Monday, 26 September 2011

Terjemahan Doa Akashah

Assalamualaikum wbt..

Doa merupakan senjata orang mukmin..Setiap apa yang disebut oleh lidah semua nya adalah doa kepada Allah sama ada kita sedar atau tidak..Didalam Surah Gafir ayat 60 Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud :


“ Dan Tuhamnu berfirman: “ berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku(berdo’a kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.” (QS: Gafir:60).

Wednesday, 14 September 2011

Masjid Bagi Umat Islam

Erti Masjid Bagi Umah Islam

Setiap agama mempunyai tempat ibadat tersendiri contohnya agama kristian tempat ibadatnya dinamakan gereja, Agama hindu tempat ibadatnya dinamakan Kuil, Agama Buddha dinamakan Tokong dan lain lain. Umat Islam juga mempunyai tempat ibadat tersendiri yang dinamakan Masjid sebagai tempat berkumpul dan berbuat ibadah. Sekumpulan umat islam itu dikatakan tidak sempurna jika tidak mendirikan masjid.

Oleh itu, jika dilihat dari sejarah Islam, Rasulullah s.a.w sebaik sahaja tiba di luar kota Madinah, iaitu Quba, Baginda terus mendirikan masjid untuk kegiatan Dakwahnya. Sedangkan di Makkah baginda tidak mendirikan Masjid , tetapi disana sudah ada Masjidil Haram yang telah didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s sejak ribuan Tahun dahulu. Jelaslah kita betapa pentingnya Masjid dikalangan Umat Islam.

Masjid didalam bahasa melayu bermakna Tempat Sujud , iaitu tempat untuk solat atau beribadah kepada Allah.

Monday, 12 September 2011

Rihul Ahmar - Doa dan Riwayat

Penyakit angin ahmar atau stroke amat ditakuti kerana jika menyerang akan menyebabkan mangsa menjadi lemah, lumpuh sebelah badan atau keseluruhannya. Ia sukar diubati dan boleh membawa kepada kematian.

Untuk menghindarinya amalkanlah doa yang diajar oleh Rasullullah SAW ini selalu atau sekurang-kurangnya bacalah sekali seumur hidup semoga kita terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar) ini.

Monday, 5 September 2011

Kelebihan Menyampaikan Ilmu

Daripada Zaid bin Thabit r.a , Nabi S.A.W bersabda :

Allah Menyerikan(mengelokkan akhlak dan meninggikan darjat) orang yang mendengar suatu hadith daripada kami, lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami . Berkemungkinan juga orang yang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya.
 (Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi).

Hadith di atas menunjukkan kewajipan menuntut ilmu dengan bersungguh sungguh dengan mengkaji sedalam dalam makna hadis yang telah dibawa oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w dan merumuskan perkara yang tersingkap disebalik suatu hadis.

Sunday, 4 September 2011

Lau Kaana Bainana al-Habib (Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita)

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat  لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih طالبا قرب الحبيب
Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab  بلغنا لقاه يا مجيب
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam
Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...