Posts

🍃 Durian Belanda: Mitos atau Senjata Rahsia Lawan Kanser?

Pernah tak kita dengar orang cakap, “Minum air rebusan daun durian belanda boleh sembuhkan kanser”? Ya, kenyataan ini dah lama berlegar di media sosial, dari WhatsApp group sampai ke TikTok. Ramai percaya buah berduri lembut ini bukan sekadar sedap dimakan, tapi juga ubat semulajadi yang mampu melawan sel kanser. Tapi… betulkah dakwaan tu? Jom kita bongkar satu-satu. 👇 🌿 Asal-usul Kehebatan Durian Belanda Durian belanda, atau nama glamornya soursop (Graviola), memang kaya dengan khasiat semula jadi. Buahnya masam-masam manis, isi lembut, dan penuh vitamin C serta serat yang bantu tingkatkan imun badan. Namun, apa yang menjadikannya popular sebagai “anti-kanser” ialah kerana ia mengandungi sejenis bahan kimia semula jadi dipanggil acetogenins . Beberapa kajian di makmal mendapati acetogenins ini mampu: Menghalang pertumbuhan sel kanser, Mengurangkan tenaga dalam sel tumor, dan Menyebabkan kematian sel kanser (apoptosis). Tapi tunggu dulu… sebelum kita terus percay...

"Anak Saya Degil Atau Sebenarnya Ada ODD?" – Kenali Oppositional Defiant Disorder (ODD)

Pernah tak anda atau kawan-kawan rasa penat sangat nak handle perangai anak yang asyik melawan cakap, marah-marah, tak mahu dengar arahan, dan semua benda dia nak bantah? Sampai kadang-kadang kita tertanya… “Ni perangai biasa ke, atau ada sesuatu yang tak kena?” Sebelum kita mula label anak ‘nakal’, ‘kurang ajar’ atau ‘buat perangai’, jom kita kenali satu gangguan yang mungkin ramai tak sedar wujud — ODD (Oppositional Defiant Disorder). Apa Itu ODD? ODD adalah gangguan tingkah laku yang menyebabkan seseorang, terutamanya kanak-kanak atau remaja, sering bersikap menentang, marah, dan suka mencabar autoriti. Ia bukan perangai ‘nakal sementara’ – tapi satu corak tingkah laku berulang yang boleh menjejaskan hubungan keluarga, persekolahan, dan sosial. Tanda-Tanda Anak Mungkin Ada ODD: Mudah marah & cepat naik angin Sikit-sikit mengamuk Sensitif bila ditegur Nampak selalu marah tanpa sebab jelas Suka membantah & melawan cakap Lawan guru, ibu bapa, malah kawan sendiri Tak nak ikut ar...

Ramadhan : Perkara Yang Perlu Dijauhi - Kesilapan Umat Islam Dalam Bulan Ramadhan & Luar Ramadhan

Alhamdulillah, sudah hampir seminggu kita berpuasa dan menjalankan pelbagai ibadah di bulan penuh keberkatan dan keampunan ini. Moga kita sama-sama dapat mempergandakan usaha bagi membersihkan hati dan jiwa yang kerap tercemar dengan pelbagai dosa setiap hari. Jika sebelum ini saya telah mendedahkan beberapa kesilapan kerap umat Islam pada bulan Ramadhan agar ianya dapat dijauhi sebaiknya, kali ini saya berhasrat untuk membuat beberapa penambahan lagi sebagai panduan bagi rakan-rakan umat Islam yang dikasihi sekalian.  Tanpa mengetahui yang salah, umat Islam mudah terjebak melakukan dosa-dosa ini, dan sebahagiannya bukan suatu dosa kecil yang boleh dipandang ringan. Malah jika ia dosa kecil sekalipun, sesungguhnya sebuah gunung terbina dari tanah dan batu yang kecil. Justeru, dengan mengenalinya serta melakukan koreksi segera, InshaAllah, kebaikan adalah untuk kita juga. Berikut adalah beberapa lagi perkara yang amat perlu dielak di khususnya di bulan Ramadhan ini, malah ia juga ...

Ciri Wanita Untuk Dikahwini

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung dan bernasib baik."  (HR Bukhari No: 4700)  Status Hadis Sahih Pengajaran : 1.  Perkahwinan adalah ibadah yang digalakkan bagi yang berkemampuan bagi menyalurkan naluri seks yang halal serta dibenarkan oleh syarak untuk mencari keredhaan Allah. 2.  Wanita ideal yang dipilih menjadi isteri sebaiknya memiliki empat ciri berikut: a.  Harta b.  Keturunan (termasuk keturunan yang ramai) c.  Kecantikan d.  Agama  3.  Pemilihan wanita yang berdasarkan kepada harta, keturunan dan kecantikan sema...

Sepuluh Wasiat Rasulullah SAW

عَنْ مُعَاذٍ قَالَ أَوْصَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَشْرِ كَلِمَاتٍ قَالَ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ شَيْئًا وَإِنْ قُتِلْتَ وَحُرِّقْتَ وَلَا تَعُقَّنَّ وَالِدَيْكَ وَإِنْ أَمَرَاكَ أَنْ تَخْرُجَ مِنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ وَلَا تَتْرُكَنَّ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَإِنَّ مَنْ تَرَكَ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ وَلَا تَشْرَبَنَّ خَمْرًا فَإِنَّهُ رَأْسُ كُلِّ فَاحِشَةٍ وَإِيَّاكَ وَالْمَعْصِيَةَ فَإِنَّ بِالْمَعْصِيَةِ حَلَّ سَخَطُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَإِيَّاكَ وَالْفِرَارَ مِنْ الزَّحْفِ وَإِنْ هَلَكَ النَّاسُ وَإِذَا أَصَابَ النَّاسَ مُوتَانٌ وَأَنْتَ فِيهِمْ فَاثْبُتْ وَأَنْفِقْ عَلَى عِيَالِكَ مِنْ طَوْلِكَ وَلَا تَرْفَعْ عَنْهُمْ عَصَاكَ أَدَبًا وَأَخِفْهُمْ فِي اللَّهِ Daripada Mu'adz bin Jabal RA berkata; "Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara.  Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar.  Jangan kamu menderhakai ...

Sedekah Kepada Ahli Keluarga

عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ Daripada Az Zuhriy berkata, telah mengkhabarkan kepada saya Sa'id bin Al Musayyab bahawa dia mendengar Abu Hurairah RA dari Nabi SAW  bersabda,: "Sebaik-baik sedekah adalah yang di luar keperluan (yang sudah cukup untuk keperluan dirinya). Maka mulakanlah pemberian untuk orang yang menjadi tanggunganmu". ( HR Bukhari No: 1337 )  Status : Hadis Sahih Pengajaran : 1.  Amalan bersedekah atau pemberian kepada orang lain adalah amalan mulia yang dituntut kepada setiap Muslim. 2.  Antara perkara yang membawa kebahagiaan dalam berkeluarga adalah saling melaksanakan tanggungjawab. Satu daripada tanggungjawab ketua keluarga ialah menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Pemberian kepada ahli keluarga merup...

Setiap Pemimpin Akan Dipertanggungjawabkan

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْأَمِيرُ رَاعٍ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW bersabda: "Setiap kita adalah pemimpin. Setiap kita akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya."  ( HR Bukhari No: 4801 )  Status : Hadis Sahih Pengajaran : 1.  Setiap kita adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan setiap yang berada di bawah kepimpinan kita 2.  Seorang ketua sama ada sebagai pemimpin Negara, negeri, daerah, organisasi, jabatan, uni...

Bersabarlah - Sakit Penghapus Dosa

عَنْ الْحَارِثِ بْنِ سُوَيْدٍ  قَالَ : قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ  قَالَ : رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى مَرَضٌ فَمَا سِوَاهُ  إِلَّا حَطَّ اللَّهُ لَهُ سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا  Daripada al-Harith bin Suiyed beliau berkata, telah berkata Abdullah bin Masud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” ( HR Bukhari No: 5255 )  Status : Hadis Sahih Pengajaran : 1.  Sihat dan sakit adalah anugerah Allah kepada makhluk.  2.  Rasa sakit adalah  suatu anugerah yang harus disyukuri kerana Allah memberikan rasa sakit sebagai tanda kasih sayang Allah terhadap mahluknya. Apabila sakit, kita akan segera menyedari kelemahan kita sebagai hamba. Kita akan segera mengingati Allah dan berdoa agar diberi kesembu...

