Posts

Showing posts from 2012

Fadhilat Surah Al-Mulk

Image
Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah  surah ke 67  dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah  ‘makkiyah’  yang terdiri daripada  30 aya t. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti  ‘Kerajaan’.  Surat ini disebut juga dengan  ‘At Tabaarak’  yang bererti Maha Suci. Surah Al Mulk adalah surah  keamanan dan keselamatan , kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.    Surah Mulk hendaklah dibaca secara  istiqamah  dengan menjadikan membacanya  amalan kehidupan  seharian. Ulama berkata:   “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.” Kandungan Surah  Al Mulk Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘ kerajaan ’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan cipt

Musa Berguru Dengan Khidir

Image
Nabi Musa a.s sedang berkhutbah di hadapan kaum Bni Israel apabila seseorang dikalangan mereka bertanya, "Siapakah manusia yang paling pintar?" Jawab Musa a.s " Akulah " . Jawapan baginda itu menyebabkan Allah SWT menegurnya keranatidak mengembalikan ilmu itu kepada Pemiliknya iaitu Allah SWT. Jesteru Allah SWT mewahyukan kepadanya , "Ada seorang hamba Ku yang mendiami sebuah tempat di pertemuan dua lautan , Ilmunya melebihi ilmumu." Nabi Musa as bertanya, Wahai Tuhanku!, Bagaimana aku dapat berjumpa dengannya?"; Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Tangkaplah seekor ikan dan letakkannya di dalam bakul yang diperbuat daripada daun kurma. Apabila ikan itu hilang  maka disitulah tempat kamu akan bertemunya." Lalu Nabi musa menangkap seekor ikan untuk diletakkan di dalam bakul . Kemudia dia memulakan perjalanan bersama sama pembantunya, seorang pemuda yang bernama Yusya' bin Nun . Apabila sampai berdekatan dengan sebuah batu yan

Kisah tauladan : Satu Soalan Sepuluh Jawapan

Sepuluh orang pembesar Yahudi telah datang menemui Sayidina Ali k.w.j secara bergilir-gilir. Mereka bertanyakan satu soalan yang serupa dan dijawab oleh Sayidina Ali dengan sepuluh jawapan yang berbeza-beza. Soalannya: "Yang manakah lebih bermanfaat ilmu atau harta?" " Tentulah ilmu" jawab Sayidina Ali. " Apakah alasan tuan berkata dernikian?" Sayidina Ali menjawab: "Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi sebaliknya harta itu pusaka Qarun." Soalan: "Yang manakah lebih bermanfaat,ilmu atau harta? "

Kisah Tauladan : Tiga Soalan

Image
Sebuah kisah yang tidak tahu kesahihan riwayatnya tetapi boleh diambil pengajaran untuk kita semua, insyaAllah... ....... Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Sam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut. "Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?" Pemuda bertanya. "Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara." Jawab Guru Agama. "Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya." Jawab Guru Agama "Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya" Pemuda : "Saya punya 3 pertanyaan 1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya 2. Apakah yang dinamakan takdir 3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tent

Kisah Rasulullah Saw Bersama Muaz R.a

Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda: "Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!" Jawabku, "Ya, Sayidil Mursalin." Sabda Rasulullah SAW, "Sekarang aku akan menceritakan sesuatu kepadamu yang apabila engkau hafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau engkau lupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai alasan di hadapan Allah kelak." "Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dari bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya."

Bolehkah Nikah dengan Wali Hakim?

Soalan: Ada seorang perempuan yang ingin berkahwin, tapi tak dibenarkan oleh walinya dengan pelbagai alasan, misalnya calon suaminya orang miskin, dll. Bolehkah perempuan itu berkahwin dengan wali hakim? (RN, Kuala Lumpur) Jawapan: Jika wali tidak mahu menikahkan, harus dilihat dulu alasannya, apakah alasan syar'i atau alasan tidak syar'i. Alasan syar'i adalah alasan yang dibenarkan oleh undang-undang syara '. Misalnya anak gadis wali tersebut sudah dilamar orang lain, atau calon suaminya adalah orang kafir, atau mempunyai kecacatan tubuh yang menghalang tugasnya sebagai suami, dan sebagainya. Jika wali menolak menikahkan anak gadisnya berdasarkan alasan syar'i seperti ini, wali wajib ditaati dan kewaliannya tidak berpindah kepada pihak lain (wali hakim) (HSA Alhamdani, Risalah Nikah, hal. 90-91).

