Wednesday, 24 September 2014

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, segala puji pujian hanya kepada Allah. Masih diberi kesempatan untuk bernafas, diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan, menambah amalan insyaAllah .

Pernahkah anda diganggu? Tidak kira diganggu syaitan, jin, saka,sihir, kejahatan manusia.? Ramai yang mengalami situasi ini, dan fitrah manusia tidak menyukai keadaan ini. Lalu berbagai cara yang dilakukan. ada yang mengupah bodyguard, mempelajari ilmu kebal, dan banyak lagi.

Tapi sedarkah kita yang Alquran itu diturunkan sebagai syifa, penawar, dan juga pelindung bagi diri kita dari sihir dan kejahatan manusia.

Dalam post ini sy akan kongsikan amalan harian yang boleh diamalkan untuk membenteng diri dari gangguan jin, sihir, kejahatan manusia. InsyaAllah .

Amalan ini sesuai dilakukan pada waktu pagi(selepas subuh) dan petang(selepas asar). Atau selepas solat. Walau apa pun amalan yang kita lakukan, ianya perlulah istiqamah, dan setiap amalan yang istiqamah akan memberi hasil dalam diri kita.

Apa pun ini hanyalah sebagai satu ikhtiar dari kita untuk membenteng diri dari semua masalah diatas insyaAllah dengan izinNya.

Amalan Manzil :

Diamalkan pada setiap hari, pada pagi dan petang. Cari masa yang sesuai untuk membaca manzil. Mengikut pengalaman saya, membaca manzil ini memakan masa lebih kurang dalam 15 minit. InsyaAllah jika selalu mengamalkan nya kita akan hafal ayat2 manzil ini dan boleh dibaca semasa membawa motor atau kereta.
  1. Manzil diasaskan oleh Shaykh Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi RH, seorang sufi dari Tarekat Chishti yang berasal dari sempadan India-Pakistan.
  2. Manzil ialah satu set ayat-ayat suci al-Qur'an al-Kareem yang digunakan untuk mencegah dan merawat sihir.

Amalan Ayat 5 :

Amalan yang diambil dari kitab majmuk syarif. 

Ayat lima selalunya digunakan untuk memohon perlindungan Allah swt daripada segala bentuk kejahatan seperti dirompak, dianiaya, diganggu binatang buas dan lain lain. InsyaAllah.

Amalan Ayat 7 : 

Amalan yang diambil dari kitab majmuk syarif.
Pembaca ayat tujuh mendapat keselamatan daripada setiap bahaya dan musibah. 
Ayat 7 juga nya juga dikenali sebagai Al Munjiyat.

Amalan Ayat 15 :

Amalan yang diambil dari kitab majmuk syarif.
Insya Allah keperluan hidup sentiasa dipenuhi, orang sakit akan sembuh dan menjadi penawar bagi orang yang keracunan serta orang yang membacanya akan diberi keselamatan dan keamanan.





Daripada
NOTE : – Jika anda dapati post ini bermanfaat, saya mengizinkan untuk anda berkongsikan post ini di laman laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Google Plus ,dan lain lain. Terima Kasih.
Rujukan : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/
Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...