Posts

Showing posts with the label Membentengi diri

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah, segala puji pujian hanya kepada Allah. Masih diberi kesempatan untuk bernafas, diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan, menambah amalan insyaAllah . Pernahkah anda diganggu? Tidak kira diganggu syaitan, jin, saka,sihir, kejahatan manusia.? Ramai yang mengalami situasi ini, dan fitrah manusia tidak menyukai keadaan ini. Lalu berbagai cara yang dilakukan. ada yang mengupah bodyguard, mempelajari ilmu kebal, dan banyak lagi. Tapi sedarkah kita yang Alquran itu diturunkan sebagai syifa, penawar, dan juga pelindung bagi diri kita dari sihir dan kejahatan manusia. Dalam post ini sy akan kongsikan amalan harian yang boleh diamalkan untuk membenteng diri dari gangguan jin, sihir, kejahatan manusia. InsyaAllah . Amalan ini sesuai dilakukan pada waktu pagi(selepas subuh) dan petang(selepas asar). Atau selepas solat. Walau apa pun amalan yang kita lakukan, ianya perlulah istiqamah, dan setiap amalan yang istiqamah akan memberi hasil dalam diri kita. ...

Membentengi Diri Dari Gangguan Segala Jenis Makhluk

Image
Surah Yaseen ayat 9 : Peristiwa Didalam suatu riwayat ada menceritakan peristiwa yang telah berlaku sebelum hijrah ketika baginda Rasulullah saw berada di kampungnya. Rasulullah ingin keluar dari kampungnya untuk berhijrah ke kota madinah namun kaum musyrikin telah menghalang Rasulullah keluar dari kampungnya. Maka Turunlah ayat kesembilan didalam surah Yaseen seperti dalam gambar diatas. Lalu Rasulullah membaca ayat tersebut dan menggenggam pasir dalam tangan sambil membaca ayat tersebut. Baginda Rasulullah saw telah menaburkan pasir tersebut kepada kaum musyrikin. Tidak lama kemudian kaum Musyrikin tertidur lalu Rasulullah dengan Abu Bakar mengambil peluang tersebut untuk keluar dan berhijrah ke kota Madinah. ..