Tips/Petua yang boleh dijadikan amalan Pasangan Suami Isteri

Perkahwinan memerlukan setiap pasangan mempunyai persefahaman yang tinggi, Tanpa persefahaman tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sepertimana yang diharapkan.

Dalam kita bertatih tatih dalam berumah tangga , benar memang ada banyak halangan dan dugaan yang menimpa, pasti banyak onak yang terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat dan tabah mampu mendeoani segalanya yang bakal menjulang kebahagiaan kelak insyaAllah. Biar bejuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan , pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.




Disini ada 63 tips/ petua yang boleh dilaksanakan untuk mencapai kebahagiaan di dalam rumah tangga InsyaAllah :

  1. Doa yang berterusan
  2. patuh ajaran gama
  3. murah dengan pujian
  4. murah dengan khidmat
  5. murah dengan belaian kasih sayang
  6. murah dengan sentuhan
  7. mencari kebaikan pasangan
  8. cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
  9.  cari kebaikan dan perbaiki diri dari setiap pertengkaran
  10. menghormati had, sempadan atau hal peribadi masing masing
  11. menilai diri daripada perspektif pasangan
  12. berfikiran terbuka - boleh tegur menegur
  13. berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara
  14. menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
  15. tolak ansur
  16. menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan
  17. tidak mengejar kebendaan semata mata
  18. sedar bahawa perselisihan kadang kala tidak boleh dielakkan
  19. merubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
  20. sanggup berkorban buat pasangan
  21. menghormati pasangan
  22. berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada
  23. perhubungan seksual yang sihat dan diredhai
  24. menghormati perbezaan dalam diri pasangan
  25. sentiasa bermaafan sebelum tidur
  26. sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
  27. meletakkan hak kepada pasangan
  28. tidak menjadi hamba kepada pasangan
  29. berubah secara kecil kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan
  30. mengawal marah. Buat perjanjian
  31. mencari penyelesaian dalam situasi "menang - menang"
  32. muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah
  33. menghormati sifat semula jadi pasangan
  34. memahami peranan pasangan
  35. hubungan perasaan sesama pasangan
  36. jangan simpan ketidakpuasan , sedih , marah , atau benci dalam hati
  37. bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja tahu
  38. sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri
  39. tujuh kali puji dan satu teguran
  40. sebut ilove u sepanjang masa
  41. banyakkan berguarau dan bermesra
  42. sentiasa berterus terang
  43. beri masa untuk perubahan berlaku - sabar
  44. elakkan berdebat untuk mencari kebenaran
  45. elakkan menyalahkan pasangan
  46. cari titik pertemuan
  47. selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga
  48. lebih banyak memberi daripada menerima
  49. minta nasihat , pandangan atau maklum balas daripada pasangan
  50. sentiasa bersemangat - bangun tidur , pergi kerja, balik kerja dan sebagainya
  51. seimbangkan hubungan dari segi mental,pendidikan dan ilmu,emosi, fizikan dan ekonomi, sosial,dan spiritual.
  52.  jangan berjauhan terlalu lama, kecuali terpaksa
  53. tidak terlalu mengongkong
  54. tidak bertindak bersendirian
  55. memberi peluang untuk berbeza pendapat atau pandangan,hobi,kegemaran,makanan, cita rasa, dan warna pilihan dan pelbagai.
  56. humor atau lawak dari semasa ke semasa
  57. minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif
  58. berwawasan dan pandang kedepan (tidak terjebak dengan masalah semasa)
  59. tidak meminta yang bukan bukan
  60. bentuk undang2 atau peraturan dalam rumah tangga
  61. mencari kelainan dan perubahan positif
  62. elakkan mendera pasangan dengan cara apa selaki pun

(Rujukan : Dr. Fadhilah Kamsah)

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri