Posts

Showing posts from May, 2012

Ibadat mudah yang di ambil mudah(Siri Dua)

Image
Assalamualaikum...untuk membaca mengenai ibadah umrah siri pertama, sila klik (Ibadah Umrah Siri Satu) Umrah : Ihram (Rukun Pertama) – Siri ke 2 Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan dengan rukun umrah yang pertama, elok juga kita melihat faktor-faktor yang menyebabkan ibadat kita ini diterima oleh Allah swt. Menurut Shiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Qadhi Iyadh ada menyebut bahawa pra-syarat sesuatu ibadat itu diterima ada dua perkara : أولهما: الإخلاص وتصحيح النية. وثانيهما: موافقة السنة ومنهاج الشرع. “Pertamanya :  ikhlas dan membersihkan niat, Keduanya : dilakukan sejajar dengan al-Sunnah dan peraturan syara”

Ibadat mudah yang di ambil mudah

Image
Umrah :  ibadat mudah yang di ambil mudah Artikel ini merupakan artikel pertama dari siri-siri ulangkaji ibadat umrah yang akan dipaparkan di sini, yang boleh kita kongsikan bersama di dalam mempertingkatkan ibadat kita kepada Allah swt. Artikel seterusnya  akan cuba memaparkan beberapa soalan dan jawapan yang pernah dikemukakan kepada Lajnah tetap Fatwa dan Penyelidikan Arab Saudi, Rumah Fatwa al-Azhar, Rumah Fatwa Mesir (Daar al-ifta’ Misriyyah), dsb yang boleh kita istifidah (ambil faedah) darinya. Fatwa-fatwa ini akan disusun menurut rukun dan wajib Umrah. Perlu diambil perhatian bahawa ibadat Umrah ini walaupun mudah, akan tetapi jika tidak sempurna rukunnya, maka seseorang itu walaupun telah pulang ke tanah air, masih lagi statusnya sebagai Muhrim; iaitu orang yang didalam ihram. Bagaimanakah keadaan orang yang telah pulang dari tanah haram, yang tidak sempurna Umrahnya bercampur gaul suami isteri, memotong kuku, memotong rambut; masih lagi kena menjaga kesemua pantang larang

Berdoa Dan Berharap Kepada Allah

Image
Ketika Jiwa merasa sesal dan kecewa. Mengenangkan dosa dosa yang dilakukan. Ketika harapan dirasakan tiada lagi.... Maka Ingatlah.. Islam tidak pernah meletakkan perantaraan diantara manusia dengan tuhan(Allah). Bila bila masa saja, siapa juga insan itu. Dimana saja dia berada, Bangsa apa dia, keturunan apa dia, Siapa Mak Bapak nya, Siapa sahaja Datuk neneknya, jika dia ingin berhubung dengan Allah Azzawajalla atau kembali kepada Allah..Maka tidak akan pernah ada halangan pada mereka.