Jangan Bertasbihkan Cinta

Image
Isteri disimbah asid! Suami yang dikahwini atas dasar cinta rupa-rupanya pendera. Ini cerita lama dalam versi baru (dulu ada cerita suami disimbah asid). Semua ini mengingatkan saya pada perbualan dengan seorang wanita suatu ketika dahulu. "Entah kenapa, tiba-tiba dia jadi begini. Sepanjang tiga tahun kami bercinta, tidak pula dia menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia panas baran. Semuanya baik dan lembut belaka. Tapi tak sampai lima bulan setelah berkahwin, baru saya tahu dia begitu panas baran orangnya,"  luah seorang isteri. "Awak mungkin bercinta, tetapi tak kenal..."  ujar saya. "Tiga tahun bercinta masih tak kenal? Mustahil,"  balasnya. "Kenal itu dengan akal dan hati. Mungkin semasa tiga tahun awak berdua bercinta... kurang guna akan dan hati, hanya guna emosi dan nafsu. " "Akibatnya ini?" "Ya, akibatnya ini, bercinta tanpa kenal hati budi."

Dab Yang Beriman

Image
Diriwayatkan oleh Ibnu Kathir dalam Al Bidayah wa An Nihayahbahawa Al Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali ad- Damaghaniy dari daerah Namin di Baihaqi, mengenai sebuah kisah yang disampaikan oleh Umar al Khattab r.a.. Pada suatu hari, Sedang Rasulullah saw sedaang berjalan bersama sama dengan sekumpulan para sahabat , tiba tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim di hadapan Rasulullah saa. Beliau membawa bersama sama nya seekor dab yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu dan memakannya. Melihat ramai yang berjalan, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siaakah gerangan yang sedang mereka iringi? Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi SAW, Maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata : "Demi Tuhan Lata dan Uzza, Tiadakah sesuatu yang terdapat dalam alam ini yang lebih ku benci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah kerana tidak kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa gesa , tentulah aku sudah memen

Pupuk rasa cinta, sayang kepada anak

Image
RASULULLAH S.A.W sangat penyayang terhadap anak, baik terhadap keturunan baginda sendiri ataupun anak orang lain. Abu Hurairah meriwayatkan, satu ketika Rasulullah mencium Hasan bin Ali. Berhampiran ada Al-Aqra’ bin Hayis At-Tamimi yang sedang duduk. Lelaki itu kemudian berkata, “Aku memiliki sepuluh anak dan tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka.”  Rasulullah segera memandang kepadanya dan berkata, barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi.” Sifat kasih sayang Rasulullah juga terserlah ketika bersolat di mana Baginda tidak melarang anak-anak mendekatinya. Hal itu diceritakan Abi Qatadah, “Suatu ketika Rasulullah mendatangi kami bersama Umamah binti Abil Ash iaitu anak Zainab, puteri Rasulullah. Baginda meletakkannya di atas bahunya kemudian solat dan ketika rukuk. Baginda meletakkannya dan ketika bangun daripada sujud, Baginda mengangkat kembali.”

Kelebihan dan hikmah kahwin di awal..

Image
Terlebih dahulu kita ambil sepotog ayat alQuran didalam surah an nur ayat 32 "dan kahwinkanlah orang orang bujang (lelaki dan perempuan ) dari kalagan kamu, dan rang orang yang soleh dari hamba hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah maha luas (rahmat dan limpah kurniaNya). Lagi maha mengetahui." Dari ayat ini dapatlah kita fahami bahawa dengan berkahwin, Allah akan menganugerahkan semangat kerana stu rasa tanggungjawab kepada keluarga. Maka,  dengan semangat itulah Allah kemudian memberikan kemudahan bagi seseorang untuk menuju kemenangan. Perkara ini jika firman Allah td difahami dari segi logik. Bahawa sesuatu itu ada prosesnya, ada sebab dan akibatnya dan demikian itu termasuk sebahagiaan dr sunnahtullah. Namun memahami ayat tersebut juga bukan sentiasa demikian. Sesungguhny Allah maha berkuasa dalam mengatur segala sesuatu. Bila Allah mahu maka tidak ada sesuatu pn yang bole

10 Perkara Dilarang Dalam Facebook

Image
1.  Tarikh lahir   Mendedahkan tarikh lahir korang sangat berisiko tinggi terutama katalah korang punya cardbank hilang atau menjadi sasaran seseorang, haaa mungkin dorang akan gunakan tarikh lahir sebagai kata kunci? 

