Garis Panduan untuk bertaubat.
Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah.
Taubat adalah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.
Setiap individu disuruh bertaubat untuk menyucikan diri dari dosa besar dan kecil, sama ada dilakukan dengan sengaja mahupun tidak. Hukum bertaubat adalah wajib sama ada dosa kepada Allah s.w.t mahupun dosa sesama manusia.
Jika dosa itu berkaitan dngan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit.
Sekiranya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya.
Bertaubat kepada Allah hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas kerana taubat yang tiada keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap individu terbabit.
Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri kepada Allah s.w.t.
Di dalam Islam, digariskan cara-cara memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t :
Daripada Mohd Zulkamal
NOTE : – Jika anda dapati post ini bermanfaat, saya mengizinkan untuk anda berkongsikan post ini di laman laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Google Plus ,dan lain lain. Terima Kasih.
Rujukan : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/

- Menyesal, menginsafi & berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukannya.
- Beristighfar memohon keampunan Allah s.w.t
- Beramal kebajikan
- Mensyukuri nikmat Allah s.w.t.
- Berdoa memohon kesejahteraan hidup di dunia & hari Akhirat Wallahua'lam
Daripada Mohd Zulkamal
NOTE : – Jika anda dapati post ini bermanfaat, saya mengizinkan untuk anda berkongsikan post ini di laman laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Google Plus ,dan lain lain. Terima Kasih.
Rujukan : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/
Comments
Post a Comment