SIRI KE 3 : TAWAF
Siri 1, Siri 2
Tawaf menurut syaraโ adalah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan bermula di sudut Hajar al-Aswad dan berakhir pada sudut yang sama menurut syarat-syaratnya. Tawaf adalah rukun Umrah, maka tidak sempurna tawaf akan menyebabkan Umrah atau Haji seseorang itu tidak sempurna atau tidak sah.
Syarat-syarat wajib Tawaf :-
1. Suci dari hadas (berwudhuโ).
2. Suci badan/pakaian/tempat tawaf daripada najis.
3. Menutup aurat.
4. Bermula dan berakhir pada sudut Al-Hajar Aswad berniat tawaf jika tawaf Qudum/Wadaโ/Sunat/Nazar
5. Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
6. Berjalan bertujuan Tawaf, bukan bertujuan lain.
7. Cukup 7 pusingan dengan yakin dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar binaan Kaabah hijr Ismail/Syazawan
Perlu diberi perhatian bahawa zikir-zikir atau bacaan-bacaan yang dibaca menurut pusingan tawaf bukanlah wajib, dan ia merupakan bacaan cadangan yang anjurkan untuk dibaca ketika tawaf agar tawaf tersebut tidak disia-siakan dengan mengingati dengan sesuatu yang tidak berfaedah dan juga dapat membantu mengira pusingan tawaf. Bacaan-bacaan dan doโa-doโa yang berbeza-beza menurut bilangan tawaf tidak pernah diajar oleh Nabi :saw, dan kita dibolehkan membaca apa sahaja zikir yang mudah diingati.
Bacaan yang thabit (didatangkan) dari Nabi :saw adalah diantara Rukun Yamani dan Hajar al-Aswad, iaitu :
ุฑุจูุง ุขุชูุง ูู ุงูุฏููุง ุญุณูุฉ ููู ุงูุขุฎุฑุฉ ุญุณูุฉ ูููุง ุนุฐุงุจ ุงููุงุฑ
Transliterasi : โRabbanaa aatina fiโl-dunya hasanah wa fiโl-aakhirah hasanah wa qinna โadhaab al-Naarโ
โYa Allah berilah kami kebaikkan di dunia dan kebaikkan di akhirat, maka lindungi kami dari azab nerakaโ [Hadith Riwayat Abu Daud].
Sunat-sunat tawaf pula adalah :-
1. Berjalan kaki bagi mereka yang tidak uzur
2. Berittibaโ bagi tawaf yang diiringi dengan saโie (lelaki). Berittibaโ ialah mendedahkan bahu kanan dan meletakkan hujung ihram di ketiak kanan, dan bahu tangan kiri hendaklah di tutup.
3. Melakukan Ramal (berlari-lari anak) pada tiga pusingan pertama bagi tawaf yang diiringi dengan saโie (lelaki). Jangan berlari atau melompat.
4. Istilam Hajar al-Aswad dan mengucupnya/ isyarat tapak tangan / Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucup hukum tersebut.
5. Membaca zikir, doa dan membaca al-Quran.
6. Berturut-turut 7 kali berpusing.
7. Tawaf dengan khusyuk dan tawaduk.
8. Melakukan solat sunat Tawaf selepas selesai tawaf di belakang Makam Ibrahim.
Tawaf yang terhenti / separuh jalan disebabkan oleh batalnya wudhuโ atau telah masuk waktu menunaikan solat, boleh diteruskan dengan bilangan pusingan yang berbaki, dimulakan dari sudut Hajar al-Aswad.
Beberapa kesilapan yang dilakukan ketika melakukan Tawaf.
1. Was-was mengenai bilangan pusingan Tawaf.
Was Was didalam bilangan tawaf merupakan perkara biasa berlaku kepada jemaah Umrah / Haji. Terdapat dua situasi seseorang jemaah itu berada didalam keadaan was-was :
a. Situasi pertama adalah seseorang yang masih melakukan tawaf dan tidak pasti berapa pusingan yang telah dilakukan. Didalam kes ini, menurut Ibn Qudamah rh.(Kitab al-Mughni, 3/187) , hendaklah dia berdasarkan mana yang dia pasti, sebagaimana keadaan lupa bilangan rakaat didalam solat. Misalnya, antara pusingan ke 4 atau ke 5, maka hendaklah dia memilih yang rendah, iaitu 4.
b. Situasi kedua pula terjadi pada seseorang yang telah selesai menunaikan Umrah, akan tetapi tiba-tiba timbul was-was bahawa kemungkinan pusingan tawafnya tidak mencukupi. Dalam keadaan ini Kitab Mawsuโah al-Fiqhiyah (29/125) ada menyebut : Jika seseorang itu tidak pasti mengenai pusingan tawaf selepas selesai menunaikan tawaf, hendaklah dia tidak memberi tumpuan (ignore) kepada perasaan tersebut. Pandangan ini dipegang oleh jumhur ulamaโ, termasuk sebahagian Mazhab Maliki. Tawafnya sah tanpa melayan was-was tersebut.
2. Melakukan jalan pintas melalui Hijr (Ismail) ketika melakukan Tawaf
Adalah tidak sah tawaf bagi mereka yang semasa tawafnya memintas Hijir, kerana Hijir dianggap sebahagian dari Kaโbah. Kewajipan tawaf adalah mengelilingi Kaโbah termasuklah Hijr dan bukan melalui Hijir. Firman Allah swt :-
ููููููุทููููููููุง ุจูุงููุจูููุชู ุงููุนูุชูููู
โdan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya ituโ [surah al-Hajj : 29]
Disebabkan tawaf adalah mengelilingi Kaโbah dan bukan bertawaf dalam Kaโbah, maka mereka yang bertawaf memintas Hijir Ismail tidak sah tawafnya kerana dianggap bertawaf didalam Kaโbah. Didalam sebuah hadith sahih yang menjelaskan kedudukan Kaโbah atau BaitullAllah :
ุณุฃูุช ุงููุจู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ุนู ุงูุฌูุฏูุฑ ุฃู ู ุงูุจูุช ูู ุ ูุงู ูุนู . ููุช : ูู ุง ุจุงููู ูู ูุฏุฎููู ูู ุงูุจูุช ุ ูุงู ุฅู ููู ู ูุตุฑุช ุจูู ุงููููุฉ
Aโisyah ra. berkata : โSaya bertanya Nabi :saw mengenai Hijir, apakah ia sebahagian BaitulAllah? Baginda bersabda : YA, (Ia termasuk BailtulAllah). Saya bertanya lagi : Kenapa ia tidak di satukan didalam BaitulAllah? Baginda bersabda : Kaum kamu tidak kecukupan duitโ. [Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim].
Kenapa ia dipanggil Hijr โIsmailโ?
Hakikatnya, Hijr ini tidak ada kena mengena langsung dengan Nabi Ismail as. Nabi Ismail as. tidak membina Hijr ini. Ia sebenarnya berlaku semasa Kaum Quraish membina kembali Kaโbah dan keputusan duit untuk meneruskan apa yang telah diasaskan oleh Nabi Ibrahim as. dan mereka memanggilnya Hateem atau Hijr dan bukan Hijr Ismai, sebagaimana petikan akhir Hadith diatas :-
. ููุช : ูู ุง ุจุงููู ูู ูุฏุฎููู ูู ุงูุจูุช ุ ูุงู ุฅู ููู ู ูุตุฑุช ุจูู ุงููููุฉ
Saya (Aโisyah ra.) bertanya lagi : Kenapa ia tidak di satukan didalam BaitullAllah? Baginda bersabda : Kaum kamu tidak kecukupan duitโ. [Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim].
3. Mencium Hajar Aswad bukan semasa melakukan Tawaf
Ramai yang menyangka bahawa mencium Hajar al-Aswad itu sunat yang berasingan dari amalan tawaf. Ini merupakan sangkaan yang silap menurut pendapat beberapa pendapat ulamaโ. Mencium Hajar al-Aswad itu sunat semasa seseorang itu melakukan Tawaf dan ia bukan sunat yang berasingan. Menurut Shiekh Utsaimin rh. (bekas Mufti Arab Saudi, wafat 2001):-
ูุชูุจูู ุงูุญุฌุฑ ุณูุฉ ูููุณุช ุณูุฉ ู ุณุชููุฉ ุฃูุถูุง ุ ุจู ูู ุณูุฉ ููุทุงุฆู
โMencium al-Hajar (Aswad) adalah sunat dan bukan satu sunat yang berasingan juga, bahkan ia adalah sunat ketika melakukan tawafโ [Kitab Daleel al-Akhtaโ allati yaqaโ fiha al-Haaj wa al-Muโtamir].
Kaedah fiqh ada menyebut :
ุงูุฎุฑูุฌ ู ู ุงูุฎูุงู ู ุณุชุญุจ
โKeluar dari khilaf [perselisihan] itu adalah digalakkanโ
Jika seseorang yang tidak dapat mengucup Hajar al-Aswad semasa tawaf, dan gagal juga membuat demikian setelah selesainya ibadat Umrah akibat terlalu ramai manusia disana, maka usahlah merasa dukacita. Dengan mengambil sikap berhati-hati, kita gunakan kaedah โkeluar dari khilaf itu adalah digalakkanโ. Dengan erti kata lain, kita keluar dari pandangan yang mengatakan sunat mencium Hajar al-Aswad pada bila-bila masa kepada amalan mencium Hajar al-Aswad hanya disunatkan ketika tawaf sahaja. Bagi yang berpegang kepada pendapat mencium Hajar al-Aswad diluar tawaf sunat, maka hukumnya sunat jika ia tidak mendatangkan kemudharatan dan bahaya, dan ia boleh membawa kepada makruh atau haram didalam situasi yang memudharatkan.
Wallahuโalam
Surau Ibn Qurra'(Heitech Padu Berhad) dan Al-Ahkam.net (www.al-ahkam.net/home)
==================
Rujukan :
1. ุฏููู ุงูุฃุฎุทุงุก ุงูุชู ููุน ูููุง ุงูุญุงุฌ ูุงูู ุนุชู ุฑ
Kementerian Haji dan Wakaf Arab Saudi, 2000.
2. ูุชุงูู ุงููุฌูุฉ ุงูุฏุงุฆู ุฉ โ Fatwa Jawatan kuasa tetap Arab Saudi โ Jilid 11.
3. Panduan Haji. Tabung Haji
4. ุฃุฎุทุงุก ูู ุงูุทูุงู โ Kesalahan-kesalahan didalam Tawaf
http://www.islamweb.net/ahajj/index.php?page=article&lang=A&id=136292

Comments
Post a Comment