Sepuluh Wasiat Rasulullah SAW


عَنْ مُعَاذٍ قَالَ أَوْصَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَشْرِ كَلِمَاتٍ قَالَ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ شَيْئًا وَإِنْ قُتِلْتَ وَحُرِّقْتَ وَلَا تَعُقَّنَّ وَالِدَيْكَ وَإِنْ أَمَرَاكَ أَنْ تَخْرُجَ مِنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ وَلَا تَتْرُكَنَّ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَإِنَّ مَنْ تَرَكَ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ وَلَا تَشْرَبَنَّ خَمْرًا فَإِنَّهُ رَأْسُ كُلِّ فَاحِشَةٍ وَإِيَّاكَ وَالْمَعْصِيَةَ فَإِنَّ بِالْمَعْصِيَةِ حَلَّ سَخَطُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَإِيَّاكَ وَالْفِرَارَ مِنْ الزَّحْفِ وَإِنْ هَلَكَ النَّاسُ وَإِذَا أَصَابَ النَّاسَ مُوتَانٌ وَأَنْتَ فِيهِمْ فَاثْبُتْ وَأَنْفِقْ عَلَى عِيَالِكَ مِنْ طَوْلِكَ وَلَا تَرْفَعْ عَنْهُمْ عَصَاكَ أَدَبًا وَأَخِفْهُمْ فِي اللَّهِ

Daripada Mu'adz bin Jabal RA berkata; "Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara.  Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar.  Jangan kamu menderhakai kedua-dua ibu bapa kamu meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu.  Janganlah kamu meninggalkan solat fardu dengan sengaja kerana sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia terlepas daripada tanggungjawab Allah S.W.T.  Jangan sekali-kali minun arak kerana perbuatan ini adalah punca segala maksiat. Jauhilah diri kamu daripada perbuatan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T.  Jangan lari dari medan pertempuran walaupun semua rakan kamu telah terbunuh. Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya. Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan kamu. Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik. Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah S.W.T." 
(HR Ahmad No: 21060).  
Status: Hadis Hassan

Pengajaran:

Rasulullah SAW dalam hadis ini meninggalkan sepuluh wasiat berbentuk pesanan:

1.  Tidak melakukan syirik walaupun dibunuh

2.  Tidak menderhakai ibu bapa meskipun mereka menyuruh berpisah dengan isteri dan harta-benda yang kita miliki. 

3.  Tidak meninggalkan solat fardhu dengan sengaja kerana  dia terlepas daripada tanggungjawab Allah 

4.  Tidak minum arak (sesuatu yang memabukkan) kerana ia punca segala maksiat

5.  Tidak melakukan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah

6.  Tidak lari dari medan perang walaupun semua rakan pejuang telah terbunuh

7.  Tidak berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak (kurantin) yang sedang merebak seperti covid 19, taun dan sebagainya 

8.  Berbelanjalah untuk keluarga mengikut kemampuan

9.  Jangan mengelak daripada merotani atau menghukum anak-anak (dalam mendidik jika mereka melakukan larangan) sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik. 

10.  Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah (tanamkan rasa takut kepada Allah dalam diri mereka).


Daripada
NOTE : – Jika anda dapati post ini bermanfaat, saya mengizinkan untuk anda berkongsikan post ini di laman laman sesawang seperti Facebook, X (formerly Twitter), dan lain lain. Terima Kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri