Lalat : Antara Racun dan Penawar

Didalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim menerusi hadis Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : -

"Apabila ada lalat hinggap di bejana seseorang diantara kamu, benamkanlah ia . Sesungguhnya sebelah sayapnya mengandungi penyakit dan sayap yang lain mengandungi ubat dan penawarnya"
(Ditakhrij oleh Al-Bukhari namun tidak dikeluarkan oleh Muslim sebagaimana ditegaskan oleh Al-Hafiz dalam Al-Fath .Ditakhrij oleh Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad , Ibnu Hibban dan Al Baihaqi)

Didalam kitab sunan Ibni Majah dari Said bin Al Khudri diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Sebelah sayap lalat itu adalah racun manakala sebelah sayap lainnya adalah ubat. Jika ia terjatuh dalam makanan, benamkanlah ia, sebab ia boleh menyuntik racun dan sekaligus boleh menyuntik ubat dan penawarnya"
(Diriwayatkan pula oleh An-Nasa'i , Ahmad , Al-Hakim dan Al-Baihaqi)




Hadis ini mengandungi dua perkara : Pertama masalah fiqah dan kedua masalah perubatan .
Masalah fiqah dalam hadis ini merupakan dalil yang jelas bahawa apabila seekor lalat mati dalam air atau benda cair yang sejenis, tidaklah ia menyebabkan najis. Ia adalah pendapat majoriti ulama. Tidak ada seorang pun antara ulamak As-Salaf yang menolak hal itu.

Sumber dalilnya adalah bahawa Rasulullah saw menyuruh agar lalat itu dibenamkan , iaitu dimaksudkan dalam makanan atau air. Padahal sebagaimana yang kita tahu , dengan cara itu lalat akan mati terutama sekali apabila air panas . Jika kerana itu air menjadi najis, maka ia merupakan nas bahawa makanan atau minuman itu rosak, tetapi  ternyata Rasulullah saw memberi cara mengatasinya.

Hukum ini bahkan meliputi(iaitu bukan sahaja lalat malah mencakupi jenis binatang lain. Rujuk Zadul Ma'ad hal 99)  setiap haiwan yang tidak mengalir darahnya, seperti lebah ,kumbang ,labah labah,dan seumpanya kerana hukum itu berputar pada alasannya yang bersifat umum.
Hilang jika alasan tersebut hilang, sebab najis itu menjelma dari darah haiwan yang terperap dalam tubuhnya ketika mati, dan ternyata ia tidak berlaku untuk binatang yang tidak mengalir darahnya, maka hukum najis itu pun tidak berlaku lagi(Begitulah yang termaktub dalam Zadul Ma'ad dan itu lebih tepat sedangkan dalam kitab asal menggunakan huruf  "fii") kerana alasan najisnya tidak ada.

Perlu diketahui lalat itu menurut mereka adalah sebuah tenaga beracun ditunjukkan dengan pembengkakan dan rasa gatal sebab gigitannya seperti senjata. Jika terjerumus dalam sesuatu boleh menimbulkan bahaya , mesti diatasi dengan lawannya. Lalu Nabi SAW menyuruh agar tenaga lalat yang beracun itu dihadapi dengan senjata yang Allah ciptakan pada sebelah sayapnya yang lain. Kemudian lalat itu dibenamkan dalam makanan atau minuman agar zat beracun itu tawar dengan zat yang bermanfaat hingga hilangla bahayanya.

Formula perubatan ini tidak mampu diselami oleh ramai pakar perubatan moden sebab memang ianya adalah dari mukjizat kenabiaan.

Terdapat juga dikalangan pakar perubatan yang menyatakan bahawa gigitan kumbang atau kalajengking jika digosokkan pada tempat yang disengat dengan lalat juga akan bermanfaat sekali, sekurang kurangnya menimbulkan rasa tenang.
Semua itu semata mata kerana unsur ubat yang terdapat pada lalat. Bahkan jika lalat itu digosok gosokkan di bengkak pada bintitan selepas memotong kelapa lalat itu akan segera sembun..insyaAllah..WA ..


Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri