Saturday, 30 March 2013

Taubat Nasuha Seorang Ahli Maksiat

Diriwayatkan oleh Ka'ab al-Akhbar r.a bahawa dalam kalangan Bani Israel dahulu, ada seorang lelaki yang kerap melakukan kemungkaran.

Ka'ab ialah seorang tabiin yang sangat alim tentang kitab Taurat dan Al-Quran. Walaupun baru memeluk Islam pada zaman pemimpinan Umar al-Khattab r.a , namun Umar r.a amat menyenanginya kerana perkara perkara yang diucapkan oleh beliau selari dengan islam.

Menurut cerita Ka'ab, pada suatu hari lelaki itu turun ke dalam sungai untuk mandi . Tiba tiba dia terdengar suatu suara yang mengatakan kepadanya, " Hai polan! Apakah engkau tidak berasa malu? Bilakah kau akan bertaubat kepada Allah?"


Mendengar suara teguran dari sungai itu, dia berasa amat gelisah dan terus berazam untuk meninggalkan perbuatan kejinya itu. Dia berazam untuk bertaubat dengan taubat nasuha serta meninggalkan perbuatan dosa yang telah dilakukan. Beliau lantas melarikan diri ke sebuah gunung yang didiami oleh 12 orang ahli ibadah yang taat kepada Allah swt. Dia mengambil keputusan untuk menyertai mereka dalam ibadah.

Maka lelaki tadi pun menyertai ahli ibadah tersebut..

Musim kemarau yang panjang menimpa tempat mereka, menyebabkan mereka terpaksa mengambil keputusan untuk mencari kawasan yang mempunyai air di bawah pergunungan itu. Tanpa disedari rupa rupanya merka telah sampai ke tempat lelaki yang ditegur kerana melakukan dosa. Oleh sebab bimbang pengalaman itu berulang semula(suara di sungai yang menegurnya), dia meminta sahabat sahabatnya agar meneruskan perjalanan(ke sungai itu) mereka tanpanya.

Mereka bertanya, "Mengapa?"

Dia menjawab, "Aku malu untuk kesana kerana disitu ada seseorang yang mendedahkan tentang keaiban diriku sendiri sehingga aku menjadi malu dan bimbang jika dia melihatku sekali lagi."

Mereka akur tunggal disitu tanpa lelaki itu. Apabila berada di sungai tersebut kedengaranlah suara bertanya ,"Ke mana perginya teman kamu? Apakah yang sedang dilakukan olehnya?"
Jawab ahli ahli ibadat itu, "Dia  menyangka disini ada orang yang akan menyebut nyebut tentang kesalahannya menyebabkan dia berasa malu lalu dia tidak menyertai kami."
"SubhanAllah! sekiranya salah seorang daripada kalian memarahi anaknya sendiri ataupun salah seorang daripada keluarganya, lalu individu itu meminta ampun kepadanya, tentulah dia akan memaafkan. Sekarang ketauhui lah oleh kamu semua bahawa kawanmu itu telah pun bertaubat daripada dosanya. Oleh sebab itu, pergilah kalian kepadanya dan khabarkan tentang perkara ini. Selepas ini kalian hendaklah beribadah kepada Allah di tepianku(sungai) ini."

Mendengar penjelasan yang dibuat oleh suara dari sungai, mereka lantas menyampaikan perkara tersebut kepada sahabat mereka. Lalu lelaki yang sebelumnya melakukan maksiat di kawasan itu kini berubah. Mereka terus berada di tepi sungai itu untuk beribadah dalam suatu tempoh masa.

Selepas berlalu satu jangka masa, lelaki tersebut meninggal dunia. Suara itu sekali lagi memanggil manggil ahli ahli ibadat yang lain agar memandikan jenazah lelaki itu dengan air sungai itu.


Dia meminta agar dikebumikan berdekatan dengan sungai itu agar kelak dibangkitkan berdekatan dengan sungai tersebut.


Mereka melakukan sebagaimana yang diminta. Selepas mengebumikannya mereka berasa sedih yang teramat sangat lalu mereka menangis hingga keesokan harinya 

Allah swt dengan rahmatnya telah menumbuhkan dua belas batang pokok sarwah berdekatandengan kubur lelaki itu.Melihat tumbuhnya pokok pokok berdekatan dengan kuburnya, maka mereka mendirikan tempat ibadah berhampiran dengan kawasan itu.Akhirnya mereka telah menetap disitu hingga individu terakhir dalam kumpulan itu meninggal dunia. Setiap daripada mereka dikebumikan berhampiran dengan sahabat sahabat daripada mereka.


Ka'ab berkata , " Apabila makam itu sering dikunjungi untuk tujuan ibadah, akhirnya BaniIsrael telah melakukan haji di tempat itu juga"


Hikmah Dan pengajaran

  1. Taubat daripada dosa dosa yang telah dilakukan adalah suatu perkara yang diwajibkan.
  2. Haram mendedahkan dosa kepada orang lain
  3. Taubat yang benar dan taubat yang dilakukan dengan bersungguh sungguh akan menyebabkan keampunan dosa dan memperoleh husnul khatimah.
  4. Kita dituntut supaya mencari teman teman yang soleh atau solehah
  5. Syariat orang sebelum kita berbeza daripada kita sehingga mereka dibenarkan mengasingkan diri untuk tujuan beribadah. Sedangkan kita TIDAK BOLEH berbuat demikian.
  6. Orang Yahudi ialah golongan yang dimurkai Allah kerana mengada adakan perkara yang dilarang Allah SWT seperti melakukan haji dikawasan perkuburan orang soleh
Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...