Posts

Showing posts with the label Kesan Dosa

Kesan Kesan Melakukan Dosa

MELAKUKAN dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing. Tidak betul kata-kata itu kerana kubur kita nanti orang lain gali sementara kubur orang lain kita juga yang kena uruskan. Maknanya dosa yang kita lakukan boleh menyusahkan orang lain. Contohnya, peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhuyung-hayang. Memanglah benar duit dia tetapi jika sudah mabuk mereka terdorong melakukan perkara di luar batasan seperti melanggar orang ketika memandu di jalan raya, berzina atau sumbang mahram. Lihatlah betapa pelakuan dosa kita itu amat keji. Berikut adalah kesan bahaya kepada seseorang jika banyak melakukan dosa antaranya: