Posts

Showing posts from March, 2013

Taubat Nasuha Seorang Ahli Maksiat

Diriwayatkan oleh Ka'ab al-Akhbar r.a bahawa dalam kalangan Bani Israel dahulu, ada seorang lelaki yang kerap melakukan kemungkaran. Ka'ab ialah seorang tabiin yang sangat alim tentang kitab Taurat dan Al-Quran. Walaupun baru memeluk Islam pada zaman pemimpinan Umar al-Khattab r.a , namun Umar r.a amat menyenanginya kerana perkara perkara yang diucapkan oleh beliau selari dengan islam. Menurut cerita Ka'ab, pada suatu hari lelaki itu turun ke dalam sungai untuk mandi . Tiba tiba dia terdengar suatu suara yang mengatakan kepadanya, " Hai polan! Apakah engkau tidak berasa malu? Bilakah kau akan bertaubat kepada Allah?"