Wednesday, 25 July 2012

SIRI KE 3 : TAWAF

Siri 1, Siri 2 

Tawaf menurut syara’ adalah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan bermula di sudut Hajar al-Aswad dan berakhir pada sudut yang sama menurut syarat-syaratnya. Tawaf adalah rukun Umrah, maka tidak sempurna tawaf akan menyebabkan Umrah atau Haji seseorang itu tidak sempurna atau tidak sah.

Syarat-syarat wajib Tawaf :-

1. Suci dari hadas (berwudhu’).

2. Suci badan/pakaian/tempat tawaf daripada najis.

3. Menutup aurat.

4. Bermula dan berakhir pada sudut Al-Hajar Aswad berniat tawaf jika tawaf Qudum/Wada’/Sunat/Nazar

5. Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan

6. Berjalan bertujuan Tawaf, bukan bertujuan lain.

7. Cukup 7 pusingan dengan yakin dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar binaan Kaabah hijr Ismail/Syazawan

Friday, 20 July 2012

Sambunglah silaturahim di bulan Ramadan



SEMOGA kita juga merindukan kehadiran Ramadan sebagaimana rindunya Rasulullah s.a.w dengan bulan ini.
Diharap doa yang kita baca selama ini 
“Ya Allah berkahilah hidup kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah usia kami hingga bulan Ramadan” 
dimakbulkan. 
Alangkah beruntung jika dapat bertemu bulan yang mulia itu. Apabila tibanya Ramadan nanti, sama-samalah kita berdoa sebagaimana Rasulullah lakukan.
“Ya Allah, terbitkanlah (dan tampakkanlah) hilal kepada kami (diiringi) dengan keberkahan dan keimanan serta keselamatan dan keislaman, (jadikanlah dia) sebagai hilal kebaikan dan petunjuk, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Alloh.”
(At-Tarmidzi (9/142), imam Ahmad (1/162), Ad-Darimi (2/7) dan lain-lain, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah dalam Shahih Al-Wabilush Shayyib, hal. 220). 

Tuesday, 17 July 2012

Khasiat Bismillah 5


Bismillaahir rohmaanir rohiim,
 
Bismillaahisy syafi,
 
Bismillaahil kaafi,
 
Bismillaahil mu’aafi,
 
Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim

Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.

Thursday, 5 July 2012

Status Hadith mengenai Allah memerhtikan hamba2nya pada malam Nisfu Sya'ban

(petikan dari artikel yang disusun oleh Ust Muhammad Hanief, Darul Kauthar) oleh Ust Khairol Amin(boss sy) dikirim melalui email (Blog Ust Khairol Amin)

Rata-rata di kalangan masyarakat Islam, mempercayai bahawa malam nisfu Sya’ban atau malam 15 Sya’ban mempunyai kelebihan yang sangat istimewa dan padanya diputuskan segala qadha`dan qadar. Benarkah begitu? Ulama hadis yang terdahulu seperti al-Bukhari, al-Tirmizi, al-Daruqutni, Abu Hatim, al-Bazzar dan lain-lain telah memutuskan hadis-hadis tentang kelebihan tersebut tidak sahih dan tidak boleh dipertanggungjawab. Walau bagaimanapun sebahagian ulama al-mutakhirin cuba mentashihkan salah satu daripada hadis-hadis tersebut. Hadis  tersebut mengenai Allah memerhatikan hamba-hamba-Nya pada malam nisfu Sya’ban.

Wednesday, 4 July 2012

Antara telefon rosak dan hati rosak


KALAU telefon bimbit kita rosak, secepat kilat kita pergi baiki. Maklumlah penting sangat untuk berkomunikasi. Kalau rosak siang tak tunggu malam, kalau rosaknya waktu malam tak sempat siang cuba hendak baiki juga.
Dalam banyak perkara penting, kita lupa perkara yang tersangat penting dalam hidup kita iaitu hati. Kita lupa nak jaga dan pimpin hati. Hati di sini ialah hati rohani, iaitu ‘al-qalb’. Hati qalbu iaitu hati nurani tempat letaknya iman dan Islam.

“Jagalah hati jangan kau kotori, jagalah hati lentera hidup kamu”. 

Monday, 2 July 2012

12 Wajah di Padang Mahsyar

Pada Hari Kiamat, umat Islam dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan dengan membawa amalan mereka sendiri.. Maka telah dinyatakan oleh Rasulullah saw keadaan di Padang Mahsyar nanti, lalu digambarkan 12 barisan berkenaan iaitu :-

1. Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan tidak berkaki.

Keadaan ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah SWT : " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jiran, maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

2. Diiringi dari kubur dalam keadaan berbentuk babi hutan.

Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...