Nafsu yang degil

Image
Dalam sebuah kitab karangan ‘Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : “Wahai akal mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : “Wahai akal! Siapakah aku?”. Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”

Dari Billionaire Kepada Sehelai Sepinggang

Image
Berikut adalah catatan yang menarik mengenai Sulaiman al-Rajhi, pemilik al-Rajhi Bank iaitu bank Islam paling besar di dunia. Anggaran harta beliau yang dimiliki oleh Forbes adalah USD 7.7 bilion. Namun kini beliau hanya tinggal sehelai sepinggang. Hartanya telah pun diberikan kepada anak-anaknya dan juga projek-projek wakaf. Ini adalah contoh orang kaya yang beriman yang dapat kita jadikan teladan selain dari kisah Ahmad Dawjee Dadhaboy yang mewakafkan tanahnya di ‘Golden Triangle’ Kuala Lumpur. Bagaimana Sulaiman al-Rajhi Bermula? Bermula dengan bisnes money exchange dan melihat masih belum ada bank Islam yang wujud, kira-kira 30 tahun dahulu. Berjumpa dengan pengurus (CEO barangkali) Bank of England dan juga pelbagai bank pusat tentang idea bank Islam, menyakinkan mereka bagaimana perbankan halal dapat mengukuhkan lagi ekonomi dunia kerana orang Islam dan Kristian tidak dapat berurusniaga dengan riba. Bermula di London dan setelah berjaya kembali ke Arab Saudi dengan

Puasa Sunat Enam Syawal

Image
Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat.  Ada puasa  sunat  yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ‟Asyura‟ dan enam hari dalam bulan Syawal). Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah  ra meriwayatkan bahawa Rasulullah  s awbersabda, Allah  swt berfirman (dalam hadis Qudsi):  Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).”  (Ras ulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, nafas orang y ang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat bany ak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat. Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersab

Siri Empat - SAIE

Image
Assalamualaikum...untuk membaca mengenai ibadah umrah, sila klik  (Ibadah Umrah Siri Satu)  , (Ibadah Umrah Siri Dua) , (Ibadah Umrah Siri Tiga )   Rukun ke 3 dalam ibadat Umrah adalah Saa’I  atau Saie. Saie adalah berjalan dari bukit Safa dan Marwah 7 kali dengan mengikuti syarat2nya.  Bagi yang uzur, bolehlah diupah kereta sorong, motor berbateri atau di usung. Setelah selesai Tawaf, hendaklah seseorang itu bergerak ke Mas’aa (tempat bersaie) dan apabila menghampiri  al-Safa’ maka disunatkan membaca : إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ “Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah” [Surah al-Baqarah : 158].

9 Jenis anak syaitan | Pekerjaan Syaitan

Image
KAMI BERLINDUNG DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAMMMM.... Umar al-Khattab R. A berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan : 1.  Zalituun Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih Dan membeli barang-barang yang tidak perlu. 2.  Wathiin Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah. 3.  A'awan Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat Dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita…

Image
“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh nyata bagimu,maka anggaplah ia musuh(mu),kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala” (Fathir:6) 15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita pintu marah cinta dunia kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu) panjang angan-angan rakus bakhil suka pada pujian riak ujub (merasa kagum) takut dan gelisah buruk sangka memandang rendah pada orang lain merasa suka pada dosa merasa aman daripada pembalasan “ALLAH” putus asa daripada rahmat “ALLAH”

Warkah buat suami

Image
(Gambar hiasan) Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan… Perkahwinan menyingkap tabir rahsia, Isteri yang kamu nikahi, Tidaklah semulia Khadijah, Tidaklah setaqwa Aisyah, Pun tidak setabah Fatimah… Isterimu hanyalah wanita akhir zaman, Yang punya cita-cita, Menjadi solehah..

Istiqamah laksana tuntutan Ramadan

Image
SYUKUR tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, kita dapat melangkah masuk ke fasa kedua Ramadan iaitu fasa keampunan. Dengan hayunan langkah yang masih bersemangat, kita perlu melaksanakan tuntutan Allah bukan setakat ibadat puasa saja, malah meningkatkan ibadat sunat lain seperti Tarawih, qiyammulail, zikir, doa dan beristighfar.  Lazimnya, semakin lama berpuasa, semakin kuranglah jemaah di masjid dan surau. Bilangan saf kian menyusut. Di mana istiqamah kita, baru separuh jalan, belum pun sampai ke-10 malam terakhir, sudah rasa pancit dan letih? 