Ucapan Kepada Pengantin Baru Menurut Islam

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَك اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْر Daripada Abu Hurairah RA bahawa jika Nabi SAW mendoakan orang yang baru menikah baginda membaca: " BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR (semoga Allah memberi berkah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan)."  ( Sunan Tirmizi No: 1011 )  Status : Hadis Hasan Sahih Pengajaran: 1.  Apabila seseorang mendapat kebaikan, kita digalak mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan buat mereka. 2.  Apabila ada orang yang berkahwin, kita disunahkan memberi ucapan dan mendoakan kepada pasangan pengantin yang kita raikan: بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ " BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR   (Semoga Allah memberi barakah ...

Berbuat Baik Kepada Ahli Keluarga

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي وَإِذَا مَاتَ صَاحِبُكُمْ فَدَعُوهُ Daripada Aisyah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku, apabila sahabat kalian meninggal dunia maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia jangan membicarakan keburukan- keburukannya)."  ( HR Tirmidzi No: 3830 )  Status : Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Perkahwinan bertujuan untuk mewujudkan rumah tangga dan ahli keluarga yang bahagia. 2.  Bagi mewujudkan kebahagiaan dalam berumah tangga, kita perlu berlaku baik terhadap ahli keluarga antaranya dengan saling memenuhi hak dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri, bapa dan ibu serta anak. 3.  Sebaik-baik kita adalah orang yang paling baik pergaulannya terhadap ahli keluarganya. 4.  Syeikh Muhammad bin Abd al-...

Jadilah Suami Mithali adalah tuntutan Islam

عَنْ الْأَسْوَدِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي بَيْتِهِ قَالَتْ َانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ تَعْنِي خِدْمَةَ أَهْلِهِ فَإِذَا حَضَرَتْ الصَّلَاةُ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ Daripada Al Aswad berkata, "Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah tentang apa yang dikerjakan Nabi SAW ketika berada di rumah. Maka 'Aisyah pun menjawab, "Baginda selalu membantu keluarganya, jika datang waktu solat maka baginda keluar untuk melaksanakannya (di masjid)."  ( HR Bukhari No: 635 )  Status : Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Rasulullah SAW menunjukkan contoh apabila berada di rumah dengan membantu kerja-kerja rumah tangga seperti membasuh, memasak dan lain-lain. 2.  Rasulullah SAW juga tidak mengabaikan ibadat solat fardhu di masjid apabila sampai waktunya di samping peranannya dalam masyarakat. 3.  Pemimpin yang baik ialah yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah,  keluarga (rumah tangga) dan kemudian tan...

Ceramah israk mikraj - 6 April 2019 - Surau al mahabbah

Sedikit ilmu yang dapat sy kongsikan dalam ceramah israk mikraj - 6 April 2019 - Surau al mahabbah. Semoga bermanfaat. In sya Allah. Cara membunuh zaman moden adalah dengan membunuh perwatakan. Cara pembunuhan ini adalah dengan menyebarkan fitnah sehingga watak seseorang itu musnah. Kerana itulah Allah berfirman  didalam surah albaqarah ayat 191.  Surah Al-Baqara, Verse 191: وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلَا تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّىٰ يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَٰلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu ...

HEBATNYA DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

HEBATNYA DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD ▪ ROBIGHFIRLII ▪ WARHAMNII ▪ WAJBURNII ▪ WARFA'NII ▪ WARZUQNII ▪ WAHDINII ▪ WA'AAFINII ▪ WA'FUANNII Ketika  orang ditanya : “Do’a apakah yang  paling  kerap  dibaca oleh orang islam ?” Banyak  yang  menjawabnya dengan salah. Begitu kerap do’a itu dibaca,  hingga ketika sedang membaca do’a tersebut, banyak antara kita yang tak merasa  sedang membaca DOA tersebut Padahal  do’a itu sangatlah hebat, merangkumi  keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minimum 17 kali setiap hari. Do’a itu, ialah do’a diantara dua sujud, marilah kita hayati dan fahami maknanya : ▪ ROBBIGHFIRLII Wahai Tuhan ampunilah dosaku, dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke ridhaan اللّهُ. Dosa  adalah  kotoran hati yang membuat  hati...

8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’ Tetapi Ganjarannya Sangat Besar

Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan. Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr. Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan. #1 – Membaca Surah Al-Ikhlas Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda; Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) ...

