Tuesday, 28 February 2012

Nama dan tugasan Malaikat

  1. Jibrail : - Adalah malaikat yang diberi  amanat untuk menyampaikan wahyu,“Aku melihatnya (jibrail) turun dari langit , tubuhnya yang besar menutupi antara langit sampai bumi”(HR. Muslim no 177, dari Aisyah ra)
  2. Mikail : Bertugas membagi rezki kepada seluruh mahluk Allah.Terdapat penyebutan Jibrail dan Mikail secara bersamaan dalam satu ayat, Allah berfirman : “Barangsiapa menjadi musuh Allah,malaikat malaikatNya , Rasul RasulNya, Jibrail dan Mikail, maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang yang kafir” (Surah Al BAqarah : 98)

Saturday, 25 February 2012

Nasihat Agama Dan Wasiat Iman (Imam Al-Haddad) - Syubhah

 Hares Harez

Petikan Kuliah Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, 21 Jan '12
(Kitab: Nasihat Agama dan Wasiat Iman - Imam Al Haddad):

(Syubhah = Masih dalam syak.)
(Warak = Meninggalkan perkara-perkara yang syubhah.)

Tuesday, 21 February 2012

Berwudhuk sebelum tidur elak gangguan syaitan

Berdasarkan Hadis dari Barra' Bin 'Azib bahawasanynya Rasulullah saw bersabda :
"Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwudhuklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat."
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Friday, 17 February 2012

Pokok Sidir : Menurut Al- Quran



================================
Surah Al-Waqiah : 27 -33
Menerangkan kecantikan dan kekuatan pokok dan buah dari pokok sidr.

Tuesday, 14 February 2012

Seagung Cinta Julaibib


“CINTA bukan hanya di mata. Cinta hadir di dalam jiwa. Biarlah salah di mata mereka. Biar perbezaan terlihat antara kita.” Itu antara bait lagu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim dan pernah jadi siulan ramai satu ketika dulu.
Saya juga terdengar lagu ini di dalam teksi ketika mengunjungi Jakarta, tahun lalu. Begitu hebat lirik dan alunan melodinya hingga diminati penduduk Indonesia.
Lagu itu antara ribuan yang mengisahkan kehebatan panahan cinta dalam diri manusia. Pelbagai ekspresi atau kisah diluahkan dalam bait lagu dalam pelbagai genre, rentak juga bahasa.


Ada menggambarkan kehebatan cinta, kecewa kerana cinta serta kesucian cinta. Tidak kurang lagu berunsurkan Islamik yang berkisarkan dambaan cinta daripada Allah serta Rasul-Nya.

Ringkas - riwayat hidup Julaibib

Julaibib  ialah seorang sahabat Nabi s.a.w., Dia mmg seorang yang tidak terkenal lagi miskin, bahkan tidak diketahui nasabnya. Punya la miskin si Julaibib ni, sampai hilang keinginannya untuk berkahwin. 

Julaibib r.a. Walaupun dia ni miskin, tapi dia ni rajin berzikir, tak pernah miss saf pertama solat jamaah dan menyertai banyak perperangan. 
Suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pada Julaibib, "Hai Julaibib, kamu tak ingin menikah?" 

maka jawab beliau, 
"Wahai Rasulullah, siapa yang mahu menikah denganku yang tak punya harta mahupun kedudukan?" 

Sunday, 12 February 2012

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)


Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya,
penuhkanlah hati ini dengan
cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan
dan keindahan tawakal kepadaMu,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu,
jika Engkau mentakdirkan kematian maka
matikanlah pemilik hati ini sebagai
para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.


Sifat marah perlu digunakan pada tempat, masa sesuai


SIAPAKAH yang tidak pernah marah? Ia adalah sifat semula jadi yang dibekalkan Allah dalam diri manusia sama ada untuk menguji atau sebagai alat membela.
Pendek kata, sifat marah jika digunakan pada tempat dan masa yang sesuai memberi manfaatnya. Jika ada orang mempermainkan Islam kita perlu marah dan mempertahankannya. 
Begitu juga jika negara diceroboh, kita mesti marah dan ambil tindakan membelanya. Marah yang tidak bertempat sering kali mengundang permusuhan, hasad dengki, pertengkaran malah pembunuhan.

Lihatlah baru-baru ini, kerana marah suami hendak kahwin lagi dan anak-anak dibunuh­nya. Di Filipina, pada tahun 1995, seorang suami yang marahkan isterinya bertindak membakar rumahnya malah turut menyebabkan 70 rumah lain terbakar.

Thursday, 9 February 2012

Khasiat Kasturi

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah r.a. dan ahli ahli peruatan Islam , Maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat. Antaranya :-

  1. Memberi kekuatan pada roh . Haruman adalah santapan roh manakala kasturi adalah merupakan sewangi wangi dan sebaik baik haruman sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w "Sebaik baik wangian adalah minyak kasturi" (Haddis riwayat Muslim).
  2. Menenangkan Jiwa
  3. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.
  4. Menghilangkan Ketakutan dan kebimbangan.
  5. Menghilangkan debaran jantung.
  6. Menghilangkan sesak nafas

Thursday, 2 February 2012

Tanda Tanda Ikhlas

Ikhlas adalah roh ibadah
Tidak ada ikhlas, ibadah tidak ada roh
Ibadah tidak ada roh, ibadah yang mati
Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh
Nyawa sudah tidak berguna
Ertinya ibadah dan kebajikan
yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya) ibadah dan kebajikan itu tidak diterima
Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit tapi murni (ikhlas) daripada banyak,
ikhlasnya tidak ada tertolak semuanya
Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga
Kerana ia penentu ibadah atau kebaikan kita ditolak atau diterima
Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan hendak ikhlas
Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata
kerana Allah Taala Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya
Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya
ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima

Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...