SIRI KE 3 : TAWAF

Image
Siri 1 , Siri 2   Tawaf menurut syara’ adalah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan bermula di sudut Hajar al-Aswad dan berakhir pada sudut yang sama menurut syarat-syaratnya. Tawaf adalah rukun Umrah, maka tidak sempurna tawaf akan menyebabkan Umrah atau Haji seseorang itu tidak sempurna atau tidak sah. Syarat-syarat wajib Tawaf :- 1. Suci dari hadas (berwudhu’). 2. Suci badan/pakaian/tempat tawaf daripada najis. 3. Menutup aurat. 4. Bermula dan berakhir pada sudut Al-Hajar Aswad berniat tawaf jika tawaf Qudum/Wada’/Sunat/Nazar 5. Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan 6. Berjalan bertujuan Tawaf, bukan bertujuan lain. 7. Cukup 7 pusingan dengan yakin dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar binaan Kaabah hijr Ismail/Syazawan

Sambunglah silaturahim di bulan Ramadan

Image
SEMOGA kita juga merindukan kehadiran Ramadan sebagaimana rindunya Rasulullah s.a.w dengan bulan ini. Diharap doa yang kita baca selama ini  “Ya Allah berkahilah hidup kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah usia kami hingga bulan Ramadan”  dimakbulkan.  Alangkah beruntung jika dapat bertemu bulan yang mulia itu. Apabila tibanya Ramadan nanti, sama-samalah kita berdoa sebagaimana Rasulullah lakukan. “Ya Allah, terbitkanlah (dan tampakkanlah) hilal kepada kami (diiringi) dengan keberkahan dan keimanan serta keselamatan dan keislaman, (jadikanlah dia) sebagai hilal kebaikan dan petunjuk, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Alloh.” (At-Tarmidzi (9/142), imam Ahmad (1/162), Ad-Darimi (2/7) dan lain-lain, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah dalam Shahih Al-Wabilush Shayyib, hal. 220). 

Khasiat Bismillah 5

Image
Bismillaahir rohmaanir rohiim,   Bismillaahisy syafi,   Bismillaahil kaafi,   Bismillaahil mu’aafi,   Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit  serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.

Surah Luqman Ayat 12 - 20

Image

Status Hadith mengenai Allah memerhatikan hamba2nya pada malam Nisfu Sya'ban

Image
(petikan dari artikel yang disusun oleh Ust Muhammad Hanief, Darul Kauthar) oleh Ust Khairol Amin(boss sy) dikirim melalui email (Blog Ust Khairol Amin ) Rata-rata di kalangan masyarakat Islam, mempercayai bahawa malam nisfu Sya’ban atau malam 15 Sya’ban mempunyai kelebihan yang sangat istimewa dan padanya diputuskan segala qadha`dan qadar. Benarkah begitu? Ulama hadis yang terdahulu seperti al-Bukhari, al-Tirmizi, al-Daruqutni, Abu Hatim, al-Bazzar dan lain-lain telah memutuskan hadis-hadis tentang kelebihan tersebut tidak sahih dan tidak boleh dipertanggungjawab. Walau bagaimanapun sebahagian ulama al-mutakhirin cuba mentashihkan salah satu daripada hadis-hadis tersebut. Hadis  tersebut mengenai Allah memerhatikan hamba-hamba-Nya pada malam nisfu Sya’ban.

Antara telefon rosak dan hati rosak

Image
KALAU telefon bimbit kita rosak, secepat kilat kita pergi baiki. Maklumlah penting sangat untuk berkomunikasi. Kalau rosak siang tak tunggu malam, kalau rosaknya waktu malam tak sempat siang cuba hendak baiki juga. Dalam banyak perkara penting, kita lupa perkara yang tersangat penting dalam hidup kita iaitu hati. Kita lupa nak jaga dan pimpin hati. Hati di sini ialah hati rohani, iaitu ‘al-qalb’. Hati qalbu iaitu hati nurani tempat letaknya iman dan Islam. “Jagalah hati jangan kau kotori, jagalah hati lentera hidup kamu”. 

12 Wajah di Padang Mahsyar

Image
Pada Hari Kiamat, umat Islam dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan dengan membawa amalan mereka sendiri.. Maka telah dinyatakan oleh Rasulullah saw keadaan di Padang Mahsyar nanti, lalu digambarkan 12 barisan berkenaan iaitu :- 1. Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan tidak berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah SWT : " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jiran , maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.." 2. Diiringi dari kubur dalam keadaan berbentuk babi hutan.

Waktu-waktu Doa Mustajab

Image
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa yang senang Allah mengabulkan doanya ketika dalam keadaan sempit serta berduka maka hendaknya ia banyak berdoa ketika dalam keadaan lapang.”  (HR At-Tirmidzi 3304, Hadis Hasan)

Panduan untuk menjadi Isteri Solehah

Image
Nabi saw. bersabda, “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi ) Nabi saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)

Usah sia-sia nyawa dengan bunuh diri

Image
KENAPA ramai yang sanggup membunuh diri? Tidak takut atau sakit ke? Tidak ingat dosa dan pahala ke? Jika bunuh diri, adakah selesai masalah? Di kubur, selamat ke? Tidak ada ke kehidupan selepas bunuh diri? Peliknya perbuatan itu dilakukan orang Islam yang percaya kepada kehidupan akhirat. Ada hisab, mizan sirat dan ada syurga serta neraka. Tetapi kenapa mereka mengikut bisikan nafsu jahat dan syaitan iblis yang memang mencari teman buat menemaninya bertempik melolong dalam neraka nanti? Larangan membunuh diri sememangnya termuat dalam al-Quran dan hadis.

Tabiat suka membazir saudara syaitan

Image
APA perasaan kita apabila ditipu? Mesti marah dan malu punya. Kadang-kadang kita kutuk dan kita menceritakan pula kepada semua orang mengenai kejahatan penipu itu. Kita mesti tidak berpuas hati dan mahu rasanya membalas semula apa yang dilakukan si penipu itu. Itulah fitrah manusia, tidak suka ditipu. Namun sedar atau tidak, kita memang ditipu dan banyak kali tertipu oleh musuh kita iaitu syaitan. Syaitan sentiasa mencari jalan untuk memerangkap kita. Salah satu cara syaitan menipu kita ialah dengan cara mendorong serta menggoda kita supaya membazir.

Kepentingan dan kelebihan bersujud

Image
Assalamualaikum..Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca nota ringkas ini..insyaAllah dapat memberi manfaat dan bermuhasabah.. Sehari kita solat sebanyak 5 waktu (wajib) ..dan semasa dalam solat kita sujud dengan membaca :   Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujian-Nya.

Ibadat mudah yang di ambil mudah(Siri Dua)

Image
Assalamualaikum...untuk membaca mengenai ibadah umrah siri pertama, sila klik (Ibadah Umrah Siri Satu) Umrah : Ihram (Rukun Pertama) – Siri ke 2 Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan dengan rukun umrah yang pertama, elok juga kita melihat faktor-faktor yang menyebabkan ibadat kita ini diterima oleh Allah swt. Menurut Shiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Qadhi Iyadh ada menyebut bahawa pra-syarat sesuatu ibadat itu diterima ada dua perkara : أولهما: الإخلاص وتصحيح النية. وثانيهما: موافقة السنة ومنهاج الشرع. “Pertamanya :  ikhlas dan membersihkan niat, Keduanya : dilakukan sejajar dengan al-Sunnah dan peraturan syara”

Ibadat mudah yang di ambil mudah

Image
Umrah :  ibadat mudah yang di ambil mudah Artikel ini merupakan artikel pertama dari siri-siri ulangkaji ibadat umrah yang akan dipaparkan di sini, yang boleh kita kongsikan bersama di dalam mempertingkatkan ibadat kita kepada Allah swt. Artikel seterusnya  akan cuba memaparkan beberapa soalan dan jawapan yang pernah dikemukakan kepada Lajnah tetap Fatwa dan Penyelidikan Arab Saudi, Rumah Fatwa al-Azhar, Rumah Fatwa Mesir (Daar al-ifta’ Misriyyah), dsb yang boleh kita istifidah (ambil faedah) darinya. Fatwa-fatwa ini akan disusun menurut rukun dan wajib Umrah. Perlu diambil perhatian bahawa ibadat Umrah ini walaupun mudah, akan tetapi jika tidak sempurna rukunnya, maka seseorang itu walaupun telah pulang ke tanah air, masih lagi statusnya sebagai Muhrim; iaitu orang yang didalam ihram. Bagaimanakah keadaan orang yang telah pulang dari tanah haram, yang tidak sempurna Umrahnya bercampur gaul suami isteri, memotong kuku, memotong rambut; masih lagi kena menjaga kesemua pantang larang

Berdoa Dan Berharap Kepada Allah

Image
Ketika Jiwa merasa sesal dan kecewa. Mengenangkan dosa dosa yang dilakukan. Ketika harapan dirasakan tiada lagi.... Maka Ingatlah.. Islam tidak pernah meletakkan perantaraan diantara manusia dengan tuhan(Allah). Bila bila masa saja, siapa juga insan itu. Dimana saja dia berada, Bangsa apa dia, keturunan apa dia, Siapa Mak Bapak nya, Siapa sahaja Datuk neneknya, jika dia ingin berhubung dengan Allah Azzawajalla atau kembali kepada Allah..Maka tidak akan pernah ada halangan pada mereka.

