Manusia Dan Qarin
Qarin ialah perkataan arab yang bermakna teman atau rakan. Istilah Qarin yang ingin disamaikan saya bermaksud roh2 jahat Yang berasal dari makhluk2 halus yang mengiringi kelahiran seorang bayi.. Kewujudan Qarin ini adalah sebagi penggoda Manusia , menampakkan perkara perkara jahat seolah olah baik pada pandangan manusia. Qarin sentiasa mengajak mansusia melakukan kemungkaran secara menggoda , merayu, dan memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai Qarin sama ada ia nabi atau seorang yang alim .Ini berdasarkan dalil Hadith nabi s.a.w yang bermaksud : - " Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya : Adakah engkau juga wahai Rasulullah s.a.w ? Baginda menjawab : - Dan saya pun, Akan tetapi Allah telah menolongku daripada gangguannya maka tidaklah ia mendorong ku kecuali kepada kebaikan. "