Larangan berlebih lebihan dalam memilih batu(Untuk melempar jumrah)

Dari 'Abdullah bin 'abbas, ia berkata Rasulullah saw berkata kepadaku pada pagi hari 'Aqabah, saat itu beliau berada diatas kenderaannya :- "Pungutlah untukku batu batu kerikil " Maka aku pun memungut 7 buah batu kerikil untuk melempar jumrah. Rasulullah saw berkata :- "Lemparlah jumrah dengan batu batu kerikil seperti ini," Kemudian beliau berkata :-

Larangan bersifat kikir dan bakhil

Image
Allah verfirman dalam surah Al-Ma'aarij ayat 19-21 :- Dari Abu hurairah bahawasanya Rasulullah saw bersabda  yang bermaksud : "Sifat yang paling buruk pada seseorang adalah kikir(ertinya kebhakilan diiringi dengan sifat tamak, ia lebih parah daripada bakhil) yang berkeluh kesah(ketika diminta mengeluarkan hartanya yang wajib dikeluarkan) serta takut yang kecut"

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Bittaufiq wannajah.. Antara ucapan yang sering digunakan kepada seseorang yang ingin mengambil atau menduduki peperiksaan. Ianya merupakan satu doa kepada orang tersebut. Tapi apakah maksudnya .? Maksud bittaufiq wannajah : Bittaufiq (dengan petunjuk ) wannajah (dan kejayaan) . Doa untuk memulakan ulangkaji / pelajaran / kelas  اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.” Doa selepas mengulangkaji : اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ...

Kaedah Merawat Histeria Paling Mudah menurut Islam

Image
Assalamualaikum wbt, Kaedah Merawat Histeria 1. Genggam Tangan Kanan dan bacakan : ~ Bismillahi Masya Allah (3 kali) 2. Tiup di telapak tangan dan ketukkan pada tulang belikat orang yang disampuk histeria. InsyaAllah akan pulih dan sedar dari histeria tersebut. Daripada Mohd Zulkamal NOTE : – Jika anda dapati post ini bermanfaat, saya mengizinkan untuk anda berkongsikan post ini di laman laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Google Plus ,dan lain lain. Terima Kasih. Rujukan : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah, segala puji pujian hanya kepada Allah. Masih diberi kesempatan untuk bernafas, diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan, menambah amalan insyaAllah . Pernahkah anda diganggu? Tidak kira diganggu syaitan, jin, saka,sihir, kejahatan manusia.? Ramai yang mengalami situasi ini, dan fitrah manusia tidak menyukai keadaan ini. Lalu berbagai cara yang dilakukan. ada yang mengupah bodyguard, mempelajari ilmu kebal, dan banyak lagi. Tapi sedarkah kita yang Alquran itu diturunkan sebagai syifa, penawar, dan juga pelindung bagi diri kita dari sihir dan kejahatan manusia. Dalam post ini sy akan kongsikan amalan harian yang boleh diamalkan untuk membenteng diri dari gangguan jin, sihir, kejahatan manusia. InsyaAllah . Amalan ini sesuai dilakukan pada waktu pagi(selepas subuh) dan petang(selepas asar). Atau selepas solat. Walau apa pun amalan yang kita lakukan, ianya perlulah istiqamah, dan setiap amalan yang istiqamah akan memberi hasil dalam diri kita. ...

Tips menegali seseorang yang baru dikenali di internet.

Baru ni ada orang bertanya kepada saya.. Die baru kenal someone ni la, kenal dekat FB dan die meminta pendapat saya macam mana nak sedikit sebanyak pasal orang yang baru kenal tu...Mari kita ambil pengetahuan sedikit dari jawapan yang saya berikan. Ringkas. Pertama.  Melalui Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Takutlah Firasat orang-orang mukmin, sesungguhnya ia melihat dengan Nur Allah" Perbahasan orang orang mukmin itu memberi ruang kepada banyak pendapat.Cukup kita mengetahui bahawa kita beriman, mengaku bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad Itu utusan Allah, Serta kita melakukan solat, berpuasa, dan berzakat maka kemungkinan besar kita akan beroleh Firasat orang orang mukmin.. WA .. Jika ada first sign bila kita baru berkenalan dengan seseorang, dan kita seorang yang beriman maka berhati hatilah dan pertimbangkan apa sign yang kita dapat tu. WA Kedua. Cara yang paling mudah untuk mengetahui orang yang kita baru kenal di internet. Cuba dapatkan nama pen...