Friday, 17 February 2012

Pokok Sidir : Menurut Al- Quran



================================
Surah Al-Waqiah : 27 -33
Menerangkan kecantikan dan kekuatan pokok dan buah dari pokok sidr.


[27]
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]
Dan naungan yang tetap terbentang,
[31]
Dan air yang sentiasa mengalir,
[32]
Serta buah-buahan yang banyak,
[33]
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,



========================
Surah Al-Najm: 7 -18Digambarkan sebagai pokok yang ada di Sidratul-Muntaha atau pohon syurga.

[7]

Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
[8]
Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
[9]
Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;
[10]
Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.
[11]
Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
[12]
Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
[13]
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
[14]
Di sisi “Sidratul-Muntaha”;
[15]
Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.
[16]
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
[17]
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.

Pokok Sidir


Pokok Sidir biasanya terdapat di negara Yaman (Syam) di tanah Arab. Biasanya tumbuh di pergunungan Hadhramaut dan menjadi kegemaran lebah-lebah di sana menghisap nektar dari bunganya bagi penghasilan madu.Pokok Sidir diterjemah secara am sebagai pokok belara dalam bahasa Melayu namun spesis pokok ini hanya terdapat di tanah Arab sahaja dan pengusaha madu golongan Badwi secara turun-temurun adalah di Yaman secara khususnya. Pokok ini mengeluarkan aroma bau buahan seumpama epal yang menjadi kegemaran lebah.



  original post sini

Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...