Manusia Dan Qarin
Qarin ialah perkataan arab yang bermakna teman atau rakan.
Istilah Qarin yang ingin disamaikan saya bermaksud roh2 jahat Yang berasal dari makhluk2 halus yang mengiringi kelahiran seorang bayi..
Kewujudan Qarin ini adalah sebagi penggoda Manusia , menampakkan perkara perkara jahat seolah olah baik pada pandangan manusia. Qarin sentiasa mengajak mansusia melakukan kemungkaran secara menggoda , merayu, dan memujuk dan menipu.
Semua manusia mempunyai Qarin sama ada ia nabi atau seorang yang alim .Ini berdasarkan dalil Hadith nabi s.a.w yang bermaksud : -
"Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya : Adakah engkau juga wahai Rasulullah s.a.w ? Baginda menjawab : - Dan saya pun, Akan tetapi Allah telah menolongku daripada gangguannya maka tidaklah ia mendorong ku kecuali kepada kebaikan. "
Dalam Surah Al-An'am ayat 112 Allah berfirman
Manusia yang beriman dan Istiqamah (tetap hati) akan didatangi oleh malaikat malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. Dalam perang badar , malaikat telah datang dan menolong orang orang islam sehingga ada riwayat yang menceritakan sehingga 3000 malaikat jumlahnya datang menolong umat islam pada masa itu...W.A
Dijelaskan juga dalam hadis hadis bahawa malaikat malaikat itu memberi ilham yang baik keapda manusia yang melahirkan keteguha semangat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was was oleh syaitan , maka yang menerima ilham atau was was itu bukanlah fizikal manusia, melainkan roh manusi jua.
Kenyataan ini diperkuat lagi oleh hadis yang diriwayatkan oleh Termizi dan an-Nasa'i yang bermaksud :'
"Sesungguhnya daripada syaitan ada satu gangguan kepada anak adam dan dari malaikat pun ada pula. Gangguan syaitan menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran manakala sentuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka barangsiapa merasai yang demikian , dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu dari Allah dan Terima kasihlah kepadaNya. Tetapi jika didapati selainnya, maka dia hendklah berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Kemudian ia membaca : - Syaitan menyuruh menjanjikan kamu kekafiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian "
2 buah Hadis yang menguatkan keterangan tentang Qarin
- "Telah berkata Ummul Mukminin As-Sayyidah Aishah binti As-Siddiq :
Rasulullah s.a.w telah keluar dari sisinya pada suatu malam , tiba tiba berlaku satu tiupan (syaitan) terhadapnya. Maka Rasulullah s.a.w pun datang melihat perkara yang sedang saya lakukan, Baginda bertanya: "Aakah yang telah terjadi Aishah?" Maka Saya menjawab, "Apa halnya saya, tidak diberi daya sebagaimana yang dikurniakan kepada engkau ?" Jawab Rasulullah s.a.w , "Adakah syaitanmu telah datang ?" Maka saya menjawab "Wahai, Rasulullah , Adakah syaitan bersamaku?" Maka jawab Baginda , "Ya".
- "Saya bertanya lagi, "Adakah terjadi pada setiap manusia ?" Jawab baginda "Ya".
Maka saya pun bertanya "Adakah juga berlaku keatasmu Rasulullah ?" Maka Jawab Baginda : "
Ya, Tetapi tuhanku telah memelihara ku hingga aku selamat dari tipu dayanya . Sesungguhnya tidak ada seorang pun daripada manusia (yang dilahirkan) melainkan dikembari Allah jin sebagai kawan. "
Jelaslah bahawa setiap manusia itu dilahirkan dengan ditemani oleh Qarin.
Masyarakat melayu sering kali memanggil Qarin ini sebagai "abang " atau "akak" kepada bayi yang baru dilahirkan.. Kadang kala berlaku juga bayi yang sering menangis tak henti henti , sehingg ada yang mengatakan " abang" dia kacau itulah anak itu selalu menangis tak henti henti...W.A
Diantara manusia dan Qarin, perbezaannya adalah manusia seumpama bahan tunggangan dan Qarin sebagai penunggangnya. Demikianlah perbandingan yang diberi Rasulullah s.a.w .
Maksud menunggang bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda , menjadikan syaitan itu seumpama seorang penunggang yang sentiasa berada di atas jasad manusia yang tidak dapat dilihat. Maksud sebenar hadith ini adalah, iblis dan Syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. Banyak antara manusia yang terpedaya sehingga menjadikan manusia itu memandang perkara perkara buruk itu baik dan sebaliknya. Mereka inilah yang menjadi bahan tunggangan Qarin tadi.
Jadi hendalah kita sentiasa beringat bahawa kita sentiasa digoda oleh syaitan dan Iblis..Tiada anak Adam yang dilairkan didunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Nabi Isa a.s seperti di dalam firman Allah dalam Surah Ali Imran
Dibandingkan dengan jumlah makhluk makhluk lain, Jumlah manusia adalah terkecil. Nisbah manusia hanya 1%, bilangan jin 9% dan malaikat adalah 90% (Nisbah 1:9:90) seperti hadis Rasulullah s.a w : -
"Sesungguhnya Allah menciptakan malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian . Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusai satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada sepuluh bahagian 9 bahagian adalah dari jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusai "
Comments
Post a Comment