Wednesday, 29 August 2012

Dari Billionaire Kepada Sehelai Sepinggang



Berikut adalah catatan yang menarik mengenai Sulaiman al-Rajhi, pemilik al-Rajhi Bank iaitu bank Islam paling besar di dunia. Anggaran harta beliau yang dimiliki oleh Forbes adalah USD 7.7 bilion.
Namun kini beliau hanya tinggal sehelai sepinggang. Hartanya telah pun diberikan kepada anak-anaknya dan juga projek-projek wakaf. Ini adalah contoh orang kaya yang beriman yang dapat kita jadikan teladan selain dari kisah Ahmad Dawjee Dadhaboy yang mewakafkan tanahnya di ‘Golden Triangle’ Kuala Lumpur.
Bagaimana Sulaiman al-Rajhi Bermula?
  1. Bermula dengan bisnes money exchange dan melihat masih belum ada bank Islam yang wujud, kira-kira 30 tahun dahulu.
  2. Berjumpa dengan pengurus (CEO barangkali) Bank of England dan juga pelbagai bank pusat tentang idea bank Islam, menyakinkan mereka bagaimana perbankan halal dapat mengukuhkan lagi ekonomi dunia kerana orang Islam dan Kristian tidak dapat berurusniaga dengan riba.
  3. Bermula di London dan setelah berjaya kembali ke Arab Saudi dengan sokongan mufti besar, Sheikh Abdul Aziz Bin Baz.

Wednesday, 22 August 2012

Puasa Sunat Enam Syawal

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat.  Ada puasa  sunat  yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ‟Asyura‟ dan enam hari dalam bulan Syawal).

Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah  ra meriwayatkan bahawa Rasulullah  s awbersabda, Allah  swt berfirman (dalam hadis Qudsi): 

Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” 

(Ras ulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, nafas orang y ang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Muslim no: 1151]

Selain hadis di atas, terdapat bany ak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat. Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Al-Bukhari no: 2840]

Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal.  

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda: 
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Muslim no: 1164]. 

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun

Hukum Puasa Enam Syawal. 

Hukumnya adalah  sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam alSyafi‟e, Imam Ahmad, Daud dan ulama‟ yang sependapat dengan  mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil)  Fitri dan (Eidil) Adha.” [Al-Bukhari no: 1991].

Siri Empat - SAIE

Assalamualaikum...untuk membaca mengenai ibadah umrah, sila klik (Ibadah Umrah Siri Satu) , (Ibadah Umrah Siri Dua) , (Ibadah Umrah Siri Tiga ) 

Rukun ke 3 dalam ibadat Umrah adalah Saa’I  atau Saie. Saie adalah berjalan dari bukit Safa dan Marwah 7 kali dengan mengikuti syarat2nya.  Bagi yang uzur, bolehlah diupah kereta sorong, motor berbateri atau di usung.




Setelah selesai Tawaf, hendaklah seseorang itu bergerak ke Mas’aa (tempat bersaie) dan apabila menghampiri  al-Safa’ maka disunatkan membaca :

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ
“Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah” [Surah al-Baqarah : 158].

Thursday, 16 August 2012

9 Jenis anak syaitan | Pekerjaan Syaitan

KAMI BERLINDUNG DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAMMMM....

Umar al-Khattab R. A berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :


1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih Dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat Dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita…


“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh nyata bagimu,maka anggaplah ia musuh(mu),kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala” (Fathir:6)
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
  • pintu marah
  • cinta dunia
  • kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
  • panjang angan-angan
  • rakus
  • bakhil
  • suka pada pujian
  • riak
  • ujub (merasa kagum)
  • takut dan gelisah
  • buruk sangka
  • memandang rendah pada orang lain
  • merasa suka pada dosa
  • merasa aman daripada pembalasan “ALLAH”
  • putus asa daripada rahmat “ALLAH”

Saturday, 11 August 2012

Warkah buat suami


(Gambar hiasan)
Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan…
Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Friday, 3 August 2012

Istiqamah laksana tuntutan Ramadan



SYUKUR tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, kita dapat melangkah masuk ke fasa kedua Ramadan iaitu fasa keampunan.

Dengan hayunan langkah yang masih bersemangat, kita perlu melaksanakan tuntutan Allah bukan setakat ibadat puasa saja, malah meningkatkan ibadat sunat lain seperti Tarawih, qiyammulail, zikir, doa dan beristighfar. 
Lazimnya, semakin lama berpuasa, semakin kuranglah jemaah di masjid dan surau.
Bilangan saf kian menyusut. Di mana istiqamah kita, baru separuh jalan, belum pun sampai ke-10 malam terakhir, sudah rasa pancit dan letih? 

Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...