Posts

Showing posts with the label amalan harian

8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’ Tetapi Ganjarannya Sangat Besar

Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan. Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr. Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan. #1 – Membaca Surah Al-Ikhlas Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda; Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) ...

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah, segala puji pujian hanya kepada Allah. Masih diberi kesempatan untuk bernafas, diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan, menambah amalan insyaAllah . Pernahkah anda diganggu? Tidak kira diganggu syaitan, jin, saka,sihir, kejahatan manusia.? Ramai yang mengalami situasi ini, dan fitrah manusia tidak menyukai keadaan ini. Lalu berbagai cara yang dilakukan. ada yang mengupah bodyguard, mempelajari ilmu kebal, dan banyak lagi. Tapi sedarkah kita yang Alquran itu diturunkan sebagai syifa, penawar, dan juga pelindung bagi diri kita dari sihir dan kejahatan manusia. Dalam post ini sy akan kongsikan amalan harian yang boleh diamalkan untuk membenteng diri dari gangguan jin, sihir, kejahatan manusia. InsyaAllah . Amalan ini sesuai dilakukan pada waktu pagi(selepas subuh) dan petang(selepas asar). Atau selepas solat. Walau apa pun amalan yang kita lakukan, ianya perlulah istiqamah, dan setiap amalan yang istiqamah akan memberi hasil dalam diri kita. ...