Hadis Hadis Peringatan

Hadith Hadith dan Ayat AlQuran Peringatan...semoga bermanfaat insyaAllah.. Sabda Rasulullah s.a.w: "Hindarilah zina krn ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." Hadis riwayat Baihaqi

Jadilah kita insan pemaaf

Image
SATU hari raut wajah Rasulullah s.a.w tampak berseri-seri dengan menampakkan senyumannya sehingga kelihatan kilauan gigi putihnya. Maka Umar bertanya ada apa gerangan. Sabda Rasulullah s.a.w:  “ Aku lihat ada dua orang daripada umatku yang mendatangi Allah ‘Azza wa Jalla. Yang satu berkata, ‘Ya Rabbi, hukumlah orang ini yang mengambil hak dan menganiayaku di dunia .”  Lalu Allah memerintahkan kepada si zalim itu supaya mengembalikan haknya.

Pilih teman bawa kita ke arah kebaikan atau keburukan

Image
MELIHAT gelagat remaja dewasa kini amat membimbangkan. Memang bukan semua bermasalah namun ramai remaja yang nampak tidak kena. Terdapat beberapa faktor yang membuatkan kita rosak, antaranya teman dan salah memilih sahabat. Marilah sama-sama kita memberi perhatian serius terhadap pemilihan sahabat. Carilah teman baik yang dapat membantu. Teman paling baik juga ialah apabila kita melihat wajahnya, kita akan teringat kepada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya kita akan mengingati mati.

Tips/Petua yang boleh dijadikan amalan Pasangan Suami Isteri

Image
Perkahwinan memerlukan setiap pasangan mempunyai persefahaman yang tinggi, Tanpa persefahaman tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sepertimana yang diharapkan. Dalam kita bertatih tatih dalam berumah tangga , benar memang ada banyak halangan dan dugaan yang menimpa, pasti banyak onak yang terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat dan tabah mampu mendeoani segalanya yang bakal menjulang kebahagiaan kelak insyaAllah. Biar bejuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan , pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Tok Bomoh(tabib) & Tukang ramal/ tilik

Image
"Tok BOMOH" ...ahha..hari ni tajuk cerita agak berlainan dari yang biasa..Tak tau kenapa hari nie semua yang saya biasa buat pun akan berlainan dari yang biasa..Tapi tak ape..kita tinggalkan pasal tu.. Hari ni nak cerita mengenai Tok Bomoh ... Menurut kamus dewan, Tok bomoh bermaksud tabib kampung yang mengubati orang kampung menggunakan ubat tradisional atau jampi jampi yang tertentu dan sebanagainya. Termasuk juga dalam istilah ini Tok Pawang dan Tok Dukun Bomoh yang makan upah.. Namun dalam banyak banyak bomoh ini , terdapat satu bomoh yang bahaya dari masyarakat melayu yang kerjanya hanya menimbulkan kesusahan dan huru hara kepada orang lain. Tok Bomoh jenis ini lebih dikenali sebagai Tok Bomoh yang makan Upah.

Nama dan tugasan Malaikat

Jibrail : - Adalah malaikat yang diberi  amanat untuk menyampaikan wahyu, “Aku melihatnya (jibrail) turun dari langit , tubuhnya yang besar menutupi antara langit sampai bumi”(HR. Muslim no 177, dari Aisyah ra) Mikail : Bertugas membagi rezki kepada seluruh mahluk Allah. Terdapat penyebutan Jibrail dan Mikail secara bersamaan dalam satu ayat, Allah berfirman : “Barangsiapa menjadi musuh Allah,malaikat malaikatNya , Rasul RasulNya, Jibrail dan Mikail, maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang yang kafir” (Surah Al BAqarah : 98)

Nasihat Agama Dan Wasiat Iman (Imam Al-Haddad) - Syubhah

Image
 Hares Harez Petikan Kuliah Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, 21 Jan '12 (Kitab: Nasihat Agama dan Wasiat Iman - Imam Al Haddad): (Syubhah = Masih dalam syak.) (Warak = Meninggalkan perkara-perkara yang syubhah.)

Berwudhuk sebelum tidur elak gangguan syaitan

Image
Berdasarkan Hadis dari Barra' Bin 'Azib bahawasanynya Rasulullah saw bersabda : "Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwudhuklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Pokok Sidir : Menurut Al- Quran

Image
================================ Surah Al-Waqiah : 27 -33 Menerangkan kecantikan dan kekuatan pokok dan buah dari pokok sidr.

