Hukum Memakai Emas Dan Sutera (Bagi Lelaki)



Emas dan sutera, kedua nya halal bagi seorang wanita memakainya tetapi diharamkan bagi golongan lelaki. Ini berlandaskan sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud :

"Emas dan sutera dihalalkan bagi golongan wanita dari umatku dan diharamkan bagi golongan lelaki"
(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasa'i dari Abu Musa, Sahih Al-Jami'(209) .

Adapun bagi golongan lelaki, terdapat larangan jelas dari Rasulullah s.a.w
Dari Bara' , dia berkata
"Rasulullah s.a.w telah melarang kami akan tujuh perkara; beliau melarang (memakai) cincin/gelang emas,sutera sutera tebal,dibaj(kain sutera), baju bersulam sutera, penutup lampu yang diperbuat dari sutera dan bekas dari emas" (Dikeluarkan oleh al-Bukhari dari Bara' (5863))



Umar mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Jangan lah kamu semua memakai sutera kerana sesiapa yang memakainya di dunia, maka dia tidak akan memakainya di Akhirat"
Bukhari(10/5832) dan Muslim(3/21)

Masalah penting :
Imam Asy-Syaukani menyebut dalam kitab Nail al-Authar dengan judul "Bab boleh menggunakan sutera untuk lukisan dan tampalan" Dia telah memberi dalil dengan hadis berikut :

"Dari Umar, bahawa Rasulullah s.a.w melarang memakai sutera, kecuali begini. Rasulullah s.a.w lalu mengangkat kedua jarinya , iaitu jari tengah dan jari telunjuknya kemudia menggabungkannya"(Muttafaq'alaih)

Dalam lafaz lain disebutkan , beliau melarang memakai sutera setakat ukuran jari 2,3, atau 4. Diriwayatkan oleh jamaah kecuali Bukhari.

Imam Asy-Syaukani mengatakan. "Hadis tersebut menunjukkan bahawa diperbolehkan memakai sutera setakat ukuran empat jari, seperti lukisan pada kain dan layar tanpa pengecualian, sama ada terdapat diluar baju atau di dalam.

Demikian juga diperbolehkan memakai sutera untuk menampal atau diletakkan pada bahagian tepi . Jika melebihi ukuran 4 jari, maka sutera tersebut diharamkan , lebih lebih lagi emas. Ini adalah pendapat Jumhur (kitab Nail Al-Authar(2/102)).

Demikian juga terdapat rukhsah (keringanan) dalam memakai sutera kerana uzur/ sakit.

"Nabi s.a.w memberi keringanan kepada Abdul Rahman bin Auf dan Zubair untuk memakai baju yang diperbuat dari sutera kerana penyakit gatal yang menyerang keduanya"
Dikeluarkan oleh Bukhari(6/73) dan Muslim(2076)

Dalam  riwayat lain disebutkan,
"Rasulullah s.a.w memberi keringanan kepada Ibnu Auf dan Zubair untuk memakai baju dari sutera ketika mereka mengadu tentang banyaknya kutu"
Dikeluarkan oleh Muslim(2076)


Diambil dari kitab Irsyad As Salikin Ila Akhta'il Musallin

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri