Thursday, 15 December 2011

Mesti sensitif dan peka

DUNIA semakin hari semakin tua menanti saat sampai ke penghujungnya. Entah sampai bila bumi ini sanggup menahan kerakusan manusia yang semakin ghairah melakukan kerosakan demi kerosakan di atas ciptaan Allah ini.
Cuma kita yang hidup di dunia ini kadangkala seakan-seakan lupa mengenai kehidupan di alam sana iaitu akhirat. Disebabkan itu, kita mengambil mudah atau memandang remeh segala perkara dalam keadaan sedar atau tidak.

Namun, perlu kita peringatkan diri bahawa setiap amalan serta perbuatan kita di dunia akan disoal di depan Allah SWT di akhirat. Kita akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
Jika kita lihat situasi masa kini, antara paling kita abai serta ketepikan ialah soal halal dan haram. Soal halal dan haram bukan saja bercampur baur antara satu sama lain, malah lebih malang, ia dikaburkan segelintir pihak secara sengaja atau tidak.

Sedarilah bahawa setiap yang halal dan haram itu sebenarnya adalah jelas di sisi agama Allah.

Monday, 12 December 2011

Mencari Barang Hilang Dimasjid

Assalamualaikum wbt..

Di dalam Kitab Irsyad As-Salikin Ila Akhta'il Musallim ada menyebut mengenai teguran teguran dan larangan larangan yang sepatut nya kita sebagai umat islam hari ini mengambil serius kerana teguran ini sering kali kita lakukan di dalam Masjid. Hari ini ingin saya berkongsikan satu larangan yang begitu sinonim kita lakukan di dalam Masjid iaitu mencari barang hilang di masjid.

Sebahagian orang apabila kehilangan sesuatu barang contohnya jam tangan, cincin dan sebagainya maka dia akan pergi kepada AJK masjid dan meminta untuk mengumumkan dengan pembesar suara perihal kehilangan itu. Perbuatan seperti ini adalah salah kerana Nabi s.a.w melarangnya.

Thursday, 8 December 2011

Al-`Ain: Pandangan mata yang membinasakan


`Ain diambil daripada kata kerja `ana ya`inu apabila menyakiti dengan matanya. Asalnya adalah kekaguman terhadap sesuatu oleh orang yang melihat ('aa-in)nya. Kemudian diiringi sifat jiwanya yang jahat, selanjutnya dia menggunakan media pandangan untuk melaksanakan niat jahatnya tersebut kepada orang yang menjadi sasarannya. Adakalanya seseorang melakukan hal ini secara sedar dan kadang pula diluar kehendaknya. 'Ain kadang-kadang bersumber dari seorang yang shalih kerana kekagumannya terhadap sesuatu. Sebagaimana terjadi dalam kisah Amir bin Rabi'ah, seorang sahabat mulia ketika menimpakan ain kepada Sahl bin Hanif ra. Kisah tentang hal ini dituturkan oleh Abu Umamah, putra Sahl bin Hunaif:


Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...