Seagung Cinta Julaibib

Image
“CINTA bukan hanya di mata. Cinta hadir di dalam jiwa. Biarlah salah di mata mereka. Biar perbezaan terlihat antara kita.” Itu antara bait lagu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim dan pernah jadi siulan ramai satu ketika dulu. Saya juga terdengar lagu ini di dalam teksi ketika mengunjungi Jakarta, tahun lalu. Begitu hebat lirik dan alunan melodinya hingga diminati penduduk Indonesia. Lagu itu antara ribuan yang mengisahkan kehebatan panahan cinta dalam diri manusia. Pelbagai ekspresi atau kisah diluahkan dalam bait lagu dalam pelbagai genre, rentak juga bahasa. Ada menggambarkan kehebatan cinta, kecewa kerana cinta serta kesucian cinta. Tidak kurang lagu berunsurkan Islamik yang berkisarkan dambaan cinta daripada Allah serta Rasul-Nya.

Ringkas - riwayat hidup Julaibib

Julaibib  ialah seorang sahabat Nabi s.a.w., Dia mmg seorang yang tidak terkenal lagi miskin, bahkan tidak diketahui nasabnya. Punya la miskin si Julaibib ni, sampai hilang keinginannya untuk berkahwin.  Julaibib r.a. Walaupun dia ni miskin, tapi dia ni rajin berzikir, tak pernah miss saf pertama solat jamaah dan menyertai banyak perperangan.  Suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pada Julaibib,  "Hai Julaibib, kamu tak ingin menikah?"   maka jawab beliau,  "Wahai Rasulullah, siapa yang mahu menikah denganku yang tak punya harta mahupun kedudukan?"  

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Image
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya, penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu, jika Engkau mentakdirkan kematian maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

Sifat marah perlu digunakan pada tempat, masa sesuai

Image
SIAPAKAH yang tidak pernah marah? Ia adalah sifat semula jadi yang dibekalkan Allah dalam diri manusia sama ada untuk menguji atau sebagai alat membela. Pendek kata, sifat marah jika digunakan pada tempat dan masa yang sesuai memberi manfaatnya. Jika ada orang mempermainkan Islam kita perlu marah dan mempertahankannya.  Begitu juga jika negara diceroboh, kita mesti marah dan ambil tindakan membelanya. Marah yang tidak bertempat sering kali mengundang permusuhan, hasad dengki, pertengkaran malah pembunuhan. Lihatlah baru-baru ini, kerana marah suami hendak kahwin lagi dan anak-anak dibunuh­nya. Di Filipina, pada tahun 1995, seorang suami yang marahkan isterinya bertindak membakar rumahnya malah turut menyebabkan 70 rumah lain terbakar.

Khasiat Kasturi

Image
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah r.a. dan ahli ahli peruatan Islam , Maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat. Antaranya :- Memberi kekuatan pada roh . Haruman adalah santapan roh manakala kasturi adalah merupakan sewangi wangi dan sebaik baik haruman sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w "Sebaik baik wangian adalah minyak kasturi" (Haddis riwayat Muslim). Menenangkan Jiwa Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak. Menghilangkan Ketakutan dan kebimbangan. Menghilangkan debaran jantung. Menghilangkan sesak nafas

Tanda Tanda Ikhlas

Image
Ikhlas adalah roh ibadah Tidak ada ikhlas, ibadah tidak ada roh Ibadah tidak ada roh, ibadah yang mati Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh Nyawa sudah tidak berguna Ertinya ibadah dan kebajikan yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya) ibadah dan kebajikan itu tidak diterima Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit tapi murni (ikhlas) daripada banyak, ikhlasnya tidak ada tertolak semuanya Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga Kerana ia penentu ibadah atau kebaikan kita ditolak atau diterima Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan hendak ikhlas Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata kerana Allah Taala Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima

Terapi berkesan bagi mengubati penyakit hati.

Image
Abu Said Al Khudri menceritakan Rasulullah pernah datang ke masjid dan melihat beberapa orang sedang melakukan suatu pekerjaan . Lalu Rasulullah berkata : "Sekiranya kamu banyak mengingati perosak kelazatan , sudah tentu kamu tidak akan sibuk melakukan perkara seperti ini. Oleh itu, banyakkan mengingati perosak kelazatan (yakni kematian). Kubur sentiasa berkata 'Aku adalah rumah terasing, aku adalah rumah sendirian , aku adalah rumah tanah, aku adalah rumah ulat ulat.'

Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

Image
Original Post Sini Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan? Munif, Putrajaya. Jawapan Dr MAZA: Saudara Munif, Alhamdulillah saudara prihatin dengan keadaan akidah saudara di kala ramai yang tidak mempedulikan lagi kebersihan akidah mereka. Akidah adalah pembeza utama antara seorang mukmin dan bukan mukmin. Seseorang bagaimana banyak amalannya pun, tetapi jika akidahnya rosak, maka amalannya ditolak. Maka penting untuk kita mempertahankan

MENGIKUT IMAM DENGAN SENGAJA KETIKA IMAM TERSEBUT MELAKUKAN RAKAAT TAMBAHAN KERANA TERLUPA

Image
Scenario kekeliruan yang berlaku ketika solat berjmaah: Pada ketika imam melakukan rakaat tambahan kerana terlupa, seperti melakukan rakaat kelima pada solat yang empat rakaat atau rakaat ketiga dalam solat subuh atau rakaat keempat dalam solat maghrib .Lalu, sebahagiaan orang mengikutnya padahal mereka tahu bahawa imam tersebut melakukan rakaat tambahan. Ini adalah satu kesalahan di dalam solat berjemaah. Gambar hiasan Penyelesaian Tidak sepatut nya mereka mengikut dalam keadaan seperti ini. Dalam keadaan seperti ini orang yang menunaikan solat bersama imam ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan penyelesaian: -

Selangkah Ke FSKM (Fakulti Sains Komputer dan Matematik) UiTM Melaka(Lendu alor gajah)

Image
FSKM a.k.a Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ...Penah dengar tak dengan nama fakulti nie..? Ha..Fakulti nie la tempat saye belajar dulu..dari bulan 7 2007 hingga bulan 7 2010 ..Cukup 3 tahun..Alhamdulillah sekarang dah menamatkan belajar dalam program Saing komputer (CS110) yang ditawarkan dalam fakulti itu..^_^ Setahun lebih telah berlalu..dan hari ni saye dipanggil semula sebagi alumni dan diminta memberi pendedahan dan sedikit sebanyak bagi info pasal ape yang ditawarkan dalam fakulti ini. .. Jadi rasa macam terpanggil untuk berkongsikan sedikit info mengenai fakuli ni kepada sesiapa yg tersinggah kat blog nie..Sekadar Perkongsian Ilmu dan pengalaman belajar di UiTM Melaka(Lendu). Ok Mari mulakan..=)

Ayuh Generasi Muda..Anda Adalah Permata Kepada Sinar Islam.

Image
RASULULLAH s.a.w berpesan supaya ummah memberikan perhatian kepada mendidik dan menjaga belia. Baginda bersabda yang bermaksud: “Aku berpesan kepada kamu supaya memberi perhatian kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka lembut. Allah mengutuskan aku membawa agama hanif lalu pemuda menyokong aku sedangkan orang tua menentang aku. Islam meletakkan generasi muda di kedudukan mulia. Hal itu berbeza berbanding ketika zaman sebelum kedatangan Islam. Jika dalam masyarakat Arab jahiliah, bangsawan Quraisy membentuk belia mereka dengan latar belakang kemewahan dan hidup berfoya-foya tetapi selepas terpancar nur Ilahi ke dalam masyarakat Arab, acuan itu mula dicorakkan kepada konteks lebih luas, global, punya nilai dan beradab.

Ikhlas tuntut ilmu ketika masuk taman syurga

Image
Selamat kembali ke sekolah. Ini bermakna anda pulang ke taman-taman syurga, taman syurga ialah majlis-majlis ilmu. Sekolah adalah taman ilmu. Berkata Ibnu Taimiyyah: “Sesiapa yang ingin masuk syurga biasa-biasalah bermain di taman-tamannya dahulu. Apa itu taman syurga? Taman syurga ialah kelas tempat belajar, sekolah dan universiti, halaqah ilmu atau rancangan televisyen yang mendidik jiwa. Kelebihan menuntut ilmu memang biasa kita dengar.

Talqin Peringatan Buat Yang Masih Hidup

Image
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulilllah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinnya masih lagi sy dapat menyambung penulisan pena pada kali ini... عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ Madsudnya : "Dari Syaddaad bin Aus dari Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ baginda telah bersabda Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati Orang yang lemah ialah mereka mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan keatas Allah" (Hadith Riwayat Imam at Tirmizi) Dari hadis ini dapat kita ketahui bahawa orang yang bijak adalah orang yang memperhitungkan dirinya dan sentiasa beramal untuk menghadapi mati. Sedangkan orang yang tidak cerdik adalah orang yang mengikut nafsunya bahkan hanya berangan-angan untuk mendapat keampunan Allah tanpa mela