Terapi berkesan bagi mengubati penyakit hati.
Abu Said Al Khudri menceritakan Rasulullah pernah datang ke masjid dan melihat beberapa orang sedang melakukan suatu pekerjaan . Lalu Rasulullah berkata : "Sekiranya kamu banyak mengingati perosak kelazatan , sudah tentu kamu tidak akan sibuk melakukan perkara seperti ini. Oleh itu, banyakkan mengingati perosak kelazatan (yakni kematian). Kubur sentiasa berkata 'Aku adalah rumah terasing, aku adalah rumah sendirian , aku adalah rumah tanah, aku adalah rumah ulat ulat.'