Abu Said Al Khudri menceritakan Rasulullah pernah datang ke masjid dan melihat beberapa orang sedang melakukan suatu pekerjaan . Lalu Rasulullah berkata :
"Sekiranya kamu banyak mengingati perosak kelazatan , sudah tentu kamu tidak akan sibuk melakukan perkara seperti ini. Oleh itu, banyakkan mengingati perosak kelazatan (yakni kematian).
Kubur sentiasa berkata 'Aku adalah rumah terasing, aku adalah rumah sendirian , aku adalah rumah tanah, aku adalah rumah ulat ulat.'
Saturday, 28 January 2012
Tuesday, 24 January 2012
Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain
Original Post Sini
Soalan: Dr MAZA, kita
negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran
dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka
mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya
agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang
muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak
akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan.
Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun
nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?
Munif, Putrajaya.
Jawapan Dr MAZA: Saudara Munif,
Alhamdulillah saudara prihatin dengan keadaan akidah saudara di kala
ramai yang tidak mempedulikan lagi kebersihan akidah mereka. Akidah
adalah pembeza utama antara seorang mukmin dan bukan mukmin. Seseorang
bagaimana banyak amalannya pun, tetapi jika akidahnya rosak, maka
amalannya ditolak. Maka penting untuk kita mempertahankan akidah dan
kesuciannya. Mengenai soalan saudara, ada beberapa perkara yang wajar
difahami;
Friday, 20 January 2012
MENGIKUT IMAM DENGAN SENGAJA KETIKA IMAM TERSEBUT MELAKUKAN RAKAAT TAMBAHAN KERANA TERLUPA
Scenario
kekeliruan yang berlaku ketika solat berjmaah:
Pada ketika imam melakukan rakaat tambahan kerana terlupa,
seperti melakukan rakaat kelima pada solat yang empat rakaat atau rakaat ketiga
dalam solat subuh atau rakaat keempat dalam solat maghrib .Lalu, sebahagiaan
orang mengikutnya padahal mereka tahu bahawa imam tersebut melakukan rakaat
tambahan. Ini adalah satu kesalahan di dalam solat berjemaah.
Gambar hiasan
Penyelesaian
Tidak sepatut nya mereka mengikut dalam keadaan seperti ini.
Dalam keadaan seperti ini orang yang menunaikan solat bersama imam ini terbahagi
kepada beberapa bahagian dan penyelesaian: -
Sunday, 15 January 2012
Selangkah Ke FSKM (Fakulti Sains Komputer dan Matematik) UiTM Melaka(Lendu alor gajah)
FSKM a.k.a Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ...Penah dengar tak dengan nama fakulti nie..?
Ha..Fakulti nie la tempat saye belajar dulu..dari bulan 7 2007 hingga bulan 7 2010 ..Cukup 3 tahun..Alhamdulillah sekarang dah menamatkan belajar dalam program Saing komputer (CS110) yang ditawarkan dalam fakulti itu..^_^
Setahun lebih telah berlalu..dan hari ni saye dipanggil semula sebagi alumni dan diminta memberi pendedahan dan sedikit sebanyak bagi info pasal ape yang ditawarkan dalam fakulti ini. ..
Jadi rasa macam terpanggil untuk berkongsikan sedikit info mengenai fakuli ni kepada sesiapa yg tersinggah kat blog nie..Sekadar Perkongsian Ilmu dan pengalaman belajar di UiTM Melaka(Lendu).
Ok Mari mulakan..=)

Friday, 13 January 2012
Ayuh Generasi Muda..Anda Adalah Permata Kepada Sinar Islam.
RASULULLAH s.a.w berpesan supaya ummah memberikan perhatian kepada
mendidik dan menjaga belia. Baginda bersabda yang bermaksud: “Aku
berpesan kepada kamu supaya memberi perhatian kepada pemuda,
sesungguhnya hati mereka lembut. Allah mengutuskan aku membawa agama
hanif lalu pemuda menyokong aku sedangkan orang tua menentang aku.
Islam meletakkan generasi muda di kedudukan mulia. Hal itu berbeza berbanding ketika zaman sebelum kedatangan Islam.
Jika dalam masyarakat Arab jahiliah, bangsawan Quraisy membentuk belia mereka dengan latar belakang kemewahan dan hidup berfoya-foya tetapi selepas terpancar nur Ilahi ke dalam masyarakat Arab, acuan itu mula dicorakkan kepada konteks lebih luas, global, punya nilai dan beradab.

Sunday, 8 January 2012
Ikhlas tuntut ilmu ketika masuk taman syurga
Selamat kembali ke sekolah. Ini bermakna anda pulang ke taman-taman syurga, taman syurga ialah majlis-majlis ilmu.
Sekolah adalah taman ilmu. Berkata Ibnu Taimiyyah: “Sesiapa yang
ingin masuk syurga biasa-biasalah bermain di taman-tamannya dahulu. Apa
itu taman syurga?
Taman syurga ialah kelas tempat belajar, sekolah dan universiti, halaqah ilmu atau rancangan televisyen yang mendidik jiwa. Kelebihan menuntut ilmu memang biasa kita dengar.
Taman syurga ialah kelas tempat belajar, sekolah dan universiti, halaqah ilmu atau rancangan televisyen yang mendidik jiwa. Kelebihan menuntut ilmu memang biasa kita dengar.
Saturday, 7 January 2012
Talqin Peringatan Buat Yang Masih Hidup
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulilllah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinnya masih lagi sy dapat menyambung penulisan pena pada kali ini...
عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ

Madsudnya : "Dari
Syaddaad bin Aus dari Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ baginda
telah bersabda Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan
ia beramal untuk hari-hari selepas mati Orang yang lemah ialah mereka
mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan keatas Allah"
(Hadith Riwayat Imam at Tirmizi)
Dari hadis ini dapat kita ketahui bahawa orang yang bijak adalah orang
yang memperhitungkan dirinya dan sentiasa beramal untuk menghadapi mati.
Sedangkan orang yang tidak cerdik adalah orang yang mengikut nafsunya
bahkan hanya berangan-angan untuk mendapat keampunan Allah tanpa
melakukan amal soleh dalam hidupnya.
Sebagai renungan marilah membaca , dan mengambil intipati yang berguna di dalam bacaan talqin dibawah. InsyaAllah :
Subscribe to:
Posts (Atom)