Thursday, 15 December 2011

Mesti sensitif dan peka

DUNIA semakin hari semakin tua menanti saat sampai ke penghujungnya. Entah sampai bila bumi ini sanggup menahan kerakusan manusia yang semakin ghairah melakukan kerosakan demi kerosakan di atas ciptaan Allah ini.
Cuma kita yang hidup di dunia ini kadangkala seakan-seakan lupa mengenai kehidupan di alam sana iaitu akhirat. Disebabkan itu, kita mengambil mudah atau memandang remeh segala perkara dalam keadaan sedar atau tidak.

Namun, perlu kita peringatkan diri bahawa setiap amalan serta perbuatan kita di dunia akan disoal di depan Allah SWT di akhirat. Kita akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
Jika kita lihat situasi masa kini, antara paling kita abai serta ketepikan ialah soal halal dan haram. Soal halal dan haram bukan saja bercampur baur antara satu sama lain, malah lebih malang, ia dikaburkan segelintir pihak secara sengaja atau tidak.

Sedarilah bahawa setiap yang halal dan haram itu sebenarnya adalah jelas di sisi agama Allah.

Monday, 12 December 2011

Mencari Barang Hilang Dimasjid

Assalamualaikum wbt..

Di dalam Kitab Irsyad As-Salikin Ila Akhta'il Musallim ada menyebut mengenai teguran teguran dan larangan larangan yang sepatut nya kita sebagai umat islam hari ini mengambil serius kerana teguran ini sering kali kita lakukan di dalam Masjid. Hari ini ingin saya berkongsikan satu larangan yang begitu sinonim kita lakukan di dalam Masjid iaitu mencari barang hilang di masjid.

Sebahagian orang apabila kehilangan sesuatu barang contohnya jam tangan, cincin dan sebagainya maka dia akan pergi kepada AJK masjid dan meminta untuk mengumumkan dengan pembesar suara perihal kehilangan itu. Perbuatan seperti ini adalah salah kerana Nabi s.a.w melarangnya.

Thursday, 8 December 2011

Al-`Ain: Pandangan mata yang membinasakan


`Ain diambil daripada kata kerja `ana ya`inu apabila menyakiti dengan matanya. Asalnya adalah kekaguman terhadap sesuatu oleh orang yang melihat ('aa-in)nya. Kemudian diiringi sifat jiwanya yang jahat, selanjutnya dia menggunakan media pandangan untuk melaksanakan niat jahatnya tersebut kepada orang yang menjadi sasarannya. Adakalanya seseorang melakukan hal ini secara sedar dan kadang pula diluar kehendaknya. 'Ain kadang-kadang bersumber dari seorang yang shalih kerana kekagumannya terhadap sesuatu. Sebagaimana terjadi dalam kisah Amir bin Rabi'ah, seorang sahabat mulia ketika menimpakan ain kepada Sahl bin Hanif ra. Kisah tentang hal ini dituturkan oleh Abu Umamah, putra Sahl bin Hunaif:


Tuesday, 22 November 2011

Pengakhiran Yang Di Cemburui.

Nampak macam masih bernyawa. TETAPI sebenarnya insan di bawah ini telah melangkah pergi menemui ALLAH sebagai mujahidin dengan memilih mati sebagai Pejuang Islam, Pejuang Agama, Menjadi Tentera Allah Dan Syahid... Subhanallah, walaupun sudah mati, beliau kelihatan seperti masih hidup, SENYUM. Mungkin telah melihat ganjaran yang dia akan perolehi nanti, SUBHANALLAH!!!

Nama :  Ali al-tan'nani , Dikatakan shaheed semasa perang yang dipanggil 'Al-Furqan' menentang Tentera Zionis, W.A, SubhanAllah....

Monday, 21 November 2011

Kesan Kesan Melakukan Dosa


MELAKUKAN dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing.
Tidak betul kata-kata itu kerana kubur kita nanti orang lain gali sementara kubur orang lain kita juga yang kena uruskan. Maknanya dosa yang kita lakukan boleh menyusahkan orang lain.

Contohnya, peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhuyung-hayang. Memanglah benar duit dia tetapi jika sudah mabuk mereka terdorong melakukan perkara di luar batasan seperti melanggar orang ketika memandu di jalan raya, berzina atau sumbang mahram.



Lihatlah betapa pelakuan dosa kita itu amat keji. Berikut adalah kesan bahaya kepada seseorang jika banyak melakukan dosa antaranya:

Kubah bersejarah dunia


Dibina pada abad ke-17 dan dianggap sebagai salah satu adegan yang paling terkenal di London dan naik 108 meter

Monday, 14 November 2011

Hukum Memakai Emas Dan Sutera (Bagi Lelaki)



Emas dan sutera, kedua nya halal bagi seorang wanita memakainya tetapi diharamkan bagi golongan lelaki. Ini berlandaskan sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud :

"Emas dan sutera dihalalkan bagi golongan wanita dari umatku dan diharamkan bagi golongan lelaki"
(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasa'i dari Abu Musa, Sahih Al-Jami'(209) .

