Posts

Showing posts with the label Julaibib

Seagung Cinta Julaibib

Image
“CINTA bukan hanya di mata. Cinta hadir di dalam jiwa. Biarlah salah di mata mereka. Biar perbezaan terlihat antara kita.” Itu antara bait lagu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim dan pernah jadi siulan ramai satu ketika dulu. Saya juga terdengar lagu ini di dalam teksi ketika mengunjungi Jakarta, tahun lalu. Begitu hebat lirik dan alunan melodinya hingga diminati penduduk Indonesia. Lagu itu antara ribuan yang mengisahkan kehebatan panahan cinta dalam diri manusia. Pelbagai ekspresi atau kisah diluahkan dalam bait lagu dalam pelbagai genre, rentak juga bahasa. Ada menggambarkan kehebatan cinta, kecewa kerana cinta serta kesucian cinta. Tidak kurang lagu berunsurkan Islamik yang berkisarkan dambaan cinta daripada Allah serta Rasul-Nya.

Ringkas - riwayat hidup Julaibib

Julaibib  ialah seorang sahabat Nabi s.a.w., Dia mmg seorang yang tidak terkenal lagi miskin, bahkan tidak diketahui nasabnya. Punya la miskin si Julaibib ni, sampai hilang keinginannya untuk berkahwin.  Julaibib r.a. Walaupun dia ni miskin, tapi dia ni rajin berzikir, tak pernah miss saf pertama solat jamaah dan menyertai banyak perperangan.  Suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pada Julaibib,  "Hai Julaibib, kamu tak ingin menikah?"   maka jawab beliau,  "Wahai Rasulullah, siapa yang mahu menikah denganku yang tak punya harta mahupun kedudukan?"