Wednesday, 14 September 2011

Masjid Bagi Umat Islam

Erti Masjid Bagi Umah Islam

Setiap agama mempunyai tempat ibadat tersendiri contohnya agama kristian tempat ibadatnya dinamakan gereja, Agama hindu tempat ibadatnya dinamakan Kuil, Agama Buddha dinamakan Tokong dan lain lain. Umat Islam juga mempunyai tempat ibadat tersendiri yang dinamakan Masjid sebagai tempat berkumpul dan berbuat ibadah. Sekumpulan umat islam itu dikatakan tidak sempurna jika tidak mendirikan masjid.

Oleh itu, jika dilihat dari sejarah Islam, Rasulullah s.a.w sebaik sahaja tiba di luar kota Madinah, iaitu Quba, Baginda terus mendirikan masjid untuk kegiatan Dakwahnya. Sedangkan di Makkah baginda tidak mendirikan Masjid , tetapi disana sudah ada Masjidil Haram yang telah didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s sejak ribuan Tahun dahulu. Jelaslah kita betapa pentingnya Masjid dikalangan Umat Islam.

Masjid didalam bahasa melayu bermakna Tempat Sujud , iaitu tempat untuk solat atau beribadah kepada Allah.


Perintah Membina Masjid

Didalam surah At-Taubah ayat ke -18 yang bermaksud :

"Orang - orang yang memakmurkan masjid masjid Allah itu hanyalah orang orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian(Akhirat), dan mendirikan Solat, Mengeluarkan Zakat, dan tidak takut selain daripada Allah,(dengan adanya sifat sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Firman Allah ini jelas memberi batasan kepada orang orang yang boleh memakmurkan hanyalah orang orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian(Akhirat), dan mendirikan Solat, Mengeluarkan Zakat, dan tidak takut selain daripada Allah. Orang yang tidak memiliki syarat seperti yang ditetapkan dianggap tidak mampu untuk memakmurkan Masjid Masjid Allah.Apabila orang dekat pada masjid , tentu yang dibuatnya paling utama adalah solat kerana itulah tujuan utama masjid didirikan.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

" Apabila kamu melihat seseorang lelaki membiasakan diri (berulang alik) ke masjid, maka saksikanlah oleh mu bahawa orang itu telah mencapai iman "

Disebut pula Rasulullah s.a.w bersabda :

" Sesungguhnya orang yang memakmurkan masjid Allah, Mereka Adalah sebenar benar Ahli Allah(Keluarga Allah)"

(H.R. Al-Bazzar)
Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...