Dab Yang Beriman

Diriwayatkan oleh Ibnu Kathir dalam Al Bidayah wa An Nihayahbahawa Al Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali ad- Damaghaniy dari daerah Namin di Baihaqi, mengenai sebuah kisah yang disampaikan oleh Umar al Khattab r.a..

Pada suatu hari, Sedang Rasulullah saw sedaang berjalan bersama sama dengan sekumpulan para sahabat , tiba tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim di hadapan Rasulullah saa. Beliau membawa bersama sama nya seekor dab yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu dan memakannya.

Melihat ramai yang berjalan, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siaakah gerangan yang sedang mereka iringi?
Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi SAW, Maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata :

"Demi Tuhan Lata dan Uzza, Tiadakah sesuatu yang terdapat dalam alam ini yang lebih ku benci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah kerana tidak kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa gesa , tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam putih , dan merah serta selainnya";



Umar al-Khattab lalu menjadi marah dan bangkit dan berkata Wahai Nabi, Biarlah aku mengakhiri hidupnya!.

Nabi SAW tenang menjawab permintaan Umar ,
"Wahai Umar ! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?"

Nabi kemudiannya berkata kepada Arab BAdwi itu,
"Apakah yang menyebabkan engkau berkata demikian?Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku"

Arab badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata :
"Demi Tuhan Lata dan Uzza,Aku tidak akan beriman kepadamu hai muhamamd hinggalah dab ini beriman kepadamu!" sambil mengeluarkan dab itu dan melemparkannya dihadapan baginda.

Kemudian..

Nabi memanggil Dab itu , kedengaran Dab itu menjawab dengan bahasa arab yang fasih dan dapat difahami oleh semua yang hadir. "Ya Muhamamd SAW";

Nabi Bertanya : "Kepada siapakah engkau beriman ?";
Jawab dab itu,:
"Saya beriman kepada Tuhan yang dilangit itu ArashNya, dibumi itu lah kekuasaanNya dan dilautan itulah jalanNya, dan di Syurga itulah rahmatNya dan dalam Neraka itulah azabNya!"

Tanya Nabi lagi : "Siapakah aku wahai dab?"

Jawab si dab, "Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekelian alam ! Amatlah beruntung orang yang mendukung perjuangan tuan dan binasalah orang yang mendustakan tuan!"

Mendengar kata kata dab itu, Arab badwi itupun lantas berkata:
"Wahai Muhammad sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci , Tetapi hari ini engkau adalah orang yang aku kasihi berbanding bapaku, diriku dan engkau amat ku kasihi zahir dan batin ku"

Kemudian Beliau mengucapkan 2 Kalimah shahadah dihadapan semua yang hadir .
"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi SAW adalah pesuruhnya"

Lalu Rasulullah SAW berkata:
"Syukur kepada Allah yang telah menganugerahkan hidayahNya kepadamu, sesungguhnya Islam ini adalah yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada nya dan tidak diterima tanpa solat, dan solat pula tidak diterima melainkan dengan Al-Quran"

Jawab lelaki arab itu, "Kalau begitu Ajarkanlah saya alQuran itu wahai Nabi "
Baginda pun mengajarnya membaca surah Al-Ikhlas.

Lelaki Arab itu berkata :"Saya tidak pernah mendengar kata kata yang lebih hebat daripada ini";
Nabi Menambah :
"Ini adalah perkataan Allah, bukannya sajak , jika engkau membaca surah alikhlas ini sekali, ganjarannya di sisi ALlah seumpama engkau membaca sepertiga daripada alQuran. Jika engkau membaca 2 kali seumpama dua pertiga daripada alQuran dan jika engkau membaca tiga kali seumpama engkau telah membaca keseluruhan alQuran"

Jawab Arab itu "SubhanAllah. sebaik baik Tuhan itu ialah Tuhan Kami, Dia menerima daripada kita sedikit tetapi membalasnya dengan banyak ";

Gambar Hiasan

Sumber Himpunan Kisah Benar Tapi PElik - Dr Hj Zahazan Mohamed

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri