Posts

Showing posts from October, 2012

Jangan Bertasbihkan Cinta

Image
Isteri disimbah asid! Suami yang dikahwini atas dasar cinta rupa-rupanya pendera. Ini cerita lama dalam versi baru (dulu ada cerita suami disimbah asid). Semua ini mengingatkan saya pada perbualan dengan seorang wanita suatu ketika dahulu. "Entah kenapa, tiba-tiba dia jadi begini. Sepanjang tiga tahun kami bercinta, tidak pula dia menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia panas baran. Semuanya baik dan lembut belaka. Tapi tak sampai lima bulan setelah berkahwin, baru saya tahu dia begitu panas baran orangnya,"  luah seorang isteri. "Awak mungkin bercinta, tetapi tak kenal..."  ujar saya. "Tiga tahun bercinta masih tak kenal? Mustahil,"  balasnya. "Kenal itu dengan akal dan hati. Mungkin semasa tiga tahun awak berdua bercinta... kurang guna akan dan hati, hanya guna emosi dan nafsu. " "Akibatnya ini?" "Ya, akibatnya ini, bercinta tanpa kenal hati budi."

Dab Yang Beriman

Image
Diriwayatkan oleh Ibnu Kathir dalam Al Bidayah wa An Nihayahbahawa Al Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali ad- Damaghaniy dari daerah Namin di Baihaqi, mengenai sebuah kisah yang disampaikan oleh Umar al Khattab r.a.. Pada suatu hari, Sedang Rasulullah saw sedaang berjalan bersama sama dengan sekumpulan para sahabat , tiba tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim di hadapan Rasulullah saa. Beliau membawa bersama sama nya seekor dab yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu dan memakannya. Melihat ramai yang berjalan, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siaakah gerangan yang sedang mereka iringi? Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi SAW, Maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata : "Demi Tuhan Lata dan Uzza, Tiadakah sesuatu yang terdapat dalam alam ini yang lebih ku benci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah kerana tidak kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa gesa , tentulah aku sudah memen

Pupuk rasa cinta, sayang kepada anak

Image
RASULULLAH S.A.W sangat penyayang terhadap anak, baik terhadap keturunan baginda sendiri ataupun anak orang lain. Abu Hurairah meriwayatkan, satu ketika Rasulullah mencium Hasan bin Ali. Berhampiran ada Al-Aqra’ bin Hayis At-Tamimi yang sedang duduk. Lelaki itu kemudian berkata, “Aku memiliki sepuluh anak dan tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka.”  Rasulullah segera memandang kepadanya dan berkata, barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi.” Sifat kasih sayang Rasulullah juga terserlah ketika bersolat di mana Baginda tidak melarang anak-anak mendekatinya. Hal itu diceritakan Abi Qatadah, “Suatu ketika Rasulullah mendatangi kami bersama Umamah binti Abil Ash iaitu anak Zainab, puteri Rasulullah. Baginda meletakkannya di atas bahunya kemudian solat dan ketika rukuk. Baginda meletakkannya dan ketika bangun daripada sujud, Baginda mengangkat kembali.”