Posts

Showing posts from April, 2014

Menjaga Dari Makan Yang Berlebihan

Image
Nabi Muhammad SAW memberi petunjuk agar kita mencegah dos secara berlebihan hingga tidak sesuai dengan keperluan. Baginda SAW juga memberi formula khusus yang mesti diperhatikan dalam soal makan dan minum. Dalam musnad dan yang lainnya diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW , Baginda bersabda yang bermaksud : - " Tidak ada bencana yang lebih buruk yang dipenuhi oleh manusia melainkan perut(nya sendiri) . Cukuplah seseorang itu menggunakan beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulang punggungnya . Jika terpaksa , maka ia boleh mengisi sepertiga perutnya dengan makanan , sepertiga lagi dengan minuman dan sepertiga yang lain untuk bernafas "

Garis Panduan untuk bertaubat.

Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah. Taubat adalah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah. Setiap individu disuruh bertaubat untuk menyucikan diri dari dosa besar dan kecil, sama ada dilakukan dengan sengaja mahupun tidak. Hukum bertaubat adalah wajib sama ada dosa kepada Allah s.w.t mahupun dosa sesama manusia. Jika dosa itu berkaitan dngan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit. Sekiranya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya.

Hukum dan adab menziarahi kubur dan perkara2 sunat ketika berada di tanah perkuburan

Image
Assalamualaikum w.b.t, Saudara/Saudari yang dirahmati Allah, Ziarah Kubur Tersebut dalam kitab Ianah At-Thalibin, adalah sunat bagi kaum lelaki menziarahi kubur dan makruh bagi kaum wanita. Ini beralasan suatu ketika Rasulullah s.a.w. melihat seorang wanita menangis atas kubur anaknya. Maka sabda baginda, maksudnya: "Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah" (Ittifaq Bukhari dan Muslim)