Friday, 4 April 2014

Hukum dan adab menziarahi kubur dan perkara2 sunat ketika berada di tanah perkuburan

Assalamualaikum w.b.t, Saudara/Saudari yang dirahmati Allah, Ziarah Kubur Tersebut dalam kitab Ianah At-Thalibin, adalah sunat bagi kaum lelaki menziarahi kubur dan makruh bagi kaum wanita. Ini beralasan suatu ketika Rasulullah s.a.w. melihat seorang wanita menangis atas kubur anaknya.

Maka sabda baginda, maksudnya:
"Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah"
(Ittifaq Bukhari dan Muslim)



Kalaulah haram wanita ziarah kubur nescaya ditegahnya wanita itu. Adapun hadith yang bermaksud, Allah melaknat wanita-wanita menziarahi kubur memberi erti wanita yang datang meraung, menangis di atas kubur boleh mendatangkan fitnah, sememangnya dilarang.

Sebahagian ulamak mengatakan hadith melarang wanita ziarah kubur telah dimansuhkan oleh hadith yang bermaksud:
Dari Buraidah al-Aslami r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Aku dahulu melarang kamu dari menziarahi kubur, maka sekarang ziarahlah kubur (kerana ada baiknya)."
(Riwayat Muslim)

Ketika sampai di kawasan kubur adalah sunat memberi salam. Menghadiahkan bacaan ayat suci al-Quran, terdapat dalam hadith Nabi menganjur supaya membaca :
  1. Surah Yaasin
  2. Surah al-Ikhlas
  3. Surah al-Falaq 
  4. Surah an-Nas 
  5. Surah al-Fatihah 
Islam melarang menziarah kubur, Jika menjadikan kubur itu sebagai Tawassul, memuja atau dijadikan temasya.Berdoa kepada arwah Tersebut dalam kitab al-Azhar, kata Imam Nawawi telah menjadi Ijmak Ulama (Assyafieyah) bahawa berdoa dan menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang islam yang telah meniggal dunia berfaedah dan sampai pahalanya.

Dalam kitab al-Irsyad wa syarhih Ibnu Hajar menambah samada doa itu dari warisnya atau orang lain. Dalilnya firman Allah s.w.t. surah al-Hasyr ayat 10:

"Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka berdoa dengan katanya, wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami."

Wanita Ziarah Kubur Terdapat sebahagian ulama mengatakan sunat bagi wanita menziarahi makam Rasul, Anbia, Para Ulama dan orang-orang solih (lihat lanah at-Thalibin).

Wallahua'lam

Daripada

Nota : – Jika anda dapati post ini bermanfaat, saya mengizinkan untuk anda berkongsikan post ini di laman laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Google Plus ,dan lain lain. Terima Kasih.

Rujukan : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/
Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...