Merawat jerawat mengikut hadis

Menurut Ibnu As-Sunni di dalam bukunya , ada riwayat dari sebahagian isteri Nabi Muhamamad SAW yang berkata : -
"Rasulullah SAW pernah menemuiku , ketika itu di jariku tumbuh semacam jerawat, Baginda bertanya :

"Engkau punya minyak wangi zarirah?"

Aku Menjawab : "Ada"

Baginda SAW bersabda : " Bubuhlah ia pada jerawatmu itu kemudian bacalah doa : "

"Ya Allah , yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawatku ini. "
(Ditakhrij oleh al-Hakim dan beliau berkata : "Sanadnya sahih namun tidak dikeluarkan oleh bukhari dan muslim, dan diakui Az-Zahabi)


Sebenarnya zarirah ini adalah ubat India yang dibuat dari sari batang pohon Zarirah.Sifatnya panas dan kering, berguna mengatasi radang perut , lever dan kekurangan cairan tubuh bahkan juga boleh menguatkan jantung.

Didalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan dari Aisyah r.a bahawa ia mengkhabarkan :
"Aku membubuhi minyak wangi kepada Rasulullah , sedangkan aku memegang minyak wangi zarirah iaitu pada Haji Wada' untuk  melakukan tahallul dan ihram "

Bathrah adalah sejenis benjut kecil terdiri dari semacam zat panas dan biasanya tumbuh di bahagian tubuh, perlu ditunggu agar agak matang, baru dipecahkan dan dikeluarkan isinya. Zarirah mengandungi khasiat untuk melakukan proses itu, mematangkan dan mengeluarkan isi jerawat pada masa yang sama juga memberi bau yang wangi.

 Jerawat (gambar hiasan)

Ubat ini dapat menyejukkan panas jerawat. Jesteru, penulis Al Qanun menegaskan : (Inilah yang lebih tepat, Kitab Zadul Ma'ad, hal 100)
"Tidak ada ubat saya rasa lebih elok untuk mengurangi panas daripada Zarirah yang dicampur dengan air mawar dan cuka"

WA

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri