Posts

Showing posts from February, 2014

Merawat jerawat mengikut hadis

Image
Menurut Ibnu As-Sunni di dalam bukunya , ada riwayat dari sebahagian isteri Nabi Muhamamad SAW yang berkata : - "Rasulullah SAW pernah menemuiku , ketika itu di jariku tumbuh semacam jerawat, Baginda bertanya : "Engkau punya minyak wangi zarirah?" Aku Menjawab : "Ada" Baginda SAW bersabda : " Bubuhlah ia pada jerawatmu itu kemudian bacalah doa : " " Ya Allah , yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawatku ini. " (Ditakhrij oleh al-Hakim dan beliau berkata : "Sanadnya sahih namun tidak dikeluarkan oleh bukhari dan muslim, dan diakui Az-Zahabi)

Membentengi Diri Dari Gangguan Segala Jenis Makhluk

Image
Surah Yaseen ayat 9 : Peristiwa Didalam suatu riwayat ada menceritakan peristiwa yang telah berlaku sebelum hijrah ketika baginda Rasulullah saw berada di kampungnya. Rasulullah ingin keluar dari kampungnya untuk berhijrah ke kota madinah namun kaum musyrikin telah menghalang Rasulullah keluar dari kampungnya. Maka Turunlah ayat kesembilan didalam surah Yaseen seperti dalam gambar diatas. Lalu Rasulullah membaca ayat tersebut dan menggenggam pasir dalam tangan sambil membaca ayat tersebut. Baginda Rasulullah saw telah menaburkan pasir tersebut kepada kaum musyrikin. Tidak lama kemudian kaum Musyrikin tertidur lalu Rasulullah dengan Abu Bakar mengambil peluang tersebut untuk keluar dan berhijrah ke kota Madinah. ..

Khasiat Dan Kelebihan Madu - Penawar Perut Melilit / Tidak selesa

Image
Dari Abul Mutawakkil, dari Abu Said Al-Khudri : “ Ada seorang yang dating menemui Nabi Muhammad SAW , lelaki itu mengadu : “Saudaraku diserang penyakit perut melilit .” Dalam riwayat lain diceritakan perutnya melilit lilit. “ Kemudian Baginda Bersabda : “ Minumkan Dia Madu ” (Shahih Bukhari dan Muslim) Lalu lelaki itu pun pulang ke rumah dan memberi minum madu kepada saudaranya itu seperti yang disabdakan oleh Baginda SAW. Tidak lama ia kembali dan berkata “ Sudahaku beri dia madu , tetapi ia belum juga sembuh. Dalam riwayat lain dikisahkan “….bahkan penyakitnya semakin bertambah”. Begitulah dikisahkan bahawa lelaki itu pulang dan kembali sehingga 2-3 kali. Setiap kembali kepada Rasulullah , Baginda tetap bersabda : “ Minumkanlah dia madu ”

Kelebihan dan Khasiat Cuka

Image
Cuka(Khall) Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah. Hadis riwayat Muslim dalam shahihnya  : Dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasululla saw pada suatu hari bertanya kepada salah seorang isteri baginda tentang lauk yang mereka ada? Isteri nya menjawa: "Kami hanya mempunyai cuka."

Rihul Ahmar - Doa dan Riwayat

Image
Penyakit angin ahmar atau stroke amat ditakuti kerana jika menyerang akan menyebabkan mangsa menjadi lemah, lumpuh sebelah badan atau keseluruhannya. Ia sukar diubati dan boleh membawa kepada kematian. Untuk menghindarinya amalkanlah doa yang diajar oleh Rasullullah SAW ini selalu atau sekurang-kurangnya bacalah sekali seumur hidup semoga kita terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar) ini.

Milh(Garam) - Khasiat Garam

Image
Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya menerusi hadis Anas secara marfu : " Penghulu segala lauk adalah garam " Dikatakan sebagai penghulu kerana boleh memperbaiki kualti dan boleh memantapkan rasa, sebab kebanyakan lauk hanya akan menjadi lazat jika dicampur dengan garam. Dalam Musnad Al-Bazzar secara Marfu' yang disebutkan : " Kamu ditengah tengah masyarakat ini tidak lama lagi akan seperti garam dalam makanan. Makanan itu tidak akan sedap tanpa garam "