Bimbingan Rasululah merawat Demam

Assalamualaikum wbt..Setiap insan pasti mengalami demam. Ada yang mengalaminya berhari hari dan ada juga yang sehari dua je dah sembuh .Semua nya dengan ketentuan Allah. Segala puji bagi Allah yang apabila menurunkan sesuatu penyakit pasti menurunkan ubat dan penawarnya juga. Mari melihat cara Rasulullah saw merawat penyakit demam ini. :


Diriwayatkan di dalam shahih Al Bukhari dan Muslim, Dari Nafi’, dari Ibnu Umar bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : 

Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca dari bahang api Jahannam. Jadi sejukkan lah ia dengan air.


Didalam hadis ini terdapat 2 pemahaman. Yang pertama : - 

1         Bersifat umum untuk segenap manusia di segenap bumi ini.
2         Bersifat khusus untuk sebahagiaan manusia sahaja.


Demam ini terdapat 2 jenis , Yang pertama demam yang disebabkan oleh aktiviti yang berlebihan , panas matahari atau kerana amarah. Kedua demam penyakit. Demam ini hanya menjangkiti organ penting , kemudian menyebarkan panas ke seluruh tubuh. Jika puncanya berhubung dengan tenaga tubuh , disebut dengan demam sehari kerana pada umumnya dia akan hilang dengan sendiri nya dalam sehari. Paling lama ia akan hilang dalam masa 3 hari.

Jika puncanya dari kontaminasi unsur lain disebut demam ufniyah. Demam ini ada 4 jenis :
1         Demam kuning
2         Demam hitam
3         Demam berdarah
4         Boutonneuse fever

Jika puncanya dari organ keras yang utama maka ia dinamakan dengan hectic

Demam ini kadang kala bermanfaat bagi tubuh kita bahkan ia berfungsi lebih dari ubat. Selalu demam sehari dan demam itu menjadi factor pematangan pelbagai unsur berat yang hanya boleh matang dengan factor tersebut. Kadang kala juga boleh membongkarkan saraf saraf yang tersumbat pada tubuh yang tidak boleh diatasi dengan ubat ubat pelarut.InsyaAllah. Selain itu penyakit mata konvensional mahupun jenis jenis penyakit mata baru, juga selalunya boleh disembuhkan dengan demam secara ajaib dengan izin Allah swt dan cepat. Sebahagiaan pakar perubatan juga menegaskan  : “banyak sekali penyakit yang petunjuk kesembuhannya boleh diketahui jika muncul demam". WA .

Jika hal ini dapat difahami dengan baik, bermakna kemungkinan yang dimaksudkan demam dalam hadis diatas adalah demam simtomatik. Demam seperti itu dapat diredakan dengan segera dengan cara pesakit berendam dalam air sejuk atau meminum air sejuk bercampur ais.Unsur sejuk tadi boleh meredakan dan mengurangi panasnya yang bergejolak tanpa perlu mengeluarkan unsur tertentu dalam tubuh atau menunggu proses pematangannya.

Namun mungkin juga dimaksudkan dengan demam itu meliputi semua jenis demam. Seorang pakar perubatan ternama Galinews mengakui hal itu, bahawa air sejuk berguna menyembuhkan penyakit demam. Di dalam ukunya “cara mendapat kesembuhan “ ia menegaskan : 
Jika seseorang pemuda berdaging baik , bertubuh subur dalam keadaan marah atau dalam keadaan demam sedangkan tidak ada pembengkakan dalam tubuhnya , kemudian ia mandi dengan air sejuk atau berenang di air sejuk, biasanya ia akan kembali pulih. Dan kami menganjurkan hal itu tanpa keraguan sedikit pun “.

Sabda Nabi saw : “…demam itu berpunca dari bahang neraka Jahannam” iaitu panas yang bergejolak. 
Sama dengan sabda Nabi Muhamamd saw yang lainnya : “Panas matahari yang terik berpunca dari bahang Jahannam.” Terdapat 2 penjelasan di dalam kedua2 hadis diatas . 

