama penuh dia atau nama yang digunakan dalam facebook/google+ etc . Kemudian search nama tersebut dalam Google search engine(bukan Bing, yahoo etc).
Sedikit sebanyak kita boleh tau orang yang kita baru kenal tu jenis yang macam mana. Lihat apa yang selalu dishare di internet oleh orang yang kita baru kenal tu. perkara baik atau sebaliknya. 
------
Kalau orang tu pakai nama samaran macam mana..??
-------
Orang yang sering menggunakan nama2 samaran dalam internet contoh nama asal "kamarul" ditukarkan kepada "kemana_azrul" nick name dalam internet. Then search dalam google nama "kemana_azrul ".
Nasihat saya, berhati2 dengan orang yang sering guna nama samaran di internet, mungkin alasan yang diberikan untuk keselamatan apabila menggunakan internet. Yes i agree.. Tapi nama samaran sepatutnya hanya SATU NAMA SAMARAN, bukan dua, bukan 3 dan banyak2 lagi..

Selebihnya tepuk dada, tanyalah iman..WA

Daripada
NOTE : – Jika anda dapati post ini bermanfaat, saya mengizinkan untuk anda berkongsikan post ini di laman laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Google Plus ,dan lain lain. Terima Kasih.
Rujukan : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/

Friday, 4 April 2014

Menjaga Dari Makan Yang Berlebihan

Nabi Muhammad SAW memberi petunjuk agar kita mencegah dos secara berlebihan hingga tidak sesuai dengan keperluan. Baginda SAW juga memberi formula khusus yang mesti diperhatikan dalam soal makan dan minum.

Dalam musnad dan yang lainnya diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW , Baginda bersabda yang bermaksud : -

" Tidak ada bencana yang lebih buruk yang dipenuhi oleh manusia melainkan perut(nya sendiri) . Cukuplah seseorang itu menggunakan beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulang punggungnya . Jika terpaksa , maka ia boleh mengisi sepertiga perutnya dengan makanan , sepertiga lagi dengan minuman dan sepertiga yang lain untuk bernafas "


Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...