Posts

Showing posts with the label Rasulullah SAW

Maulidur Rasul 14.1.2014M / 1435H : Teladani peribadi Rasulullah

Image
Zahirkan kecintaan dengan mengambil sirah, sunnah sebagai panduan Perutusan Rasulullah SAW sebagai menyambung tradisi perjuangan Nabi dan Rasul terdahulu menegakkan kalimah Allah SWT seterusnya mengakhiri salasilah kerasulan yang memikul amanah menyampaikan risalah Islam kepada sekalian alam. Allah SWT berfirman yang bermaksud:  “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107)

Kisah Rasulullah Saw Bersama Muaz R.a

Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda: "Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!" Jawabku, "Ya, Sayidil Mursalin." Sabda Rasulullah SAW, "Sekarang aku akan menceritakan sesuatu kepadamu yang apabila engkau hafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau engkau lupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai alasan di hadapan Allah kelak." "Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dari bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya."

Pupuk rasa cinta, sayang kepada anak

Image
RASULULLAH S.A.W sangat penyayang terhadap anak, baik terhadap keturunan baginda sendiri ataupun anak orang lain. Abu Hurairah meriwayatkan, satu ketika Rasulullah mencium Hasan bin Ali. Berhampiran ada Al-Aqra’ bin Hayis At-Tamimi yang sedang duduk. Lelaki itu kemudian berkata, “Aku memiliki sepuluh anak dan tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka.”  Rasulullah segera memandang kepadanya dan berkata, barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi.” Sifat kasih sayang Rasulullah juga terserlah ketika bersolat di mana Baginda tidak melarang anak-anak mendekatinya. Hal itu diceritakan Abi Qatadah, “Suatu ketika Rasulullah mendatangi kami bersama Umamah binti Abil Ash iaitu anak Zainab, puteri Rasulullah. Baginda meletakkannya di atas bahunya kemudian solat dan ketika rukuk. Baginda meletakkannya dan ketika bangun daripada sujud, Baginda mengangkat kembali.”

Kepentingan dan kelebihan bersujud

Image
Assalamualaikum..Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca nota ringkas ini..insyaAllah dapat memberi manfaat dan bermuhasabah.. Sehari kita solat sebanyak 5 waktu (wajib) ..dan semasa dalam solat kita sujud dengan membaca :   Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujian-Nya.

Hadis Hadis Peringatan

Hadith Hadith dan Ayat AlQuran Peringatan...semoga bermanfaat insyaAllah.. Sabda Rasulullah s.a.w: "Hindarilah zina krn ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." Hadis riwayat Baihaqi