Posts

Showing posts from 2013

Professor Dengan Pengayuh Sampan

Image
"Tuhan tidak menciptakan manusia bodoh. Tuhan hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza" Suatu hari seorang professor menyeberangi sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang seorang pedayung sampan. Ditengan sungai , professor bertanya, "Kamu Pandai Menulis Dan Membaca ?" "Tidak. Saya buta huruf ," Jawab pendayung sampan. "Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah olah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya." Sampan bergerak perlahan. Tak lama selepas itu , professor bertanya lagi.

Ciri Ciri Multi Level Marketing(MLM) yang Haram atau syubhat

Image
Assalamualaikum wbt.. Hari ini saya terpanggil untuk membincangkan sedikit sebanyak berkenaan perniagaan berdasarkan multi level marketing berlandaskan syariat. Ini disebabkan baru baru ini saya telah diajak menyertai perniagaan ini.Perniagaan MLM ini sangat terkenal, kalau google sahaja keyword company tersebut akan terserlah kepopularitiannya(berdasarkan statistik keyword yang disearch di www.google.com.my/trends ) - Pada asalnya saya tak tahu secara menyeluruh berkenaan pelan marketing perniagaan ini, kerana dirahsiakan dan hanya diterangkan secara separuh.. Buat macam ni akan dapat bonus yang macam ini..buat macam ini akan dapat macam itu.. Inilah kebiasaannya yang berlaku dalam sesebuah perniagaan MLM. Jadi saya pun berhajat mencuba perniagaan tersebut. Daftar kan nama dan membayar yuran sebanyak RM 80. Kemudian kita akan diajar cara cara untuk memajukan diri dalam perniagaan ini. Belajar bagaimana mahu memulakan perniagaan, bagaimana mahu menarik dan mengajak kawan2 untuk me

Petua Dari Imam Al Ghazali Untuk Mencari Pasangan Hidup

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu: 1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana  malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya. 2. Al-Mananah : perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu dan ini.

Taubat Nasuha Seorang Ahli Maksiat

Diriwayatkan oleh Ka'ab al-Akhbar r.a bahawa dalam kalangan Bani Israel dahulu, ada seorang lelaki yang kerap melakukan kemungkaran. Ka'ab ialah seorang tabiin yang sangat alim tentang kitab Taurat dan Al-Quran. Walaupun baru memeluk Islam pada zaman pemimpinan Umar al-Khattab r.a , namun Umar r.a amat menyenanginya kerana perkara perkara yang diucapkan oleh beliau selari dengan islam. Menurut cerita Ka'ab, pada suatu hari lelaki itu turun ke dalam sungai untuk mandi . Tiba tiba dia terdengar suatu suara yang mengatakan kepadanya, " Hai polan! Apakah engkau tidak berasa malu? Bilakah kau akan bertaubat kepada Allah?"

Kelebihan Surah Al-Waqiah

Image
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.) Surah Al-Waqiah adalah  surah yang ke -56  di dalam Al-Quran, terletak pada  juzuk ke 27  dan terdiri dari  96 ayat.  Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada  ayat pertama  surah ini, yang ertinya  kiamat . Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan   tentang hari kiamat, balasan yang diterima   oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga   penciptaan   manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai   bukti kekuasaan Allah SWT   dan adanya hari berbangkit.   Al- Waqiah surah kekayaan