Selangkah Ke FSKM (Fakulti Sains Komputer dan Matematik) UiTM Melaka(Lendu alor gajah)

FSKM a.k.a Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ...Penah dengar tak dengan nama fakulti nie..?

Ha..Fakulti nie la tempat saye belajar dulu..dari bulan 7 2007 hingga bulan 7 2010 ..Cukup 3 tahun..Alhamdulillah sekarang dah menamatkan belajar dalam program Saing komputer (CS110) yang ditawarkan dalam fakulti itu..^_^

Setahun lebih telah berlalu..dan hari ni saye dipanggil semula sebagi alumni dan diminta memberi pendedahan dan sedikit sebanyak bagi info pasal ape yang ditawarkan dalam fakulti ini. ..

Jadi rasa macam terpanggil untuk berkongsikan sedikit info mengenai fakuli ni kepada sesiapa yg tersinggah kat blog nie..Sekadar Perkongsian Ilmu dan pengalaman belajar di UiTM Melaka(Lendu).

Ok Mari mulakan..=)


Fakulti ini menawarkan 3 program kepada pelajar2 yang baru masuk .. program itu ialah :
  • Saing komputer
  • Sains Kuantitatif
  • Sains Aktuari
Untuk memulakan karear dalam bidang diatas ade syarat2 yang diperlukan...

Sebelum itu....

Ape sebenarnye Skop atau Cara kerja atau bahase paling mudah..Ape yang dibelajar dalam bidang2 tu..

Penjelasan ringkas

Sains Komputer
  • Kos ni belajar mengenai ape je yang berkaitan dengan komputer..Contohnya Database(Cth : mySql, SQL,Oracle,Infomix,Microsoft Access, dll), programming(Java, C++,C,Assembley langguage, dll), networking, multimedia(Flash, photoshop, dll), matematik(calsulus, statistic, dll), akaun, management, dan lain2..
  • Jadi kos nie lebih kepada pengetahuan menyeluruh mengenai komputer tetapi masih menitik beratkan mengenai programming(setiap sem belajar programming..hoho).
Sains Kuantitatif
  • Kos nie lebih kepada matematik dan statistik serta berkebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dan mungkin juga keputusan yang tepat dalam persekitaran industri.
  • Program ini juga memberi peluang kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik dan statistik di fakulti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain atau program ijazah berkaitan yang lain.

Sains Aktuari
  • Sains aktuari pada dasarnya adalah satu bidang di mana aktuaris akan melibatkan diri dalam menghitung, memprediksi dan menguruskan risiko di mana sebahagian besar risiko di masa depan. Tapi, ingatlah bahawa aktuaris tidak akan dapat mengelakkan sepenuhnya risiko atau halangan akan datang tapi aktuaris hadir untuk membantu anda menghadapi risiko tersebut dengan kesan minimal dari segi psikologi, fizikal mahupun kewangan.
  • Sebagai contoh, aktuaris tidak pernah menemukan cara untuk sebuah syarikat berasaskan penghantaran untuk mengelak bencana di laut yang luas tetapi kita boleh merancang pakej kewangan dalam hal insurans di mana jumlah minimal yang hilang akan dirasakan oleh syarikat.

Syarat syarat Kemasukan Bagi lepasan SPM

Sains Komputer

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:



  • Matematik
  • Matematik Tambahan / Teknologi Maklumat / Fundamentals Of Programming / Programming & Development Tools
  • Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Sains



DAN

  • Lulus Bahasa Inggeris
Sains Kuantitatif

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:



  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik/Kimia/Biologi/Sains Tambahan/Sains

DAN

  • Lulus Bahasa Inggeris

Sains Aktuari

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:



  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik/Kimia/Biologi/Sains Tambahan/Sains

DAN

  • Lulus Bahasa Inggeris


Maklumat Lanjut boleh Lihat Disini ...hoho..=)

Peluang Pekerjaan

Peluang pekerjaan Sains Aktuari
Berdasarkan statistik tahun lepas, aktuaris adalah pekerjaan yang menerima bayaran yang kelima tertinggi di Amerika Syarikat. Secara umum, aktuaris terlibat dengan pengurusan risiko seperti di syarikat insurans dan juga penganalisis ekonomi. Kerjaya ini sedang berkembang dan permintaannya meningkat dari hari ke hari. Banyak aktuaris juga menubuhkan syarikat sendiri dan menjadi perunding. Apa yang boleh saya katakan, aktuaris akan diperlukan di mana pun apabila ada permintaan untuk menguruskan risiko dan meminimumkan kesannya.

Peluang Pekerjaan Sains Kuantitatif
  • Penolong Penyelidik kuantitatif 
  • Pegawai Eksekutif IT 
  • Pegawai Eksekutif Pelanggan 
  • Penyelia Statistik 
  • Pegawai Eksekutif Penyelidik Pemasaran 
  • Pegawai Eksekutif kawalan kualiti
  • dll...
Peluang Pekerjaan Sains Komputer
  • Programmer
  • System Engineer
  • System Analyst
  • Database admin
  • IT Eksekutif
  • Jurutera Rangkaian
  • Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi
  • dll..


OK..Cukup pengetahuan pasal fakulti ini..kalau nak lebih...Google la lagi ye..Hehe..Google lebih..lebih la dapat..InsyaAllah...

Gambar dibawah untuk dikongsikan kepada pembaca..Gambar nie diambil lepas program "Selangkah Ke FSKM" dijalankan di UiTM Melaka kampus lendu Alor Gajah.

Kalau berminat nak pilih kos nie..Pilih la di Uitm Melaka...UiTM Melaka Terbaek..UiTm Di hatiku..hoho..=)
....Layan.....


Memulakan pejalanan....Opps...Pesan seorang teman.."tak payah la laju sangat sampai 140km/j tu.." ..(pastikan anda mengikut had laju yang ditetapkan..=)


Solat Zohor dulu dimasjid Al-Hikmah UiTM Lendu sebelum memulakan sesi forum.
(Teringat Tempat imam nie bila penah menjadi imam dan terlupa Doa Qunut dan terus Sujud...(--.)" ) 
Keadaan keliling masjid yang dah bnyak berubah.
Kebetulan Ade program Cara2 menguruskan Jenazah oleh Kelab JPM(Jawatan Kuasa Penggerak Masjid) ..Layan sekejap...Hoho..

 
Cara2 menguruskan Jenazah(Ini je yang sempat rakam..huhu...Ok la dari x ade..=)




Bergambar Sebelum bersedia memulakan program..
Bersama Saudara Akmar(Penerima Anugerah Naib Canselor) . Salah seorang Ahli Panel.. Alumni untuk program Sains Kuantitatif.

Keadaan Dewan HEA 1 Agak lengang sebelum majlis bermula...

Kreatif Jugak Pelajar2 sekarang nie..Android Theme..=)




Mengimbau Kenangan Lama .. Berjalan jalan keliling UiTM Lendu.......=)

 Bangunan HEA.
Kolej Tun Hassan.
Koleh Tuah Yang, Tempat bebudak Palapes...
Tasek tun fatimah...Kenangan Pahit kene kejar park guard kat tasik nie...haha...=D
Jambatan yang digunakan untuk pegi kelas...huhu..
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.
CiTU (Center For Islamic Though and Understanding).
Bangunan Akademik.


Ok Sekian Pengongsian Sedikit pengetahuan mengenai FSKM dan program2 yang ditawarkan..=) ..

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri