Saturday, 22 December 2012

e-Jawi Transliterasi

Applikasi yang bermanfaat..InsyaAllah boleh digunakan untuk convert tulisan rumi kepada tulisan jawi...

Jom Cuba applikasi ni...insyaAllah..=)

Thursday, 13 December 2012

Fadhilat Surah Al-Mulk


Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.  
Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: 
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Kandungan Surah Al Mulk

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya. .
Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya. .
Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya,
 “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”.
 Begitulah respons mereka. .
Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak. .
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya. .

Saturday, 8 December 2012

Musa Berguru Dengan Khidir

Nabi Musa a.s sedang berkhutbah di hadapan kaum Bni Israel apabila seseorang dikalangan mereka bertanya,
"Siapakah manusia yang paling pintar?"
Jawab Musa a.s "Akulah" . Jawapan baginda itu menyebabkan Allah SWT menegurnya keranatidak mengembalikan ilmu itu kepada Pemiliknya iaitu Allah SWT.

Jesteru Allah SWT mewahyukan kepadanya , "Ada seorang hamba Ku yang mendiami sebuah tempat di pertemuan dua lautan , Ilmunya melebihi ilmumu."

Nabi Musa as bertanya, Wahai Tuhanku!, Bagaimana aku dapat berjumpa dengannya?";

Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Tangkaplah seekor ikan dan letakkannya di dalam bakul yang diperbuat daripada daun kurma. Apabila ikan itu hilang  maka disitulah tempat kamu akan bertemunya."

Lalu Nabi musa menangkap seekor ikan untuk diletakkan di dalam bakul . Kemudia dia memulakan perjalanan bersama sama pembantunya, seorang pemuda yang bernama Yusya' bin Nun.

Apabila sampai berdekatan dengan sebuah batu yang besar mereka berhenti untuk berehat. Disebabkan keletihan, Nabi Musa tertidur . Waktu itu Ikannya melompat kembali ke dalam laut. Allah SWT telah menahan ikan itu daripada bergerak di dalam aliran air yang terbentuk seperti engkungan bangunan. Musa yang tidak menyedari keadaan itu meneruskan perjalanannya.

Mereka berhenti berehat sekali lagi. Musa berkata kepada pembantunya ," Bawalah kemari makanan kita. Kita telah keletihan disebabkan perjalanan ini." Lantas pembantunya berkata "Adakah tuan tahu bahawa ketika kita berehat sebelum ini sesuatu yang pelik telah berlaku kepada ikan di bakul itu? Ikan itu melompat masuk kembali ke dalam laut. Syaitan telah membuatku lupa untuk menceritakannya kepada tuan tentang kejadian itu"
Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...