Sifat marah perlu digunakan pada tempat, masa sesuai
SIAPAKAH yang tidak pernah marah? Ia adalah sifat semula jadi yang dibekalkan Allah dalam diri manusia sama ada untuk menguji atau sebagai alat membela. Pendek kata, sifat marah jika digunakan pada tempat dan masa yang sesuai memberi manfaatnya. Jika ada orang mempermainkan Islam kita perlu marah dan mempertahankannya. Begitu juga jika negara diceroboh, kita mesti marah dan ambil tindakan membelanya. Marah yang tidak bertempat sering kali mengundang permusuhan, hasad dengki, pertengkaran malah pembunuhan. Lihatlah baru-baru ini, kerana marah suami hendak kahwin lagi dan anak-anak dibunuhnya. Di Filipina, pada tahun 1995, seorang suami yang marahkan isterinya bertindak membakar rumahnya malah turut menyebabkan 70 rumah lain terbakar.