Yang pertama : Panas tersebut merupakan contoh dan sebahagiaan kecil yang diambil dari Jahannam agar para hamba Allah menjadikan sebagai petunjuk neraka dan menjadikan sebagai pengajaran. Kemudian Allah swt mentakdirkan dkewujudan bahang neraka jahannam dengan pelbagai puncanya sebagaimana gembira, keceriaan dan kebahagiaan serta nikmat hidup adalah sebahagiaan daripada nikmat syurga yang Allah perlihatkan dalam kehidupan dunia ini. Sebagai pengajaran dan petunjuk kewujudan syurga itu sendiri.

Yang kedua : Yang dimaksudkan adalah perumpamaan. Allah swt mengumpamakan panas demam yang bergejolak seperti bahang jahannam. Allah swt juga mengumpamakan terik matahari itu dengan bahang Jahannam untuk mengingatkan manusia akan panasnya seksa neraka.


Dan didalam hadis nabi saw menyebut “sejukkanlah ia dengan air.” Ia nya juga ada dua pendapat.

Pertama : segala jenis air .Dan ianya pengertian yang benar.
Kedua : air zam zam .Mereka yang berpendapat demikian beralasan dengan hadis bukhari dalam shahihnya dari Abu Jamrah Nashr bin Imraan Adh-Dhuba’I bahawa ia meriwayatkan :
 “Aku pernah duduk dalam majlis ibnu Abbas di kota makkah, tiba tiba aku diserang demam".
 Kemudian ibnu Abbas berkata : 
sejukkanlah dengan air Zam zam kerana Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca dari bahang api Jahannam. Jadi sejukkan lah ia dengan air.” Atau “dengan air zam zam “

Malangnya perawi hadis tersebut ragu ragu. JIka ia meriwayatkan dengan tegas , tentu kesimpulannya adalah : penduduk makkah hendaklah menggunakan air zam zam .WA

Rasulullah saw bersabda : 
Janganlah mencela demam, sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat dari besi

Penjelasan hadis ini : Jika seseorang demam , ia perlu meninggalkan pelbagai jenis makanan tidak sihat, kemudian memakan pelbagai jenis makanan dan ubat yanbg bermanfaat, maka hal itu amat membantu membersihkan tubuh dan membuang pelbagai zat kelebihan unsur yang tidak baik. Serta memperbaiki keadaan tubuh , jesteru prosesnya mirip dengan peniup tukang tungku besi yang membersihkan besi . Begitu juga dengan proses pembersihan hati dari noda dan kotorannya serta proses mengeluarkan pelbagai zat berbahaya dari hati .WA

Menurut riwayat sebuah hadis (yang tidak diketahui bahawa sahih atau tidak)  yang bermaksud :
Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun

Riwayat ini mempunyai dua pengertian : Demam itu meresap ke dalam tubuh setiap angguta tubuh dan sendi sendi. Manakala jumlah sendi sendi tubuh ada 365. Jadi demam itu dapat menghapus dosa sejumlah sendi sendi tersebut dalam sehari. WA
Kedua : kerana demam itu memberi kesan dan pengaruh kedalam tubuh yang tidak akan hilang seratus peratus dalam setahun sebagaimana sabda Nabi SAW :
Sesiapa meneguk minuman keras, maka sembahyangnya tidak akan diterima selama empat puluh hari
WA..Allah jua lah yang Maha Mengetahui.

Abu Hurairah r.a berkata :
Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku suka daripada demam , sebab demam merasuki setiap organ tubuhku . Adapun Allah swt akan memberi pahala pada setiap organ tubuh yang diserang demam

Didalam riwayat AtTirmizi dalam kitabnya menerusi hadis Rafi Bin Khudaij secara Marfu :

Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam – dan demam itu adalah percikan api neraka – hendaklah ia memadamkan demam itu dengan air sejuk atau berendam di sungai yang mengalir . Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari. Hendaklah ia mengucapkan :
“Dengan nama Mu yaAllah, sembuhkanlah penyakit hambaMu ii dan benarkanlah bimbingan RasulMu”
Lalu berendamlah sebanyak tiga kali selama 3 hari berturut turut. Jika sembuh Alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari 7 hari dengan izin Allah insyaAllah

(hadis ini gharib, sebab ada seorang perawi yang tidak dikenali yag meriwayatkan hadis ini )

Kesimpulannya :
Ubat yang muharab  : Air sejuk untuk merawat demam iaitu demam yang tidak disertai pembengkakan organ tubuh dan tidak mengandungi unsur unsur buruk dari luar tubuh atau unsur 2 merosak lainnya.WA .

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri