Posts

Showing posts from March, 2014

Lalat : Antara Racun dan Penawar

Image
Didalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim menerusi hadis Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : - " Apabila ada lalat hinggap di bejana seseorang diantara kamu, benamkanlah ia . Sesungguhnya sebelah sayapnya mengandungi penyakit dan sayap yang lain mengandungi ubat dan penawarnya " (Ditakhrij oleh Al-Bukhari namun tidak dikeluarkan oleh Muslim sebagaimana ditegaskan oleh Al-Hafiz dalam Al-Fath .Ditakhrij oleh Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad , Ibnu Hibban dan Al Baihaqi) Didalam kitab sunan Ibni Majah dari Said bin Al Khudri diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Sebelah sayap lalat itu adalah racun manakala sebelah sayap lainnya adalah ubat. Jika ia terjatuh dalam makanan, benamkanlah ia, sebab ia boleh menyuntik racun dan sekaligus boleh menyuntik ubat dan penawarnya " (Diriwayatkan pula oleh An-Nasa'i , Ahmad , Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Bimbingan Rasululah merawat Demam

Image
Assalamualaikum wbt..Setiap insan pasti mengalami demam. Ada yang mengalaminya berhari hari dan ada juga yang sehari dua je dah sembuh .Semua nya dengan ketentuan Allah. Segala puji bagi Allah yang apabila menurunkan sesuatu penyakit pasti menurunkan ubat dan penawarnya juga. Mari melihat cara Rasulullah saw merawat penyakit demam ini. : Diriwayatkan di dalam shahih Al Bukhari dan Muslim, Dari Nafi’, dari Ibnu Umar bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :  “ Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca dari bahang api Jahannam. Jadi sejukkan lah ia dengan air. ”