Saturday, 7 January 2012

Talqin Peringatan Buat Yang Masih Hidup

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulilllah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinnya masih lagi sy dapat menyambung penulisan pena pada kali ini...

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ

Madsudnya : "Dari Syaddaad bin Aus dari Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ baginda telah bersabda Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati Orang yang lemah ialah mereka mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan keatas Allah"
(Hadith Riwayat Imam at Tirmizi)
Dari hadis ini dapat kita ketahui bahawa orang yang bijak adalah orang yang memperhitungkan dirinya dan sentiasa beramal untuk menghadapi mati. Sedangkan orang yang tidak cerdik adalah orang yang mengikut nafsunya bahkan hanya berangan-angan untuk mendapat keampunan Allah tanpa melakukan amal soleh dalam hidupnya.
Sebagai renungan marilah membaca , dan mengambil intipati yang berguna di dalam bacaan talqin dibawah. InsyaAllah :
Bacaan Talqin :

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati

Dan bawasanya kamu akan disempurnakan pahalamu di hari kiamat..

Lalu siapa sahaja yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga.

Itulah dia orang yang beruntung..

Tiada kehidupan dunia kecuali kesenangan yang menipu..

Wahai hamba Allah..

Ingatlah janji yang kamu keluar atasnya dari dunia dan akhirat..

Iaitu kesaksian tiada tuhan yang lain kecuali Allah, dan Muhammad SAW ialah rasulnya.

Dan bahawsanya:
  • Mati itu adalah benar
  • Alam kubur adalah benar
  • Kenikmatan dan seksa di dalamnya adalah benar
  • Pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir adalah benar
  • Kebangkitan darinya adalah benar
  • Perhitungan yakni hisab adalah benar
  • Syafaat nabi Muhammad SAW adalah benar
  • Syurga dan Neraka adalah benar
  • Pertemuan dengan Allah bagi ahlinya adalah benar

Bahawasanya Allah membangkitkan orang2 ahli kubur..

Sekarang kamu berada dialam barzak

Alam antara dunia dan akhirat

Maka ketika 2 malaikat Munkar dan Nakir yang ditugaskan oleh Allah mengunjungi kamu..

Jangan lah kamu menjadi terkejut atau pun gentar…

Kerana keduanya adalah makhluk biasa seperti kamu dari sekelian banyak makhluk2 Allah..

Ketika mereka berdua bertanya kepadamu..

  •  Siapakah Tuhan mu?
  • Siapakah Nabi mu?
  • Apakah agamamu.?
  • Apa kiblat mu?
  • dan apa pula pemimpin mu?
  • dan siapakah saudaramu?
Maka jawablah dengan tegas dan jelas serta menyakinkan..

·         Allah adalah tuhanku

·         Muhammad Adalah Nabiku

·         Islam adalah agamaku

·         Kaabah adalah kiblat ku..

·         Kitab alQuran adalah pemimpin ku

·         dan kaum Muslimin ,Muslimat , Mukminin dan Mukminat adalah saudara- saudaraku…

Serta dihidupkan kembali..

InsyaAllah kamu termasuk dalam orang2 yang aman, selamat..

Dan semoga Allah mengukuhkan kamu dalam ucapan yang tetap…

"Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhamamd Itu Pesuruh Allah "

Allah mengukuhkan orang2 yang beriman dengan ucapan yang kukuh..

"Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhamamd Itu Pesuruh Allah "

(surah al-Fajr ayat 27 - 30)


Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...