Kelebihan Menyampaikan Ilmu

Daripada Zaid bin Thabit r.a , Nabi S.A.W bersabda :

Allah Menyerikan(mengelokkan akhlak dan meninggikan darjat) orang yang mendengar suatu hadith daripada kami, lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami . Berkemungkinan juga orang yang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya.
 (Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi).

Hadith di atas menunjukkan kewajipan menuntut ilmu dengan bersungguh sungguh dengan mengkaji sedalam dalam makna hadis yang telah dibawa oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w dan merumuskan perkara yang tersingkap disebalik suatu hadis.



Sesungguhnya ilmu yang bermanfaat akan terus kekal ganjaran pahalanya sehinggalah datang hari kiamat seperti yang tersebut didalam hadis sahih riwayat imam ahmad yang bermakna :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah , ilmu memberi kepada yang faedah orang lain , dan anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Selain itu banyak kelebihan yang diperoleh kepada orang yang menyampaikan ilmu seperti di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Daripada Abu Umamah al-Bahili , Rasulullah s.a.w bersabda : 


Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli(Penduduk) langit dan bumi hinggakan semut didalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan didarat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajarkan perkara yang baik kepada manusia.

(Riwayat al-Tirmizi)

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri