Tuesday, 6 March 2012

Tok Bomoh(tabib) & Tukang ramal/ tilik

"Tok BOMOH" ...ahha..hari ni tajuk cerita agak berlainan dari yang biasa..Tak tau kenapa hari nie semua yang saya biasa buat pun akan berlainan dari yang biasa..Tapi tak ape..kita tinggalkan pasal tu..

Hari ni nak cerita mengenai Tok Bomoh ...
Menurut kamus dewan, Tok bomoh bermaksud tabib kampung yang mengubati orang kampung menggunakan ubat tradisional atau jampi jampi yang tertentu dan sebanagainya. Termasuk juga dalam istilah ini Tok Pawang dan Tok Dukun Bomoh yang makan upah..

Namun dalam banyak banyak bomoh ini , terdapat satu bomoh yang bahaya dari masyarakat melayu yang kerjanya hanya menimbulkan kesusahan dan huru hara kepada orang lain. Tok Bomoh jenis ini lebih dikenali sebagai Tok Bomoh yang makan Upah.


Gambar hiasan..

Tok bomoh jenis ini biasanya mempunyai khadam daripada golongan jin islam yang fasik dan jin kafir serta koncu koncu mereka. Mereka menggunakan khidmat jin tersebut untuk menganiaya manusia lain atas sebab sebab tertentu.

Kisah Nabi Muhamamd s.a.w yang berjumpa di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal).

Nabi Muhammad s.a.w datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.

Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara’.

Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi: “Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta.” (an-Naml: 65)

Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut: 
 “Kalau saya dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya saya dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain saya hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman.” 
(al-A’raf: 188)

Oleh karena itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib yang sebenarnya, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.

Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas: 
“Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka.”

Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti dimana boleh dijumpakan orang hilang, siapa yang melakukan kejahatan kepada individu tertentu dan pelbagai lagi.

Bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan.
Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا
Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. 
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )
Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Sohih menurut Albani ; Muntaqa , 2/791)


Menjadi Bomoh Secara Tidak Rasmi

Jika hukum berjumpa bomoh amat-amat dilarang kerana kepercayaan kepada ramalan ghaibnya boleh menjadikan seseorang itu syirik. Maka menjadi bomoh sudah tentulah lebih dilarang.
Malangnya tanpa disangka-sangka sebahagian orang Melayu kita telah secara tidak langsung hampir menjadi bomoh apabila turut suka meramalkan seusatu yang ghaib tanpa sebarang dalil syara’ dan juga logik sains. Sebagai contoh :-
  • Meramalkan jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah, ia bermakna ada sesorang akan datang.
  • Meramalkan masa depan si bayi dengan menentukan tempat tanam uri bayi tersebut ( selepas dilahirkan). Hingga ada yag percayakan bahwa jika di tanam di depan rumah beserta pensil sebatang maka dapat mencerahkan masa depan si anak. !.
  • Meramalkan sesuatu yang buruk akan berlaku apabila cawan dan pinggan pecah atau kunci jatuh di ketika ingin keluar rumah.
  • Meramalkan rezeki bertambah hanya dengan menggantung ayat seribu dinar di rumah dan di kedainya. Sedangkan ayat tersbeut menuntut agar seseorang agar bertaqwa kepada Allah bagi mendapat ganjaran kelaur dari sebarang masalah dan rezeki dari sumber yag tidak dijangka dan bukannya hanya digantung.
  • Meramalkan akan mendapat duit apabila tangan merasa gatal.
  • Meramalkan hafalan al-Quran akan hilang jika lalu di bawah ampaian baju.
  • Meramalkan ruh si mati akan kembali ke rumahnya semula. Sedangkan ia bercanggah dengan firman allah dalam surah al-Mukminun ayat 100 yang menerangkan tidak bolehnya ruh seseroang itu kembali ke dunia semula.
  • Kepercayaan ramalan buruk oleh si penyebar surat atau sms berantai.
  • Meramalkan kayu koka boleh menjadi penyelamat.
Ini adalah antara bentuk kepercayaan karut, khurafat lagi tahyul dan sebahagiannya membawa kepada syirik tanpa disedari oleh individu itu. Akibatnya hati menjadi rosak, iman tergadai dan di ketika itu, perbincangan hukum halal haram tidak lagi menjadi kepentingan buatnya.

InsyaAllah..jika ada kesempatan masa akan ditambah post mengenai pecahan pecahan tok bomoh..

Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...