Adapun bagi golongan lelaki, terdapat larangan jelas dari Rasulullah s.a.w
Dari Bara' , dia berkata
"Rasulullah s.a.w telah melarang kami akan tujuh perkara; beliau melarang (memakai) cincin/gelang emas,sutera sutera tebal,dibaj(kain sutera), baju bersulam sutera, penutup lampu yang diperbuat dari sutera dan bekas dari emas" (Dikeluarkan oleh al-Bukhari dari Bara' (5863))

Sunday, 23 October 2011

Manusia Dan Qarin


 Qarin ialah perkataan arab yang bermakna teman atau rakan.
Istilah Qarin yang ingin disamaikan saya bermaksud roh2 jahat Yang berasal dari makhluk2 halus yang mengiringi kelahiran seorang bayi..
Kewujudan Qarin ini adalah sebagi penggoda Manusia , menampakkan perkara perkara jahat seolah olah baik pada pandangan manusia. Qarin sentiasa mengajak mansusia melakukan kemungkaran secara menggoda , merayu, dan memujuk dan menipu.

Semua manusia mempunyai Qarin sama ada ia nabi atau seorang yang alim .Ini berdasarkan dalil Hadith nabi s.a.w yang bermaksud : -

"Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya  : Adakah engkau juga wahai Rasulullah s.a.w ?  Baginda menjawab : - Dan saya pun, Akan tetapi Allah telah menolongku daripada gangguannya maka tidaklah ia mendorong ku kecuali kepada kebaikan. "

Saturday, 1 October 2011

Menarik dan mudah difahami

Assalamualaikum Wbt..

Hari ini saya nak berkongsikan satu cerita yang menarik dan mudah dipahami..Kadang kala untuk berdakwah, kita disoal dengan beberapa soalan yang susah nak di terangkan..Jadi kisah ini amat menarik dan mudah difahami dan boleh juga dijadikan modal untuk berdakwah kelak..InsyaAllah..

Kisah nya berbunyi... Al- kisah...

Kafir: r06;Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah
Kafir: Baitullah tu apa?
Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah
Kafir: Allah ada dalam tu?
Muslim: Tak..

Monday, 26 September 2011

Terjemahan Doa Akashah

Assalamualaikum wbt..

Doa merupakan senjata orang mukmin..Setiap apa yang disebut oleh lidah semua nya adalah doa kepada Allah sama ada kita sedar atau tidak..Didalam Surah Gafir ayat 60 Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud :


“ Dan Tuhamnu berfirman: “ berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku(berdo’a kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.” (QS: Gafir:60).

Wednesday, 14 September 2011

Masjid Bagi Umat Islam

Erti Masjid Bagi Umah Islam

Setiap agama mempunyai tempat ibadat tersendiri contohnya agama kristian tempat ibadatnya dinamakan gereja, Agama hindu tempat ibadatnya dinamakan Kuil, Agama Buddha dinamakan Tokong dan lain lain. Umat Islam juga mempunyai tempat ibadat tersendiri yang dinamakan Masjid sebagai tempat berkumpul dan berbuat ibadah. Sekumpulan umat islam itu dikatakan tidak sempurna jika tidak mendirikan masjid.

Oleh itu, jika dilihat dari sejarah Islam, Rasulullah s.a.w sebaik sahaja tiba di luar kota Madinah, iaitu Quba, Baginda terus mendirikan masjid untuk kegiatan Dakwahnya. Sedangkan di Makkah baginda tidak mendirikan Masjid , tetapi disana sudah ada Masjidil Haram yang telah didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s sejak ribuan Tahun dahulu. Jelaslah kita betapa pentingnya Masjid dikalangan Umat Islam.

Masjid didalam bahasa melayu bermakna Tempat Sujud , iaitu tempat untuk solat atau beribadah kepada Allah.

Monday, 12 September 2011

Rihul Ahmar - Doa dan Riwayat

Penyakit angin ahmar atau stroke amat ditakuti kerana jika menyerang akan menyebabkan mangsa menjadi lemah, lumpuh sebelah badan atau keseluruhannya. Ia sukar diubati dan boleh membawa kepada kematian.

Untuk menghindarinya amalkanlah doa yang diajar oleh Rasullullah SAW ini selalu atau sekurang-kurangnya bacalah sekali seumur hidup semoga kita terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar) ini.

Monday, 5 September 2011

Kelebihan Menyampaikan Ilmu

Daripada Zaid bin Thabit r.a , Nabi S.A.W bersabda :

Allah Menyerikan(mengelokkan akhlak dan meninggikan darjat) orang yang mendengar suatu hadith daripada kami, lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami . Berkemungkinan juga orang yang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya.
 (Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi).

Hadith di atas menunjukkan kewajipan menuntut ilmu dengan bersungguh sungguh dengan mengkaji sedalam dalam makna hadis yang telah dibawa oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w dan merumuskan perkara yang tersingkap disebalik suatu hadis.

Sunday, 4 September 2011

Lau Kaana Bainana al-Habib (Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita)

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat  لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih طالبا قرب الحبيب
Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab  بلغنا لقاه يا مجيب
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam
Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...