Keutamaan Surah Al-Fatihah






"Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitabnya al-Musnad bahawa Ubay bin Ka'ab telah membaca Surah al-Fatihah di hadapan Rasulullah s.a.w , Lantas , baginda bersabda yang bermaksud :
"Demi Tuhan yang jiwaku dalam kekuasaanNya , Tiada satu surah pun , sama ada dalam Taurat, Injil dan Zabur , Mahupun dalam al_Quran sendiri yang setaraf dengan al-Fatihah . Hal ini kerana Surah al-Fatihah mengandungi tujuh ayat yang diulang ulang selain menjadi intipati kepada al-Quran yang telah dikurniakan kepadaku"
(Musnad Ahmad, 2:357, No 8667).

Hadith ini memberi keterangan terhadap firman Allah S.W.T dalam surah al-Hijr :


Maksudnya : Sesungguhnya , Kami telah memberikan tujuh ayat yang diulang-ulang dan seluruh al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya kepadamu(Muhammad)
(Surah al-Hijr ayat 87)


Dalam sahih al-Bukhari ada dinyatakan bahawa Rasululah telah bersabda kepada Abu Sa'id al-Mu'alla yang bermaksud : " Sesungguhnya , aku hendak memberitahu sesuatu kepadamu tentang sebuah surah yang merupakan surah terpenting dan teragung dalam al-Quran , iaitu Surah al-Fatihah yang merupakan tujuh ayat yang diulang-ulang dalam al-Quran yang dikurniakan kepadaku"

(Sahih al-Bukhari, 4:1623, No 4204)

Hadith2 diatas dan juga Firman Allah S.W.T yang dinyatakan jelas menunjukkan keutamaan Surah al-Fatihah yang kita berulang ulang kali membaca nya pada setiap kali melakukan Solat 5 waktu..

Surah ini merupakan surah Makkiyah kerana ianya diturunkan di Makkah dan jumlah ayatnya telah disepakat oleh para ulama mengandungi tujuh ayat (Termasuk Bismillahirrahmanirrahim).

Image ayatAl-Quran dari Here


Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri