Monday, 25 June 2012

Waktu-waktu Doa Mustajab


“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa yang senang Allah mengabulkan doanya ketika dalam keadaan sempit serta berduka maka hendaknya ia banyak berdoa ketika dalam keadaan lapang.”
 (HR At-Tirmidzi 3304, Hadis Hasan)

Panduan untuk menjadi Isteri Solehah


Nabi saw. bersabda, “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.”(HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

Nabi saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”.
(HR At-Tirmidzi)

Saturday, 23 June 2012

Usah sia-sia nyawa dengan bunuh diri

KENAPA ramai yang sanggup membunuh diri? Tidak takut atau sakit ke? Tidak ingat dosa dan pahala ke?
Jika bunuh diri, adakah selesai masalah? Di kubur, selamat ke? Tidak ada ke kehidupan selepas bunuh diri?

Peliknya perbuatan itu dilakukan orang Islam yang percaya kepada kehidupan akhirat. Ada hisab, mizan sirat dan ada syurga serta neraka. Tetapi kenapa mereka mengikut bisikan nafsu jahat dan syaitan iblis yang memang mencari teman buat menemaninya bertempik melolong dalam neraka nanti?

Larangan membunuh diri sememangnya termuat dalam al-Quran dan hadis.


Sunday, 10 June 2012

Tabiat suka membazir saudara syaitan

APA perasaan kita apabila ditipu? Mesti marah dan malu punya. Kadang-kadang kita kutuk dan kita menceritakan pula kepada semua orang mengenai kejahatan penipu itu.
Kita mesti tidak berpuas hati dan mahu rasanya membalas semula apa yang dilakukan si penipu itu. Itulah fitrah manusia, tidak suka ditipu. Namun sedar atau tidak, kita memang ditipu dan banyak kali tertipu oleh musuh kita iaitu syaitan.

Syaitan sentiasa mencari jalan untuk memerangkap kita. Salah satu cara syaitan menipu kita ialah dengan cara mendorong serta menggoda kita supaya membazir.

Sunday, 3 June 2012

Kepentingan dan kelebihan bersujud

Assalamualaikum..Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca nota ringkas ini..insyaAllah dapat memberi manfaat dan bermuhasabah..

Sehari kita solat sebanyak 5 waktu (wajib) ..dan semasa dalam solat kita sujud dengan membaca :


 
Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi
dan dengan segala puji-pujian-Nya.

Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...