Tuesday, 4 February 2014

Milh(Garam) - Khasiat Garam

Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya menerusi hadis Anas secara marfu :
"Penghulu segala lauk adalah garam"

Dikatakan sebagai penghulu kerana boleh memperbaiki kualti dan boleh memantapkan rasa, sebab kebanyakan lauk hanya akan menjadi lazat jika dicampur dengan garam.
Dalam Musnad Al-Bazzar secara Marfu' yang disebutkan :

"Kamu ditengah tengah masyarakat ini tidak lama lagi akan seperti garam dalam makanan. Makanan itu tidak akan sedap tanpa garam"


Menurut Al-Baghawi dalam Tafsirnya dari Abdullah bin Umar secara marfu' :
"Sesungguhnya Allah menurunkan empat berkat dari langit ke bumi : Besi, Api,Air, Garam"

Terdapat juga hadis mauquf(maksud sila refer link ini) yang senada dengan itu.
Garam memang boleh menambah kualiti tubuh badan manusia dan kualiti makanan , bahkan boleh menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengan nya seperti emas dan perak. Sebabnya adalah kerana garam mengandungi tenaga yang membuat emas semakin kuning dan perak semakin putih berkilat.

Garam mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, penyerap dan unsur yang menguatkan tubuh serta mencegah bau busuk dan kerosakan. Sebab itu adakalanya garam digunakan sebagai agen yang membuatkan makanan tahan lama seperti Ikan masin. Garam juga boleh mengubat kudis bernanah.

SubhanAllah begitu banyak kelebihan garam..

Jika digunakan sebagai celak , boleh menghilangkan daging yang berlebih pada mata, boleh melenyapkan kotoran kuning. Garam Inggeris baik untuk tujuan ini. Garam juga boleh digunakan untuk mencegah kudis dari merebak.Boleh melancarkan buang air besar . Jika disapukan ke perut orang yang diserang busung lapar, nescaya berkhasiat. Boleh juga membersihkan gigi atau menghilangkan bau gigi, menguatkan gusi. Dan masih banyak lagi khasiatnya. Hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui..

Gambar sebagai hiasan

Sumbar Kitab Attibb an nabawiy
Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...