Ceramah israk mikraj - 6 April 2019 - Surau al mahabbah


Sedikit ilmu yang dapat sy kongsikan dalam ceramah israk mikraj - 6 April 2019 - Surau al mahabbah.

Semoga bermanfaat. In sya Allah.

  • Cara membunuh zaman moden adalah dengan membunuh perwatakan. Cara pembunuhan ini adalah dengan menyebarkan fitnah sehingga watak seseorang itu musnah. Kerana itulah Allah berfirman  didalam surah albaqarah ayat 191. 

Surah Al-Baqara, Verse 191:
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلَا تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّىٰ يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَٰلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ
Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.

  • SubhanAllah di ucap jika ianya hanya Allah yang boleh lakukan.. seperti.. gerhana bulan.. gerhana matahari.. Jika berlaku perkara seperti ini , kita menyebut SubhanAllah
  • MasyaAllah di sebut jika ianya ade kaita  dengan manusia seperti apabila melihat bangunan KLCC, kita sebut MasyaAllah(dengan izin Allah) ianya terjadi.. 
  • Jika berasa stress, serabut banyakkan datang ke masjid kerana masjid tempat penuh rahmat Allah SWT. 
  • Setiap Ibadah adalah cahaya. Cahaya ini akan menerangi diri kita. Ibarat malam yang gelap, ade kelip2 yang menerangi malam yang gelap. 
  • Malam meningkatkan maqam. Surah al isra - ayat 78-79 

Surah Al-Isra, Verse 78:
أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
Surah Al-Isra, Verse 79:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
  • Agama islam adalah satu satunya agama yang menitik beratkan pasal keberkatan. eg: doa makan.. Walaupun dalam doa makan ade memohon keberkatan.

الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar"
Artinya :
Yaa Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa api neraka
  • 3 perkara yang dibawa dari Isra' Mikraj. Solat, 2 ayat terakhir surah albaqarah dan juga semua ummat Nabi muhammad akan diampunkan dosa kecuali yang syirik kepada Allah. Nauzubillah minzalik.
  • Cara untuk bebaskan bebanan seperti risau tentang rumah yang ditinggalkan, risau tentang anak di sekolah dan sebagainya. Caranya adalah dengan bertawakkal kepada Allah kerana Allah lah sebaik baik tempat kita bergantung dan memohon pertolongan.

بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
Maksud ayat di atas: Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganNya...

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri