Posts

Showing posts from 2019

Ceramah israk mikraj - 6 April 2019 - Surau al mahabbah

Sedikit ilmu yang dapat sy kongsikan dalam ceramah israk mikraj - 6 April 2019 - Surau al mahabbah. Semoga bermanfaat. In sya Allah. Cara membunuh zaman moden adalah dengan membunuh perwatakan. Cara pembunuhan ini adalah dengan menyebarkan fitnah sehingga watak seseorang itu musnah. Kerana itulah Allah berfirman  didalam surah albaqarah ayat 191.  Surah Al-Baqara, Verse 191: وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلَا تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّىٰ يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَٰلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh

HEBATNYA DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

HEBATNYA DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD ▪ ROBIGHFIRLII ▪ WARHAMNII ▪ WAJBURNII ▪ WARFA'NII ▪ WARZUQNII ▪ WAHDINII ▪ WA'AAFINII ▪ WA'FUANNII Ketika  orang ditanya : “Do’a apakah yang  paling  kerap  dibaca oleh orang islam ?” Banyak  yang  menjawabnya dengan salah. Begitu kerap do’a itu dibaca,  hingga ketika sedang membaca do’a tersebut, banyak antara kita yang tak merasa  sedang membaca DOA tersebut Padahal  do’a itu sangatlah hebat, merangkumi  keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minimum 17 kali setiap hari. Do’a itu, ialah do’a diantara dua sujud, marilah kita hayati dan fahami maknanya : ▪ ROBBIGHFIRLII Wahai Tuhan ampunilah dosaku, dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke ridhaan اللّهُ. Dosa  adalah  kotoran hati yang membuat  hati  gelap,  sehingga  hati kita merasa  berat sekali untuk melakukan kebaikan. ▪ WARRHAMNII Sayangilah diriku, kalau kita disayang اللّه hidup akan terasa tenang, karena dengan kasih sayang-Nya